Guru Umpama Lilin
Menjelang 16 Mei setiap tahun kita meraikan hari guru dengan berkumandangnya ucapan “Selamat Hari Guru” kepada warga-warga pendidik.
Guru seumpama lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang disekelilingnya. Hari ini kalau dia seorang guru maka, selamanya akan dipanggil guru walaupun mereka sudah tiada dikalangan kita.
Mereka mendidik ibubapa yang membesarkan kita, mendidik anak-anak kita supaya dewasa dan menjadi orang yang berguna dan mendidik kita sehingga jadi orang yang berjaya.
Seperti syair usman awang yang terkenal “Guru Oh Guru ”
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadiDialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmatJika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasaSejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-bacaDi mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu bukuSemakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negaraJadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.USMAN AWANG
1979
Selamat hari guru buat semua guru-guru yang mendidik saya di Sekolah Kebangsaan Selekoh, Sekolah Menegah Kebangsaan Bentung, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, guru yang mengajar ilmu bisnes online dan offline dan guru yang mengajar secara langsung atau tidak langsung tentang ilmu dunia ataupun akhirat.
Moga tuan-tuan guru diberi keberkatan dan di rahmati kehidupan mereka didunia dan akhirat.
Hargailah orang yang ada disekeliling anda sementara mereka masih ada dan kenanglah mereka yang tiada dengan doa dan sedekah jariah.
Selamat Hari Guru
Jasa guru sangat besar.
Saya suka lagu untuk guru nyanyian Upin dan Ipin. 🙂
Helmi Aliarit recently posted…PELAN PANGGILAN DAN SMS BEST MOBILE, ONEXOX, TONE EXCEL
Helmi : Sayapun suka lagu tu….Nyanyian Najwa Latiffkan?
syair ni kebetulan dah tengok sendiri di Institut Aminudin Baki di Genting Highlands, dengar kat khutbah Jumaat baru-baru ni. la ni baca kat blog tuan. memang keramat syair ni. syair buat guru, selamat hari guru…
Azam Mohamad recently posted…Rokok seludup murah berpotensi biayai jenayah masa depan
Azam Mohamad: Selamat Hari Guru ya!
selamat hari guru
dan selamat hari ahad. 🙂
titan recently posted…Komisen ke 51-52 dari Klikjer
En Titan: Selamat Hari Guru dan mohon halal atas ilmu SEO tuan 🙂
suka dengar syair tu..sampaikan dlm khutbah jumaat lepas pun khatib ada bacakan.
JMR recently posted…Set Lunch di Spaghetti Grill, Paradigm Mall
JMR: Saya pun ada dengar masa khutbah jumaat minggu lepas. tapi di tak syairkan semua la…dia ambil bahagian tengah tu..
Teringat cikgu tadika Mek ila dulu. Sangat penyayang dan baik orangnya. Kami masih berhubung sehingga kini. Bila raya, pasti melawat cikgu di rumah.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Jujur Dalam Berniaga : Kisah Tempahan Baju Raya Yang Sadis 😛
Mek Ila: Cikgu yang bagus masih dikenang walaupun dia tiada..
selamat hari guru kepada semua guru2. syair tu mmg syair keramat, tapi kini guru pun dianggap sekadar pekerjaan saja. budak2 ramai naik kepala
Fyda Noh recently posted…Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin Hanya Dalam 3 Hari
Fyda: MAsalah sekarang budak-budak ni, sudah tak macam budak dulu-dulu yang ada budi pekerti dan beradab dengan guru..
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia…keluarga saya juga lahirnya 3 orang guru, semoga Allah memberikan rahmatNya buat pendidik semua
Noriza Rahman recently posted…Nak kurus TANPA mengganggu proses penyusuan?
Noriza: Kira awak juga cikgu lah ya…Selamat Hari Guru!
Saya pernah jadi guru sandaran selama 6 bulan dulu..
Noriza Rahman recently posted…Turunkan Bacaan Tahap Kolesterol ke Paras Normal
Noriza: Murid yang diajar mungkin akan panggil kita cikgu sampai bila-bilakan?
pengorbanan para guru sangat besar, termasuklah guru pertama kita iaitu ibu dan ayah di rumah. keikhlasan mereka melahirkan ramai individu hebat. semoga Allah merahmati para guru yang ikhlas mendidik dan berbakti. =)
Oja Samid recently posted…“Boleh Ke Multivitamin Vita-Lea for Children Bantu Kuatkan Antibodi Anak Saya?”
Oja Samid: Betul tu saya setuju…Sama-sama kita doakan mereka…
selamat hari guru, tanpa guru saya takkan jadi orang yang berguna hari ini.
Ikhwan Fahmi recently posted…Bongkar Rahsia Pemasaran Emel Dan Blog
IF: Setuju sangat, tanpa guru kita tak kemana…tuan pun guru juga untuk affiliate Kerjaya 🙂
yeahh.. selamat hari guru ^_^
farzli recently posted…Cari duit di bulan puasa
Selamat Hari Guru Farzli…
Hehe..tak lewat lagi kan nak ucap selamat hari guru..hehe
Hafizul recently posted…Mayat Bayi Kerat 15 Petanda Hati Sudah Mati
Hafizul: Guru ni kita muliakan kan dia sampai bila-bila..
mungkin kala kita masih di bangku sekolah, kita tak begitu faham pengorbanan seorang guru. biasanya kita rasa berterima kasih pada guru kerana bantu kita dapat A dalam subjek tertentu. sebenarnya pengorbanan dan jasa guru jauh lebih besar dari membantu kita mendapatkan skor A dalam peperiksaan. Jika tidak kerana guru, kita mungkin tidak akan jadi seperti kita hari ini. mulianya tugas seorang guru.
kaki pelangi recently posted…FUNGSI ANTIOKSIDAN PADA TUBUH KITA
Kaki Pelangi: Betul tu sebab itu nama mereka masih kekal sebagai cikgu walaupun mereka sudah tiada di mayapada ini..
selamat hari guru..
saya juga seoranf guru . jika hai ini presiden sebuah negara, sejarahnya bermula dari seorang guru biasa dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
MDHAFiZ.NET recently posted…Final Piala FA 2015 Kelantan Vs Lions XII
MDHAFIZ : Selamat hari guru ya 🙂
saya amat mengkagumi pekerjaan seoarang guru..terutama guru besar atau pengetua.
Hero Borneo recently posted…Cara Unlocked Modem Broadband Internet
HB: Bukan senang nak sampai tahap jadi guru besar tu..memang tabik kat diorang ni..
betul tu tuan..sampai sekarang saya tak lupa nama dan wajah 3 orang Guru Besar semasa saya sekolah dulu..
Hero Borneo recently posted…Rezeki Melalui Blog Amat Disyukuri
HB: Hebatlah kalau boleh ingat muka guru besar… Saya ingat muka cikgu yang rotan saya masa sekolah menengah dahulu..
bila dikenang kembali masa zaman persekolahan dulu…mmg boleh tersenyum sendiri..nakal rupanya aku ni….patutla cikgu selalu marah-marah.Sekarang bila dah dewasa dan tua.baru sedar itu semua…..
Abg Jay: Begitulah seronoknya dan indahnya zaman sekolah..Hanya ingat bila guru marah itu tanda dia nak bagi kita pandai dan jadi manusia yang berguna..
betul tu tuan sani….
Abg Jay: Itulah yang selayaknya…
dekat sekolaha da setiap tahun ada sambutan hari guru siap minta ibu bapa bawa makan sekali
suri recently posted…Cara Nak Buat Jubah Hari Raya 2015 Ilmu Wajib Sedut Untuk Keturunan Akan Datang
Suri: Memang wajar sangat guru itu disambut dan dimuliakan…tanpa mereka kita dimana?
Karya Usman Awang memang mempersonakan.
Selamat hari guru buat semua pendidik. Sekolah anak saya sambut hari Isnin ni 🙂
myliferia recently posted…10 Makanan Pembakar Lemak Agar Tubuh Kekal Langsing
Myliferia: Memang mempesonakan dan mengasyikkan..
Salam ziarah. Alhamdulillah… masih ada yang hargai jasa guru…alhamdulillah, kerana guru juga saya berada di sini
Dja@Sishaza recently posted…5 Tips Asas Jika Hendak Membela Kucing
Dja@Sishaza: Terima kasih kerana sudi ziarah blog picisan ni..:-)