Lagi beberapa hari lagi akan menjelmanya hari yang dinanti semua umat muslimin dan muslimat, semuanya terkesima untuk meraikan hari yang gembira ini bersama sanak saudara, rakan dan taulan seperti bait-bait lagu yang sentiasa bermain dibibir ini. Lagu Balik Kampung– Allahyarham Sudirman
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mataNun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembiraBalik kampung ho ho…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girangTerbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Walaupun ada yang kata jangan balik kampung, macam kata tuan penasihat tu lah.
Kalau nak berjimat jangan balik kampung.
Apalah tuan penasihat ni yang pandang hari dari satu sudut sebenarnya. Hakikatnya
siapalah kita tanpa kedua ibu bapa kita yang berkorban dan bersusah payah
demi kita.
Tak teringatkah waktu ibu mu menderita masa melahirkan kamu dengan bergalang
gantikan nyawanya. Susu yang ku berikan tuba yang kau balas…
Tak terdetikkah hati kau walau seketika, bagaimana bapamu membanting tulang
demi sebutir nasi atau sekeping roti?
Kalau kau tak teringat itu semua..tak apa memang hati kau keras dari permata..
Fuhh bermonolog lah pulak gua..
Jadi pada anda yang balik kampung samada balik kampung isteri atau balik
kampung sediri ini ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk kemudahan,
kesenangan anda ketika bermusafair dan berkelanan kelak.
1.Rancang perjalanan anda.
Bab merancang ini bukan setakat, racang nak makan mana sahaja, tapi racanglah
dimana laluan yang anda akan ambil atau lalui, rancangan masa perjalanan anda,
racang bajet yang akan digunakan bila balik kampung nanti.
Dengar kata Plus akan bagi diskaun tol untuk mereka yang balik awal seperti dihebahkan di Astroawani.com
SUBANG JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang menggunakan perkhidmatan Smart Tag dan Touch ‘n Go sempena perayaan Aidilfitri.
Tawaran yang bermula 13 Julai ini adalah antara usaha PLUS untuk menggalakkan orang ramai merancang jadual perjalanan mereka lebih awal seterusnya mengelak kesesakan di lebuhraya.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, rebat tol tersebut akan ditawarkan untuk perjalanan sepanjang hari jarak jauh 100 kilometer pada 13 serta 23 Julai ini.
“Ini adalah kali pertama kita buat rebat tol seperti ini, jadi kami pun nak tahu apakah tindakbalas daripada para pengguna, sama ada mereka akan mengambil kesempatan untuk menikmati rebat ini dan balik awal,” katanya ketika di taklimat bersama media di Persada PLUS pada Isnin.
Selain itu, bagi rebat tol 40 peratus, tempoh yang ditetapkan adalah pada 14 dan 22 Julai ini.
Manakala bagi rebat tol 30 peratus pula, ia ditawarkan untuk perjalanan pada 15 dan 21 Julai. credit: Astroawani.com
2.Periksa Kenderaan anda.
Pastikan kenderaan mendapatkan rihat dan senggaran yang mencukupi untuk elakkan perkara-perkara yang tak diingini. Malang tak berbau, kalau berbau dia akan jadi “harum sundal malam” pula. Dengar kata kenderaan dijalan raya tahun ini makin meningkat, jadi bersiap sedialah dari segala kemungkinan terutama bila balik kampung macam raya ni.
3.Dapatkan rihat yang mencukupi.
Pastikan badan anda tip-top, maklumlah dibulan puasa ni memang badan akan
kurang rihat dan tidur disebabkan aktiviti ibadah dan berqiamulail.
4.Bawa beg dan pakain yang mencukupi dan berpatutan.
Jangan bawa pakain yang terlampau banyak, ini juga akan memeberi kesan kepada
minyak dan kenderaan anda. Memang yang berlebihan akan memberikan tekanan
kepada tayar dan
5.Lapurkan di jiran,rukun tetanggan taman anda atau balai polis.
Sebaik-baiknya buat lah lapuran ke balai polis atau jiran-jiran yang berhampiran tetang niat anda untuk balik kampung. Kalau anda yang tidak balik kampung tu rajin-rajinlah meninjau keadaan rumah jiran anda. Manalah tahu ada yang mencari duit raya tanpa izin.
6.Jaga Ibadat.
Bila memulakan perjalanan balik kampung jangan lupa mulakan dengan bacaan doa naik kenderaan, banyakkan berzikir seperti bila naik bukit berzikir dengan Allahhuakbar, bila turun bukit baca Allhamdulliah, bila jalan rata baca Subhanallah. Satu lagi apa yang saya perhatikan ramai ambil ringan pasal solat ketika bermusafir, Allah swt dah beri kemudahan boleh jamaq dan qasar. Jamaq maksunya kumpulkan solat dan qasar maksudnya pendekkan solat tu. Semuanya Allah swt sudah beri kemudahan pada kita untuk amalkan. Barulah terhinda diri kita dan keluarga dari segala bala bencana.
Itulah serba sedikit tips buat anda yang balik kampung. Pesan Nazir Masjid saya, pandulah berhati-hati dan ingatlah keluarga tersayang, katanya semua nampak baik masa solat 5 waktu jaga, tapi kalau dapat stereng dia dah jadi orang lain..tak ingat dunia dah jadinya..Anda faham-fahamlah sendirikan..
Anyway saya nak ambil kesempatan ini nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Moga selamat pergi dan pulang semuanya..
Alhamdulillah terima kasih atas tip dr tuan Sunny..insyaAllah saya mula bertolak ke kampung esok.
Daud recently posted…Kisah Di Sebalik Lagu Hari Raya Popular Yang Tak Jemu Menjadi Pilihan Pendengar
Daud: Selamat pulang ke kampung dan Selamat Hari Raya…Maaf Zahir dan Batin
moga dipermudahkan perjalanan pulang dan balik ya 😀
Uncle Zuan recently posted…Film Ant-Man (2015) Penutup Fasa ke-2 MCU
Uncle Zuan: Terima kasih atas ucapan tersebut..
Syukran atas tip yg tuan beri. InsyaAllah sy mula bertolak ke kampung esok!
Daud recently posted…Kisah Di Sebalik Lagu Hari Raya Popular Yang Tak Jemu Menjadi Pilihan Pendengar
Daud: Moga selamat pergi dan pulang..
Tips yang ke 6 tu kenapa tajuk dia Jangan Ibadat?
Terima kasih di atas tips yang diberikan… Selamat pulang ke kampung halaman.. 😉
Anuar recently posted…Misi untuk menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat
Anuar: Typho tu…sudah dibaiki…Selamat balik kampung ya..
Terbaik infografik ni 😀 sangat memudahkan.
Shaima recently posted…[Update Mingguan] Review Set Cantik Kulit Pulih Dan Putih Yuhuu!
Shaima: Moga dipermudahkan perjalanan balik dan pulang ya..:-)
tahun ni balik melaka je. tak rasa sangat la feel balik kampung tu sebab dekat hehe
Uncle Zuan recently posted…Film Ant-Man (2015) Penutup Fasa ke-2 MCU
Uncle Zuan: Patutlah tak feel kampong dekat aje ya…Anyway Selamat Hari Raya Uncle Zuan..
thanks. raya ke 2 dah si Seremban hehe
Uncle Zuan recently posted…LRT Terbakar dan Harga Tambang Teksi Dari KL Sentral
Uncle Zuan: Moga selamat dalam perjalanan semuanya..
Selamat Hari Raya
Berhati-hati di jalan raya
Semoga selamat pergi dan tiba
Riza Afzan Asri recently posted…Sedapnya Air Asam Mangga Bersama Ikan Bakar Menjilat Jari
Riza Afzan Azri: Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..
Menjaga ibadat solat tu yang paling penting, kekadang beraya sana sini sampai ada yang melengahkan bersolat..tak baik la kan!
Noriza Rahman recently posted…Hidung Menggerutu dan Penuh Daki?
Noriza: Itu namanya raya tak ingat dunia tu…padahal baru sahaja habis posa..
Lebuhraya PLUS, hari raya kedua pun jammed jugak… memang sepanjang masa akan jammed agaknya
sabree hussin recently posted…Generasi Warisan Prihatin: Program Sumbangan Amal Ramadhan 2015
Sabree Hussin: Timming tu kena betul baru tak kena jamm…
sejak kerja dan tinggal seorang, saya 99% memang x tgk tv, jadi balik kampung pun x terasa nak tgk tv, main internet jer, jadi x terasa feel raya sebab x dengar lagu raya kat TV, hehe
myrujukan recently posted…Tonton Filem, Drama, TV Series Online Murah Dengan iFlix
Myrujukan; Jadi bila balik kampong ada feel raya ke?
bagi yang balik beraya di kampung… boleh amalkan tips ini… solaat ar.. yg ni x boleh tinggal la kan…
kak yatiadam recently posted…KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE
Kak Yatiadam: Solat tulah yang paling utama ya kak…
bahagian solat ni yg penting dan ramai yg abaikan dengan pelbagai alasan. Yang ni kena jaga tuan, termasuk saya juga. GUnakan segala kemudahan yang di berikan dalam agama kita dalam situasi ini.
Berikan sedikit masa untuk jumpa Tuhan walau apa pun keadaan.
encikarman recently posted…Macam mana buat duit dengan adsense di Malaysia?
Encikarman: Betul tu, dah ada pelbagai cara disediakan seperti jamaq dan qasar.
Betul kata nazir tu..pegang stereng je songkok entah ke mana mulut kalah orang tak pakai songkok.. Saya pernah tengok orang macam ni maki-maki orang lain padahal kecik aje bendanya.Macam-macam kerenah manusia.
rahimah majid recently posted…Bercuti Ke Greece . Apa Ada Di Sana ?
Rahimah Majid: Itulah manusia, kalau nak bawa laju kena bukak kopiah, takut jadi fitnah kat seorang frieds difb saya..:-)
Kami pun balik kampung awal hari tu. Ahad dah bertolak balik kampung. Hari Rabu minggu raya tu dah balik rumah. Alhamdulillah perjalanan smooth jer.
Apalah sangat duit yang kita guna jika dibandignkan kegembiraaan mak ayah bila anak-anak dapat berkumpul.
myliferia recently posted…9 Tips Atasi Masalah Kencing Kotor Ibu hamil Agar Tidak Terus Merebak
Myiferia: Allhamdullilah semuanya selamat sahaja…Selamat Hari Raya ya..:-)
Periksa kenderaan tu tersangatlah penting.. kalau tak, mau beraya di jalan raya nanti. heee
Hairul Hissam recently posted…Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain) Dlm Cuka Kurma & Testimonial Pembeli Jual Murtabak RM6500 Sebulan Di Bazar
Haisul Hissam: Memang sudah semestinya….Kita hanya merancang sahaja….
Menjelang perayaan Aidilfitri yang akan menjelang beberapa jam lagi, warga kota mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing.
Dyson: Itu sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia..
nak balik kampung persediaan kena rapi. nak2 kalau ada anak2 kecil.. 😀
Oja Samid recently posted…10 Bahasa Dosa Penyebab Anak Degil dan Bermasalah
Oja Samid: Memang betul sangat tu…Macam-macam kerenah mereka kan?
Terima kasih atas tips ni. Yang nombor 6 tu paling penting. Islam sendiri dah beri kelonggaran dalam solat 5 waktu ketika bermusafir.
ummi mra recently posted…Anak tak mahu minum susu? Ini penyelesaiannya..
makasih bos infonya dan semoga makin sukses
Sama-sama boss..