Makan Percuma di Tudia Char Kuey Teow

tudia-char-kuey-teow-pinggan

Jangan Melelh Air Liur tu !

Allhamdulliah atas jemputan tuan Ikram Al Banjari kepada friends di facebook beliau pada 3 Februari 2015 yang lepas. Aku  sekeluarga telah hadir ke gerai Tudia Char Kuey Teow yang terletak di Putra Height bertentangan dengan stesen minyak Petron dan dihadapan flat Putra Height USJ. Dengar kata ni adalah HQ untuk Tudia Char Kuey Teow.

Selepas menunaikan solat  isyak di Masjid As-Salam, kami sekeluarga bergerak ke Putra Height dan tidak mengambil masa yang lama pun..tak sampai 10 minit dah sampai.

Lebih kurang 9:30 malam kami sampai di gerai tersebut dan kelihatannya hampir kesemua meja telah dipenuhi dengan pelanggan kecuali 1 meja yang kelihatan agak jauh dari gerai tersebut. Jadi kami cepat-cepat booking lah meja tu.. Ni orang kata langkah kanan lah 🙂

gerai-tudia-char-kuey-teow-putra-height

Full House. Semua Pakat dok Makan.

Malam ni aku pasti ini gerainya apabila kelibat tuan Ikram Al Banjari kelihatan dimeja yang berhampiran dengan tempat memasak. Jadi aku pastilah ini gerai yang betul. Dulu biasa juga lalu tapi tak pasti inikah gerai yang dimaksudkan bila dihebahkan oleh tuan Aqif Azizan

Jadi tak lama aku sekeluarga duduk, datang adik yang ambik order tu..aku order 5 char kuey teow biasa dan 1 kue tuew telur sotong.

Kalau korang suka kuey tueow ketam korang boleh order juga. Sempena promosi percuma ni koang kena bayar untuk kerang, telur sotong atau kerang tambah RM2 kalau ketam tambah RM6 sahaja.  Memandangkan hari ni tuan Ikram Al Banjari belanja  kuey teow, jadi kalau korang order yang lain korang tambah je duit. Air dah tentu korang kena bayar, takkan free lagi kut..??

Char kuey tueow memang sampai cepat, cuma air tu lambat sikitlah, lepas habis kuey teow barulah air sampai. Nasib baik kuey teow tu memang basah jadi tiada masalah kalau air sampai lambat sikit..

 

tudia-char-kuey-teow-pinggan

Memang Menyelerakan!

Sementara menunggu dan mengirup air yang sudah sampai di meja, isteri aku pergi tengok gerai-gerai yang berhampiran, ada yang ayam goreng, ada yang menjual baju T, ada yang jual cecair untuk rokok electronic.

Isteri aku terpaut pada satu gerai yang menjual sengkuag calit dan kami rembat 3 bekas. 1 bekas berharga RM2 dengan 2 potong sengkuang sebekas. Letak aje kat meja terus hilang dari pandangan..heh..heh memang rakus …

Kalau korang tanya rasa tudia char kuey teow. Aku boleh katakan “marvelous” boleh datang lagi dan boleh rekomen kawan-kawan datang… Lain kali aku nak cuba yang ketam punyer..dengar kata ada menu baru ada udang lipan pulak..

Korang yang berminat nak niaga boleh cuba jadi rakan niaga tudia char kuey teow. Dengar kata boleh untung bersih RM200-300 semalam. Ini hanya regular customer aje, belum masuk awal bulan punya. Soo memang masyuk lah niaga tudia char kuey teow ni..

rakan-niaga-tudia-char-kuey-teow

Peluag bisnes tudia char kuey teow

Allhamdullilah sebelum bergerak pulasempat juga bersalaman dengan tuan Ikram Al Banjari  dan beberapa usahawan muda seperti tuan Firdaus Yassin dan Hafiz Mansor yang famous dengan produk  Crispy Kapit  dan Cool Hijab yang turut ada disitu.

Dah lah malas aku nak layan bab makan ni. Aku nak pergi gym nak excersie lah pulak.. lain kali kita cerita bab makan wokey..

 

Photo: Credit to Tudia Char Kuey Teow

40 Comments

  1. Datin Tyka February 7, 2015
  2. reezluv February 7, 2015
    • saniyunus February 7, 2015
  3. akubiomed February 7, 2015
    • saniyunus February 7, 2015
  4. islam di dadaku February 7, 2015
    • saniyunus February 8, 2015
  5. Hero Borneo February 7, 2015
    • saniyunus February 8, 2015
  6. Siti February 8, 2015
  7. Therina Jopri February 8, 2015
    • saniyunus February 9, 2015
  8. Qider February 9, 2015
    • saniyunus February 9, 2015
  9. ciklilyputih February 10, 2015
    • saniyunus February 10, 2015
  10. ohcikgu February 10, 2015
    • saniyunus February 10, 2015
  11. maz jamal February 16, 2015
    • saniyunus February 16, 2015
  12. zool February 18, 2015
    • saniyunus February 18, 2015
  13. Helmi Aliarit February 25, 2015
    • saniyunus February 25, 2015
  14. supernifz March 5, 2015
    • saniyunus March 5, 2015
  15. niza yusof March 16, 2015
    • saniyunus March 16, 2015
  16. muliani May 16, 2015
    • saniyunus May 17, 2015
  17. Noriza Rahman May 20, 2015
    • saniyunus May 21, 2015
  18. Mek ila Jual Vitamin June 9, 2015
    • saniyunus June 12, 2015
  19. Coway Malaysia August 12, 2015
    • saniyunus August 13, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blogged.my ping blog