Sebenarnya bila nak buat urusan online ni, ada beberapa tools penting yang anda tidak boleh abaikan iaitu akaun perbankan internet / online. Bila sudah ada macam-macam yang anda boleh lakukan dengan akaun tersebut antaranya ialah:
1.Membayar bil Astro atau TNB, kad kredit, pinjaman dan premium insurans.
2.Membuat pembelian secara online seperti membeli ebook “Formula Rezeki Melimpah Ruah” atau membeli buku “English Itu Mudah”
3.Memindah wang di antara akaun (milik sendiri dan pihak ketiga) atau antara bank seperti CIMB dan Maybank.
4.Memeriksa dan menerima bayaran dari pelanggan
5.Menyemak baki akaun dan penyata akaun dalam talian.
Sebenarnya banyak urusan yang anda boleh lakukan bila sudah ada akaun perbankan internet atau online. Seperti permohonan pinjaman dan kredit secara online, memohon draf bank dan arahan pemindahan telegraf. Anda boleh tanya di bank anda masing-masing untuk dapatkan maklumat yang lanjut ya.
Anda boleh dapatkan khidmat ini dari bank-bank terkemuka di Malaysia seperti Bank Islam, RHB Bank, AmBank, HSBC dan banyak lagi…Anda boleh google sendiri.. Tapi 2 akaun yang sangat di cadangkan mesti ada buat semua orang yang buat bisnes online adalah akaun Maybank2u dan CIMBClick.
Sebab apa? Sebabnya majoriti pengguna memiliki 2 akaun tersebut. Nak buat akaun personal atau syarikat? Ini satu lagi persoalan yang selalu bermain diminda anda yang masih baru lagi dalam bisnes online kan?
Kalau anda masih baru, saya cadangkan bukalah dulu akaun personal di CIMB dan Maybank. Boleh juga gunakan akaun suami atau isteri anda, itu pun kalau sudah ada akaun ni, jadi mudahlah sikit urusan anda.
Tapi untuk jangka panjang sebaik-baiknya bukalah akaun syarikat, supaya kita senang nak asingkan pendapatan dan perbelanjaan bisnes online anda.Kalau tidak nanti anda akan jadi perompak syarikat sendiri. Sudah buat bisnes lama, tapi duit tak tahu pergi mana. Satu lagi senanglah nanti hendak buat kira-kira tahunan kan…
Apa kelebihan kalau ada akaun perbankan internet atau online ini?
1.Anda boleh buat urusan bisnes online dengan lebih pantas. Takkan nak check di mesin atm kannn..
2.Mengelakkan ditipu pembeli palsu yang tidak bertanggung jawab. Zaman IT ni ramai penipu yang sudah bijak menggunakan internet. Ada yang menggunakan slip ATM yang direka sendiri dan beritahu sudah membuat pembayaran. Tapi duit memang tak masuk-masuk pun.
3.Boleh buat pindahan wang dengan jumlah yang lebih besar dan lebih selamat.
4.Memastikan urusan perniagaan lebih lancar, jadi proses pembelian produk oleh pelanggan berjalan dengan lancar dan terurus.
5.Memudahkan anda membuat penyata akaun untung rugi bisnes anda, yang biasanya dilakukan hujung tahun. Orang kata nak tutup buku.
Ada lagi tak kelebihan perbankan internet yang mungkin saya tertinggal? Kalau ada dijemput tuan puan yang cantik budiman komen di bahagian bawah blog hamba yang hina ini.
Jadi memang penting ya akaun perbankan internet/ online ini. Tapi kalau anda yang tidak biasa buat benda macam ni, memang lecehkan? Tak tahu nak mula dari mana? Tak tahu macam mana nak hantar bukti/ resit. Macam mana nak daftar nombor telefon? Macam mana nak buat TAC?
Kalau ini persoalan yang bersarang di otak anda, saya cadangkan cuba panduan perbankan internet ini. Anda hanya ikut sahajpanduan yang diberikan.
>>>>> Panduan Dapatkan Akaun Maybank2u dan CIMBClick Sepantas 5 jam
Saya doakan kejayaan bisnes online anda. Kejayaan anda bermula dari langkah yang pertama….. Kalau anda tak mula, anda takkan kemana-mana….. Ini orang bijak pandai yang cakap…saya nukilkan sahaja.
Mmg benar, maybank2u dan cimbclick yg paling byk digunakan…..
Hairul Hissam recently posted…Cara Daftar Dan Guna Whatsapp Dgn Cara Lebih Jimat & Testimonial Bisnes Pizza dan Chicken Floss
Hairul Hissam: Yang lain pun boleh juga tapi leceh sikitlah sebab akan ada charges jika buat pemidahan dari akaun yang berlainan.
Dah macam wajib dah kena ada online banking sekarang ni. Pastu, kalau berniaga online pulak kena ada dua tiga akaun online, baru senang pembeli nak bayar kita.
Travelog Siti recently posted…Eski Carsi Safranbolu – Orang perempuan mesti suka tempat ni, Siri 4
Travelog Siti: Memang menjadi kemestian untuk mudah berurusan..
Betyl tu dah macam wajib ada pendapatan sampingan
raihanah recently posted…Set Kurus dan Sado Terbaik
Raihanah: Memang kena cari tu..Maklumlah ekonomi tak menentu..
perompak akaun sendiri memang sering berlaku..terutama kepada mereka yang lemah imannya.
Hero Borneo recently posted…Bagaimana DESIGN Untuk Confirm Berjaya
Hero Borneo:Jadi kena kuatkan iman lah macam tu kan HB?
ya..perlu kuatkan iman supaya lebih berdisiplin dan jujur kepada diri sendiri
Hero Borneo recently posted…Pelaturan Emas Rumahtangga Bahagia
Hero Borneo: Kalau goyang iman boleh rosakka bisnes nantikan??
ya memang boleh..sebab itu kuatkan iman pada akar supaya kalau goyang sikit tak akan tumbang punya..
Hero Borneo recently posted…Selamat Hari Jadi Hero Borneo
Hero Borneo: Maksudnya asas memang kena mantap ya, barulah tahan walau menghadapi Tsunami sekali pun..:-)
Dengan adanya perbankan online ni kerja kita jadi mudah, cepat dan menjimatkan kos. Bil2 ultititi semua boleh dibayar secara online tanpa perlu keluar dari rumah.
Daud recently posted…Cara Terbaik Mendidik Anak Mengikut 3 Fasa Yang Wajib Ibu Bapa Tahu Moga Anak Menjadi Insan Berjaya Dunia Akhirat
Daud: Banyak benda boleh buat kan??
saya memang aktif menggunakan banking online nih…kesukaan saya ialah CIMB Clicks…tapi yang menyampahnya ada jugak GST hurmmmmm
SITI HAZREEN SHAHROM recently posted…Dari Bahau ke Subang Parade, Shah Alam dengan Komuter
Siti: Memang macam tulah lumarahnya bila telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.
memang digalakkan berurusan samada dgn cimb/maybank, majoriti pakai tu kan..tapi utk personal, leh guna bank lain satu lgi kan
JMR recently posted…Makan Malam bersama Deqnoor di Laman Grill Steak & Bar-B-Que
JMR: Memang macam tulah kebiasaanya..
kalau buat bisnes online, memang wajib la ada onlie banking ni..
musadun recently posted…Siapa Budak umur 11 Tahun Yang Mengandung dan Bersalin?
Musadun: Itu sudah semestinya. Apatah lagi kalau minat membeli belah di internet, lagilah perlukan..
tapi kan macam mana nak tunjukkan bukti kepada peniaga yang kita dah bayar tapi guna online banking.?
Boleh screen shoot atau safe dalam format pdf setiap transaction yang kita buat dan hantarkan kepada peniaga tersebut.
penting juga ada akaun online skearang ni, tapi kena hati2 sebab boleh belanja suka hati je.
raihanah recently posted…Cinch Energy Tea Mix Untuk Kurus dan Cergas
Raihanah: Nafsu membeli belah tu memang kena kawal sesangat. Kalau tidak dia akan menjadi liar dan tak terkekang nanti…:-)
ada akaun bank online boleh bayar bil, reload prepaid dan beli belah online.
Ikhwan recently posted…Cara Tempah Ebook Rujukan Separa Perubatan
Ikhwan: Betul tu macam-macam bolehkan?
betul tu…banyak menyenangkan ada akaun online ni xpayah nak ke hulu ke hilir bank in duit, cek duit masuk ke tak terutama bg peniaga online. M2u dan cimbclicks mmg satu kewajipan…
Aniey Yusoff recently posted…11 Jenis Makanan Warna Ungu Ini Tinggi Antioksidan Untuk Mencegah Kanser
Aniey Yusoff: Memang mudah kalau dah ada..Terutama buat peniaga-peniaga online..
memang wajib ada untuk peniaga online khususnya, dan ia sangat memudahkan bermacam urusan tanpa perlu bersusah payah nak keluar ke atm/bank. dulu saya guna MBB saja, sekarang dah tambah CIMBclicks juga. 🙂
Oja Samid recently posted…Perlu Ke Risau Bila Haid Lambat Lepas Bersalin?
Oja Samid: Ia suatu kemestian. 2 akaun tu mestilah kena ada kan??
online banking amat menyenangkan kita berurusan secara maya dan menguruskan kewangan dengan lebih berkesan..
labulabi recently posted…CARA UNTUK MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG
Labulabi: memang memudahkan bila dah ada…
semua urusan kat hujung jari skrg ni.Lebih mudah ,cepat dan pantas.
abg jay recently posted…Buat Duit Dengan Affiliate Jvzoo.
Abg Jay: Memang memudahkan dan pantas. Baru senang sikit kerja..
saya ada 3 bank, senag2 keje sy…hehhe
Seri: Ada 3 bank lagi bagus tu…:-)
banyak kelebihan kalau tahu kegunaan akaun perbankan inernet ni
Bisnes Online recently posted…Peluang Pakej Bisnes Coconut Shake Malaysia
Bisnes Online: Memang banyak manafaatnya kan?
bagi aku memang kena ada la akaun maybank dan paypal kalau nak wat bisnes online nih.
titan recently posted…The Power of WHITE Rice
Titan: Memamg betul sangat tu. Nak gi global Paypal tu kena ada…
Senang bila ada online banking ni..senang nak semak bila husband dah transfer duit..:)
Lagipun boleh buat scheduled transfer untuk bayar installment rumah dan charity
Nurul recently posted…5 Kesan Supplement Prenatal Shaklee
Nurul: Memang memudahkan kita untuk melakukan urusan seharian..Tak payah nak pening kepala beratur di kaunter bank..
betul tu.. kalau takde online banking memang susah sekarang ni
zool recently posted…Selesai sudah majlis aqiqah
LigaKampung: Kepantasan urusniaga itu satu peluang yang jangan diabaikan.. Hanya sebab kita lambat response pun pelanggan boleh cari orang lain. Kan sudah rugi tu..
untuk buat bisnes memang wajib la online ni.hehe mudah nak cek payment,
Xdelah kena pergi atm tiap kali nk check payment..
huhu
haji kassim recently posted…Punca Kencing Manis Ketika Mengandung
UbatKencingmanis: Memang macam tulah yang terbaik…
Pihak institusi perbankan akan menyimpan rekod pengeluaran cek tanpa wang yang mencukupi ini. Sekiranya ia sering terjadi, pihak institusi perbankan boleh mengambil tindakan selanjutnya dengan menutup akaun anda.
Dyson: Ini berlaku sekiranya anda menggunakan khidmat cek untuk Akaun semasa, bukan untuk perbankan internet.
Memang saya selalu gunakan Maybank dan Cimbclick, BIMB jarang sangat guna.kalau ada online perbankan ni menjimatkan masa kita menunggu untuk urusan di kaunter…
Noriza Rahman recently posted…Senaman Kegel Menguatkan Otot Lantai Pelvik Selepas Bersalin
Noriza: Memang menjimatkan kalau ada 🙂
Tak perlu nak bersesak dalam bank tunggu giliran nak buat transaksi
Noriza Rahman recently posted…Amalan Menjemput Rezeki dengan Zikir Ya Wahhab
Melainkan kalau terpaksa sahajakan?
akun perbankan memang sangat perlu sekali, ditambah lagi, saat sekarang ini, orng lebih bnyk yang bertransaksi secara online,
game android recently posted…Angry Birds Epic Mod Apk Unlimited Money (v1.2.9)
Game Android: Memang perlu sangat ni..:-)
wajib ada untuk semua orang..kalau tahun 2020 nanti pun ada yang masih taktau guna, tak yah sembang pasal negara maju..haha
reezluv recently posted…Komisen 1-5 Dari Clickbank
Reezluv: Betul tu memang kena da ni, kalau tidak orang kata orang kampong heh..heh
Akaun perbankkan online ni memang wajib ada, lebih-lebih lagi kita sebagai blogger yang kerap sangat menerima bayaran komisyen affiliate 🙂
Wan Zawawi recently posted…Cuti Dah Habis Bro 3
Wan Zawawi: Kalau blogger mesti kena ada tu…
Pernah jugak saya jumpa, orang yang nak buat bisnes online, tapi masih tak ada perbankan internet. Nak tolong dia pun susah
sabree hussin recently posted…Bagaimana anda boleh merangka masa depan yang gemilang selepas tamat pengajian di IPT?
Sabree Hussin: Nampaknya kena suruh dia buka akaun perbankan internet dulu..
Perbankan internet sangat-sangat membantu dalam perniagaan. Penting untuk gunakannya di saat business secara online menjadi trend masa kini 🙂
Aryn Fadz Lee recently posted…11 CARA MUDAH MENJEMPUT REZEKI DARI BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
Aryn Fadz Lee: Kena ikut trendlah baru lah tak ketinggalan dalam bisnes yek 🙂
Memang wajib perlu ada akaun bank maybank2u dan cimbclicl. Senang nak buat urusan jualbeli secara online.
sensasi2020 recently posted…Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Sensasi2020:Akaun tu mesti kena ada baru mudah semua urusan online.
Banyak kelebihannya jika ada akaun bank dan daftar di bank tempat kita buka tu, bagaimana mahu dapatkan no TAC tu..
sensasi2020 recently posted…Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Sensasi2020: Nak dapat no TAC tu kita kena daftarkan nombor telefon kita di Mesin ATM atau update online. Ini adalah salah satu langkah keselamatan yang utama dalam perbankan internet.
Alhamdulillah, hampir semua acc bank sy guna dh ada Internet banking… senang nak cek baki..
Mesra Mobile recently posted…Lenovo Vibe Shot – Skrin 5.0″ FHD, Kamera 16 MP, Harga RM1399
Mesra Mobile: Bukan setakat baki sahaja boleh cek, duit masuk dan transfer pun boleh 🙂
Cimbclicks & m2u memang kena ada. Lagi satu ialah akaun paypal. Tak semua buyer ada duit dan kadang ramai nak guna credit card. Paypal boleh terima payment tak kira orang tu ada akaun paypal ke tak. So tak terlepaslah sale kalau time tu orang nak beli tapi tak ada duit kat bank.
rahimah majid recently posted…Hotel Di Brussels Astrid Centre Hotel Sangat Berbaloi
Rahimah: Betul tu, lepas ada 2 akaun tu kena buat akaun Paypal pulak, senang nak buat urusan dengan mereka yang suka berurusan dengan Paypal.
kene guna onbank yg jenis sentiasa jaga server dan update..kang tak pasal2 ada fraud
Belang Tarung recently posted…Panduan Menjadi Seorang #Planespotter di Malaysia
Belang Tarung: Kebanyakan bank mengambil berat server dan system mereka yang sentiasa terkini..
Zaman sekarang ni kalau takde online banking agak susah sedikit.. Terutamanya bagi yg berbiz.. Nak tak nak memang kene buat. Lagipun, online banking ni byk jimatkan masa daripada terpaksa mencari parking, tunggu giliran di bank.. Kalau ada cara yg lebih mudah dan pantas, kenapa kite tak gunakan bukan?
Nor Hafizah recently posted…Perpustakaan Awam Raja Tun Uda Shah Alam Destinasi Terbaik Ransang Anak Minat Membaca
Nor Hafizah: Memang jimat sangat tu..
suka entri ni. ramai yang masih ragu ragu nak guna internet banking
Uncle Zuan recently posted…Jaket Varsity – Simple Tapi Bergaya
Uncle Zuan: Mungkin mereka memerlukan serba sedikit pendidikan tentang perbankan online ni..
ada online banking ni memang menyenangkan. jimat masa/tenang/kos. 🙂
suhiminain recently posted…StudioPress Tawarkan Diskaun Hebat 100 USD Ogos 2015
Suhiminain: Memang jimat betul…semuanya kat hujung jari aje..
perbankan internet online selalu saya gunakan maybank2u untuk bayar bil-bil…malas nak beratur kat pejabat pos…haha….
asraff ruslan recently posted…MOSTI Cadang Wujud Bandar Angkasa Dalam Tempoh 5 Tahun
Asraff: Saya pun malas juga nak beratur lama-lama. BOleh buat benda lain yang lebih produktiviti..
Zaman cepat, tangkas dan malas bergerak ni sangat penting perbankan internet… Sebab setiap pergerakan adalah modal…
saljuhumairah recently posted…Remaja Galak Untuk Dijual Murah RM80
Saljuhumairah: Memang penting sangat. Masa juga adalah modal dalam perniagaan..Kalau jutawan tu masa dia tu dibayar beribu-ribu untuk 1 jam speaking..
Kemudahan membayar bil untuk diri sendiri dan untuk orang lain menggunakan pelbagai akaun perbankan Internet. Tidak perlu bersusah untuk beratur atau mencari tempat letak kereta seperti yang berlaku jika membayar bil secara tradisional.
Betul tu Malcolm! Tak payah nak pandu kereta pergi pejabat pos…
Memang pun.
Wajib ada akaun CIMB dan Maybank.
Majoriti semua transaksi dalam 2 bank nie..
Azeni Ahmad recently posted…Cara Redeem Point Kad Kredit Untuk Dapatkan Perkakasan Rumah
Azeni Ahmad: Betul tu 2 bank ni mesti kena ada punya..
Sangat-sangat membantu dalah menpercepatkan kerja-kerja seharian.
SuperNifz recently posted…Amalan Gaya Hidup Sihat
Supernifz: Memang betul-betul membantu. Saya pun suka buat secara online sahaja.
banyak faedah bila ada internet banking ni, macam satu situasi yang saya alami.
Disebabkan kecuaian saya, saya tertinggal kad atm di mesin cdm, dan kad tu ditelan lepas beberapa saat dia keluar tapi tak diambil.
Nasib baik ada internet banking, saya transfer duit saya ke akaun lain untuk saya withdraw.
Alongxp recently posted…Dapatkan semula nombor telefon dan contact
Alongxp: Nasib baik tak jadi apa-apa ya. Dah dapat balik tak kad yang kena telan tu?
Internet banking di memudahkan bagi orang yang suka shopping online =)
Hajar Shikin recently posted…Selamat Hari Malaysia
Hajar Shikin mesti suka kalau bab shopping-shopping ni ya? heh..heh…:-)
bayar bill , hutang loan semua pakai online,, dah setting auto deduct.. mudah je sekarang nih..
zik recently posted…Keputusan penuh piala malaysia 19.9.2015
Zik: Kalau buat auto deduct lagi canggih tu…Kipidap bro !
saya lebih gemar berurusan secara online… jimat masa dan tenaga… tapi kalau bab shopping saya tak suka online… mesti nak pergi kedai dan pegang barang tersebut baru beli…. ekekeke….
cheq eem recently posted…Backpacking Trip Thailand: Erawan National Park
Cheq eem: Memang menjimatkan kalau buat secara online..
Sangat memudahkan dan selamat. Segalanya dihujung jari..
SentiasaPanas recently posted…Kumbh Mela, Ritual Penyucian Dosa Penganut Hindu
Sentiasa Panas: Memang senang sangat kalau semuanya sudah dionlinekan..