Korang jangan terkejut baca tajuk ni… Sebenarnya tiada kaitan dengan akitiviti memanjat bukit sebaliknya kita hanya memanjat ABC Talam Bukit sahaja…
Perjalanan pendakian ini berlaku kira-kira 1 bulan lepas ketika pulang ke kampung isteri ku di Selama Perak.
Kebetulan pulang kampung orang rumah aku hampir sahaja dengan Bukit Merah Lake Town.
Pintu Gerbang Bukit Merah Lake Town
Jadi dalam perjalanan selepas melalui Tasik Bukit Merah tu, teringat pula kisah abc talam bukit yang diwar-warkan di Instagram. Ketinggian bukit dan gunungnya memang tak terdaki.
Jadi tanpa berlengah lagi aku pandu terus masuk ke pintu gerbang Bukit Merah Lake Town dan terus sampai di kawasan resort dan kaunter.. Disebabkan tak berapa pasti dimanakah lokasi sebenarnya, jadi ambil masa pusing-pusing beberapa kali dan akhirnya pertanyaan akhir kepada pakcik guard memberikan kami jawapan sebenar dimanakah lokasi sebenar bukit dan gunung tersebut.
Lake View Collage
Rupanya di bulatan yang pertama hanya jalan terus sampai jumpa Lake View Collage. Bukit yang kita nak daki tu ada didepan kolej tu. Laketown Clubhouse adalah lokasi abc talam bukit dan gunung yang hendak kita daki.
Credit : bayu-homestay-laketown-blogspot.com
Kebetulan bila kita sampai di situ ada majlis perkahwinan yang baru sahaja selesai, maklumlah kitaorang sampai pun sudah pukul 5 petang. Di ‘clubhouse’ tersebut ada juga menyediakan gym jika korang nak sado kan otot-otot korang dan lepas letih korang boleh terjun kolam mandi yang ada berhampiran dengan ‘gym’ tersebut. Harga semurah RM4 dari pukul 10 pagi sampai 7 petang, mandilah korang sampai lenjun..
Kesibukan di Kaunter Laketown Clubhouse
Jadi bila dah sampai pilih port yang baik, jadi aku pun mula order. ABC Talam Bukit yang aku nak daki tu menjadi pilihan, disamping ‘side order’ yang lain.
ABC Bukit RM2
Abc Gunung RM3
Abc Talam Bukit RM6
Abc Talam Gunung RM8
Makan sampingan yang aku order Funfries RM3 sepinggan, Chicken Chop RM5.50 dan laksa pada harga RM2.50
Chicken Chop dan Fun Fries
Laksa Sedap dan Murah
Tengokkan harga memang berbaloi dah murah pulak tu semua sekali dalam RM22 aje.. Laksa dia pun memang sedap sangat. Jadi pendakian aku ke ABC Talam Bukit di Bukit Merah Lake Town ni berjayalah, dan memang akan jadi mencabar kalau banyak halangan dan kekangan untuk sampai.
Korang pun boleh datang dan daki bukit tersebut tanpa keluar peluh pun, kalau korang larat korang layanlah ABC Talam Gunung tu.. Dari pengalaman aku yang melihat orang lain yang makan, memang tak habis, lepas tu sebab ais dia banyak, jadi bahagian dalam tawar dan gula hanya kena pada bahagian luar sahaja, dan sudah tentu lama kelamaan akan tawar..
Untuk satu famili 5, 6 orang memang sesuai ambil ABC Talam Bukit sahaja atau boleh order Abc Gunung tu 2 biji..Dari pengamatan aku :
Harga 5 bintang
Rasa 4.5 bintang.
Lokasi 5 bintang.
Fasiliti 4 bintang.
Fuhh review macam nak lawan tuan Hazman Fadzil lah pulak… Jangan marah boss nanti kena jual…heh..heh..
Lepas makan perut pun dah penuh, barulah sambung perjalanan balik ke Puchong. Tahu ajelah bila perut dah kenyang mata pun mudah jadi kuyu. Kena amalkan tips-tips dan panduan elakkan kemalangan ketika memandu.
Orang kita ni tahu ajelah bila tangan distereng, bawa kereta tak ingat dunia. Malam tu dalam pukul 10 malam barulah sampai Puchong, perutpun dah lapar. Pekena pulak Char Kuey Teow depan PETRON Puchong Indah…Bolehlah rehatkan badan dan kaki yang dah lenguh disebabkan perjalanan jauh..
Jadi kalau korang ada kelapangan dan dalam perjalanan boleh lah singgah dan test kehebatan dakian korang “abc talam bukit bukit merah lake town clubhouse” Jangan marah ya. Ini bukan bukit yang tinggi tu ya ini bukit tak keluar peluh punya…pendakian hanya menggunakan sudu dan straw…Ada masa lain kali kita cerita lagi…
Kalau korang nak usha-usha dulu boleh tengok di fb Cafe Laketown Clubhouse
ingatkan apa ABC tu, ais batu campur ke
Azam Mohamad recently posted…Al-kisah penjual online kaya raya rupanya seorang pencuri yang sangat licik!
Azam : Air Batu Campur…jangan marah ya 🙂 Nanti saya belanja ABC…
Tak runtuh ke ABC tinggi-tinggi gitu ? Saya suka ABC kena time panas-panas . Bukit Merah tu tak sampai sejam dari rumah mertua tapi singgah pun tak pernah .Cuma lalu tepi tasik dan berhenti tengok-tengok kot ada ikan kat tepi tasik.
rahimah recently posted…3 Tips Bagaimana Memilih Pakaian Musim Sejuk Thermal Yang Betul.
Rahimah: Ada cara dan teknik makan dia baru tak runtuh ABC tu 🙂
Haha..ABC Gunung satu…nak awek tu temankan I makan..leh? Haha.. Bro, jalan keretapi tu kat mana? Saya baru tengok ni..teruja sangat ni..lalu kot lautan..
Hafizul recently posted…Duit Kotor Elak Mesin ATM Diganggu
HAfizul: Nak awek tu teman kena charge extra sekali dengan ABC Gunung heh.heh. Gambar tu ambik kat Tasik Bukit Merah dari arah kampung..
Pandangan agak terganggu dengan gambar yang menghantar ABC mengunung. 🙂
akubiomed recently posted…Karnival Keusahawanan 2015 Sekolah Rendah Agama
Akubiomed: Boleh order sekali dengan abc tu heh..heh
pehh..tinnggi betul abc tu.
tercabar abs gua nih.
titan recently posted…Homestay Murah di Dungun.
En Titan: Memang tinggi. Tak larat nak habis..:-)
wowww takde lagi kat sini. Nak makan tu rasa macam selesaikan uno tower pulak. hehe
Aka Vitamin: Memang puas hati punya. Kalau lalu bukit merah lake town bolehlah singgah….
tingginya abc tuh… aduhai sedap tuh…
zik recently posted…Keputusan terkini pahang vs global fc 13/5/2015
Zik: Jom test power tengokm boleh habis tak ABC Gunung tu?
Wah, memang terbaik ABC ini. Kalau Mek ila beli 1 je dah cukup makan untuk sekeluarga. kalau beli 1 seorang, memang pengsan nak habiskan.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…4 Kebaikan Bawa Anak Bermain Di Padang
Mek Ila: 1 pun cukup tu. Kalau tidak jadi membazirlah pulak…
Itulah, yang pasti memang nampak hebat dan menyelerakan. Kalau suami nampak ni mesti nak cuba!
Mek Ila : Jom cuba kalau lalu Bukit Merah bolehlah singgah ya…
akhirnya bisa tengok ABC setakaf ini tonton di upin dan ipin je ternyata seerti itu bentuknya ahai berapa kalori ya satu ais seperti itu
islam di dadaku recently posted…Taqwa
Islam Di dadaku: Sudah tentu kalorinya menggunung. Memang tak boleh diamalkan selalu. Bisa memudaratkan..:-)
betul betul mencabar nak habiskan, terliur bak hang 🙂
Ikhwan Fahmi recently posted…Berniaga Tapi Barang Tiada Stok
Ikhwan Fahmi: Terliur kat mana tu? ABC ke yang pegang ABC?? heh.heh gurau aje 🙂
Boleh ka nak habiskan abc talam ni? semput nengok gambaq saja pun..hihi
Noriza Rahman recently posted…Nak kurus TANPA mengganggu proses penyusuan?
Noriza: Insyallah boleh habis punya..Tapi yg last-last tu dah tawar sedikit 🙂
Oh ye la kan, yang manis semua dah makan kat atas…saya memang tak habis la kalau makan ABC macam ni…..
Noriza Rahman recently posted…Euphoria Shaklee Wellness Fair, Part 2
Noriza: Kalau tak habis boleh amik yang kecil aje iaitu ABC bukit atau ABC Gunung.
terperanjat tengok ABC tu..
takut nak minum tu. kolesterol byk tu
zool recently posted…Kisah Menunggu Kelahiran Bayi
Zool : Sekali sekala boleh. Kalau selalu dijadi mudarat pula 🙂
wahhh abc mengancammnyaaa… tak jatuh pulak tinggi tinggi tuu
waduh..tinggi sungguh `bukit ABC`nya. semput juga kalau saya nak habiskan. :p
Oja Samid recently posted…Suplemen Bantu Kecutkan Fibroid dan Hilangkan Cyst
Oja Samid: Panjat bukit kena daki pelan-pelan..kalau tidak pancit ditengah jalan..
kalau aku, cendol pun dah semput. inikan pula ABC Talam. hehe
suhiminain recently posted…5 Cara Buat Duit Dengan Blog
Suhiminain: Rugi tak rasa cendol banting memang sedap oooo..
mak aihhh tinggi giler ABC gunung tu..habes ke idok tu
JMR recently posted…Tomyam seafood sedap di Absolute Thai One Utama
JMR: Insnyallah habis kalau betul teknik makannya…
huhuhu..dasyat punye ABC tu,macam menarik je tempat ni,tak pernah jejak lagi ni,dan memang teringin sangat2 nk pergi sane jugak..
Welder sejati recently posted…Learning How To Tig Lay Wire Weld
Welder Sejati: Memang dasat ABC ni. Bolehlah cuba kalau lalu di Bukit Merah Lake Town nanti ya..
kembung la perut nak habiskan abc gunung tu! haha
nikkhazami recently posted…CPUV Nuffnang Memang Bermusim
Nikkhazami: Ya boleh kembung tu kalau makan sorang-sorang, kalau berdua barulah romantikkan?
Uish tinggi betul ABCnye…tak jatuh ke nanti tu…
Jia Rizaira recently posted…Kalau Perempuan Hantar Mesej Cepat Je Kau Balas
JR: Tak jatuh punya tu.. Diorang memang dah terer..
We have discover quite a few great material right here. Absolutely value social bookmarking with regard to returning to. I delight how much energy you place to produce the type of fantastic useful web page homestay kota batu.
Many thanks for the nice writeup. The idea in fact used to be the discretion accounts the item Jasa Tour Travel Wisata Gunung Bromo Murah. Search state-of-the-art in order to far included gratifying of your stuff! On the other hand, the way can we all keep in touch?
JTTWGBM: Your welcome..:-)
Amaze, amazing website structure! The span of time will you be posting intended for? you made blogs glance uncomplicated. The entire villa homestay di Batu glance of the website is impressive, not to mention the material materials!