Persediaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Pada 16 Mei 2019

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

16 Mei 2019  adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh calon-calon untuk jawatan pegawai tadbir diplomatik M41 dimana akan berlangsungnya peperiksaan online yang dijangka bermula pada pukul 10 pagi dan habis dalam pukul 12:25 tengahari. Itupun jika tiada aral atau masalah yang berlaku dimana dijangkakan lebih kurang 70,000 calon akan menduduki peperiksaan tersebut.

Siapa tahu sebarang kemungkinan peperiksaan akan dibuat untuk kali kedua seperti yang berlaku pada exam ptd online bagi pegawai kastam pada bulan September yang lepas. Anda sudah bersediakah dengan segala senjata pengempur dan bekalan-bekalan tambahan? Atau masih tak tahu nak buat persediaan yang sepatutnya.

Berikut adalah beberapa persediaan yang anda boleh lakukan seperti berikut.

Membuat semakan dengan e-semakan spa di link berikut 
http://e-semakan.spa.gov.my/ptd/  . Pastikan nama anda ada dalam senarai peperiksaan jawatan pegawai tadbir diplomatik gred M41 .

e-semakan-exam-ptd-2014

Dapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan yang dibahagikan kepada 3 seksyen seperti dibawah.

  • Seksyen A- Pengetahuan Am
  • Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C- Kefahaman Bahasa Inggeris

Kalau anda tidak pasti macam mana nak menjawab soalan-soalan tersebut. Saya cadangkan anda dapatkan pakej rujukan peperiksaan online pegawai tadbri diplomatik gred M41

[+] Dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 disini 

Contoh Soalan PTD 2019

APA YANG ADA DALAM PAKEJ RUJUKAN VERSI TERBARU 2019 INI?

1.Huraian Format Terkini 2019!
Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan. Anda akan tahu format terkini 2019 yang berbeza dengan 2013-2017. Format terkini seakan tahun 2012 tapi ada beberapa komponen dibuang. Kami tahu!

2.80++ Nota Ringkas
Kalau anda nak studi sendiri semua memang berterabur lah. Jadi kami susunkan untuk anda NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi! Anda perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda!

3.Pecahan Seksyen
Tahukah anda dalam setiap ‘Seksyen’ terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda? Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana ‘pecahan dalam pecahan’ tersebut!

4.50++ Contoh Soalan Seksyen A
Ini bukan soalan ramalan tetapi soalan yang bakal membuatkan anda lebih yakin untuk sesi peperiksaan nanti. Ianya dibina khas untuk memudahkan anda ulangkaji. Soalan melibatkan pengetahuan am termasuk berkaitan pentadbiran negara dan kabinet

5.40++ Contoh Soalan Seksyen B
Seksyen B ni mencabar sikit sebab anda perlu fikir dan kira. Ada soalan terus matematik mudah, ada soalan matematik aplikasi dan ada juga soalan berbentuk penyelesaian masalah. Macam soalan IQ lebih kurang. Jadi bahagian ini akan jadi seperti latihan intensif untuk anda!

6.30++ Contoh Soalan Seksyen C
Seksyen C adalah seksyen baru tahun 2019. Tiada pada format exam PTD 2017 yang lalu. Anda akan dapat contoh soalan dan jawapan untuk 2 pecahan penilaian dalam seksyen C ini.

7.Nota Ringkas Matematik
Kita bantu anda untuk refresh semula ilmu Matematik anda. Diberikan tajuk-tajuk yang biasanya ditanya dalam peperiksaan sejak tahun 2009 – 2017. Kita dah simpulkan untuk anda. Jadi anda hanya perlu studi tajuk yang biasa ditanya sahaja!

[+] Download Percuma Preview Copy Pakej Rujukan Peperiksaan Online PTD

Dapatkan info dan maklumat lain daripada SPA sendiri di bahagian Urusetia Bahagian Peperiksaan di Nombor 038880 6468/ 88806405/ 8885 6347/ 8885 6303/ 8885 6344. Anda boleh dapatkan maklumat lain dari laman web SPA http://www.spa.gov.my/Portal/ atau anda boleh follow kami / Like di https://www.facebook.com/pages/Suruhanjaya-Perkhidmatan-Awam-Malaysia-SPA/119180408130615

Jangan lupa untuk mohon pada Pencipta dengan solat sunat hajat dan bacaan yassin. Kita hanya merancang tetapi Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Pohonlah semoga dipermudahkan segala urusan. Insyalla-Allah semuanya akan berjalan lancar.

Salam Kejayaan untuk anda!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blogged.my ping blog