RM20,000 Kibar Dan Selfie Jalur Gemilang

Sepatutnya dah ramai yang kibarkan jalur gemilang. Memandangkan beberapa hari lagi akan menjelang Hari Kemerdekaan kita yang ke 57. Mengingati atas pengorbanan orang-orang yang terdahulu dalam usaha mereka membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Peluang in terbuka kepada sesiapa yang berumur 18 tahun keatas, yang tinggal di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya dan minat sangat berselfie. Bermula dari 20 Ogos 2014 hinggalah 16 september 2014.Kibar dan Selfie Jalur Gemilang MPSJ 2104

Hanya ambil gambar selfie berlatar belakang bendera yang dipasang dipermis masing-masing. Yang susahnya kena buat slogan yang menarik dan mantap. Jangan lupa hastagkan #kibarmpsj2014  ke akaun instagram @mpsubangjaya.

Jangan lupa syarat-syarat tu ya. Mana tahu dah buat gambar yang cun melecun tapi tak patuhi syarat jadi sia-sia pula. Jangan lupa hubungi EN. Khairi/En. Syamim dari MPSJ jika ada masalah atau pertanyaan. Korang cubalah ya. Aku pun nak try juga. Kalau korang menang jangan lupa belanja Rojak Hussin dekat petronas USJ 21 tu..hah..

Merdeka ! Merdeka ! Disini lahirnya sebuah cinta.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blogged.my ping blog