Zaman ekonomi yang tak berapa stabil ni, makin ramai mencari peluang untuk kerja part time apatah lagi secara full time. Bila nilai duit semakin mengecil, duit RM50 untuk membeli barang keperluan sudah tidak memadai untuk digunakan membeli barang dapur jika kita bandingkan 10 tahun yang lepas.
Justeru itu ramai yang mengisi masa selepas kerja ataupun hujung minggu untuk menambah pendapatan. Kebetulan ada beberapa bulan lepas aku terserempak budak yang buat kerja part time dengan ninja van yang baru collect barang di Subang Hitech untuk dihantar dikawasan Seri Kembangan.
Nak dijadikan cerita kebetulan orang rumah abang sedang menunggu pelangan untuk COD losyen kurus seceret corea jadi sambil menunggu tu kita orang mengopi sebentar di Restoran Asam Pedas Pucong, di Puchong Gateway 1. Pancaran matahari pun semakin kuat menerjah membuatkan tekak kembali kering dan pinta untuk dihilangkan dahaganya.
Memandangkan budak Ninja Van tu duduk disebelah meja abang, sempatlah juga aku bertanya khabar dan bertanya serba sedikit bagaimana nak kerja part time dengan Ninja Van.
Untuk pengetahuan korang brader ni buat hanya part time sabtu sahaja.
Harga bergantung jenis barang yang korang hantar.
Kalau buat part time ni bolehlah RM100-RM300 sehari dia buat.
Kalau waktu sibuk orang shopping sakan atau ada jualan murah barulah dia dapat kerja part time hari Ahad.
Hanya menggunakan kereta Perodua Axia sahaja.
Korang sebenarnya boleh buat duit part time kalau langkah kanan korang akan dapat peluang buat full time.
Korang hanya perlu buat penghantaran yang telah dijadualkan kepada pelanggan-pelanggan sudah disediakan.
Barangan boleh diambil di hub-hub yang disediakan. Kebanyakannya barang untuk syarikat online seperti Lazada, Zalora dan seangkatannya.
Apa syarat-syaratnya?
1.18 tahun ke atas.
2.Penghantaran menggunakan kenderaan sendiri.
3.Mempunyai lesen memandu/GDL yang sah.
4.Pengguna android smartphone.
5.Driver yang mempunyai van atau lori 1 tan akan diberi keutamaan.
Buat masa ini servis ini boleh didapati di kawasan Lembah Kelang, Terengganu, Langkawi, Johor Bahru dan Pulau Pinang
Ampang Hub
Boleh hubungi En Azri 012-574 6890
Sungai Buloh Hub
Boleh hubungi En. Hafizuddin 017-977 9087
Bangi Hub
Boleh hubungi Fathi 011-2865 2129
Zone B – HQ, Batu Tiga
Boleh hubungi En. Umayr 013-304 8436
Zone E – HQ, Batu TIga
Boleh hubungi Cik Syahida 012-569 6890
Boleh cuba apply
https://deliver.ninjavan.co/en-my/signup
atau boleh hantarkan resume korang disini
fleet.intern@ninjavan.co
Harap-harap boleh membantu korang yang yang cari kerja part time dengan ninja van, walaupun tiada ilmu ninja korang! Apa yang korang perlukan adalah rajin dan berdedikasi dengan kerja korang!. Insya Allah adalah rezeki korang.
Komen sikit kalau korang pernah dapat barang dari budak Ninja Van..
Macam mana servis diaorang ya?
Baca Juga : 7 Langkah Mudah Buat Duit Part Time Dari Rumah!
sangat baru untuk saya…
idea yang sangat bagus nie..
mrhanafi recently posted…5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting
Ni dah lama ni bro Mrhanafi, Kalau tak buat Grab atau Uber boleh buat yang ini. 🙂
peluang buat duit nie..
kalau dibuat tempat saya pun ok juga..
bagi peluang pekerjaan kepada anak muda.
mrhanafi dot com recently posted…Pengalaman Guna Grabcar Di Kuching
Memang peluang ni untuk yang nak rebut peluang.
kalau rajin, hasilnya cukup lumayan mcm uber dan grab jugak..
nikkhazami recently posted…Antara yang Menarik di Traveloka Sempena Sukan Sea 2017
Kalau rajin apa pun lumayan Nikkhazami 🙂 tengok aje peniaga bangla yang jual mineral water di KL tu..
yang ni memang terbaik, sapa rajin boleh buat duit extra,
Dila recently posted…8 Tips Pencegahan Kanser Usus
Memang ramai yang nak cari duit extra macam ni, ada kenderaan dah boleh buat dah.
haa..
siapa ada waktu lapang dan kenderaan yang sesuai.
leh la wat benda nih plak.
titan recently posted…Sindrom Burung Hantu yang COMEL.
Boleh sangat tu kalau ada coverage Ninja Van kat area yang korang tinggal tu.
Menarik jugak buat kerja Part Time dengan Ninja Van ni…. Dekat kasawan Kampung dah ada ke Servis macam ni?
Anuar recently posted…Teknik nak dapatkan RM30 Ribu untuk Kahwin dan Beli Kereta Tanpa Personal Loan
Kena tengok coverage juga tuan Anuar.
Memang best sekarang.. banyak cara boleh buat part time untuk cari kerja.. terbaik
Dedaun Comel recently posted…Meditasi dan Kebaikan Meditasi Kepada Diri dan Orang Lain
Siapa rajin memang boleh buat duit sis Dedaun Comel. 🙂
Agak menarik boleh tambah pendapatan juga dalam masa yang sama.
Ira recently posted…omega
Boleh sangat tu, kalau ada masa lapang hari minggu boleh buat ni.
Bagus juga kerja part time macam ni, boleh jana pendapatan sampingan untuk kita
Khairul Zamri recently posted…Traveloka Official Online Travel Partner KL2017
Boleh cuba nanti tu bro Khairul Zamri!
saya kenal ninja van ni sebab chilindo la..kalau tak memang tak tahu pun kewujudannya..ninja van ni ala ala uber versi posmen kot kan? hehe
thehaikal recently posted…Amazing. Gracias TheHaikal!
Lebih kurang macam tu la bro thehaikal!
Bagus perkhidmatan sebegini. Sekurang-kurangnye peniaga online ada banyak pilihan untuk menghantar barang mereka. Malah boleh menjana pendapatan sampingan bagi mereka yang rajin dan ada kelapangan.
HIDAYAH AZMAN recently posted…VITAMIN BANTU KECUTKAN CYST SEMASA MENGANDUNG
Sekarang ni macam-macam orang boleh buat pendapatan tambahan, rajin atau tidak sahaja..
Sekarang ni kerap budak ninja yang hantar barang kat rumah. Sebab beli barang dari Chillindo. Sebelum ni biasa pos laju dengan gdex je atau lazada express
sabree hussin recently posted…MYDIN – The Untold Story
Sekarang ini memang ada banyak syarikat curier yang boleh digunakan untuk membuat penghantaran. Ada yang harga lagi murah sedikit berbanding dengan yang lain. Kalau dapat harga yang menarik mesti diaorang akan gunakan servis syarikat itu.
Ada gunakan perkhidmatan Ninja Van ni. Terbaik servis. Mesti SOP dia bagus.
Cuma coverage dia tu mungkin tak meluas sangat macam Poslaju.
Macam-macam cara orang boleh buat duit sekarang ni kan.
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Kenapa Kita Perlukan Probiotik dan Prebiotik?
Peluang ada aje dimana-mana. Kita rajin atau tidak ambil peluang tu 🙂
Yg android tu. Mmg kne guna android ke? Ios xdpt??
Ios pun ada juga bro Apiih. Boleh check kat Apple store.
Dah try sent request apply dekat ninjavan website tapi tak dibalas pun. Lesen gdl je yang diutamakan ke? saya ada lesen kete full. currently studying umur 20. nak buat duit poket sikit. blh tlg tak
Trylah buat Uber atau Grab. Servishero.com dan goget.my juga menarik kalau nak di cuba.
Alhamdullilah setakat sekarang aku ninja van alor setar🙂
Thumb up bro 🙂