Jom Beramal Bersama Amal Till Jannah

amal-till-jannah

Seperti yang diceritakan dalam entri  Mega Ramadhan ATJ Giveaway yang lepas. Amal till jannah/ ATJ ditubuhkan untuk membantu anak2 yatim,tahfiz, rumah org tua,fakir miskin, pesakit kronik,gelandangan, asnaf serta golongan yang kurang bernasib.

Dibulan Ramadhan yang mulia ini kita memang digalakkan untuk memperbanyakkan amalan kebajikan dan bersedekah sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad saw.

كل عمل ابن آدم له الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف قال عز و جل : إلا الصيام فإنه لي و أنا الذي أجزي به

“Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151)

 

من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

 

Marilah kita sama-sama turut serta bersama Amal Till Jannah /ATJ yang menganjurkan banyak program untuk kita menambah saham diakhirat. Antaranya adalah:

1.Jualan Amal Sampul Hari Raya, terhad 100 pcs harga RM5/ pack dan pos charge RM3. Setiap keuntungan akan disalurkan ke tabung Amal till Jannah.

2.Program Tajaan Umrah bulanan untuk 2 orang mahram yang kurang berkemampuan dengan kadar minima RM50 sebulan. Dengan sumbangan yang berterusan ini dapat menunaikan hajat saudara kita..

3.Sumbangan untuk projek “Tabung Ziarah Marhaen Uzur” untuk membantu adik Syafiqah yang berumur 7 tahunn menghidapi kanser tulang. Dari sumbangan ini akan meringkan beban yang ditanggungi adik Syafiqah sekeluarga.

4.“PROGRAM BERSAMAMU GELANDANGAN – KIT PRIHATIN RM10” untuk menyediakan makanan bersahur dan berbuka puasa untuk golongan gelandangan.

 

Dan banyak lagi program-program yang akan dilancarkan mengikut keperluan. Anda yang berminat untuk menanam saham akhirat, bolehlah menghubungi:

Pn Rosya 0192314480 atau ikuti mereka di facebook Amal Till Jannah

sedekah-yang-paling-utama

30 Comments

  1. Uncle Zuan July 7, 2015
    • saniyunus July 8, 2015
  2. Riza Afzan Asri July 7, 2015
    • saniyunus July 8, 2015
  3. Daud July 8, 2015
    • saniyunus July 8, 2015
  4. Alin Marlini July 8, 2015
    • saniyunus July 8, 2015
  5. ridhwan July 8, 2015
  6. ridhwan July 8, 2015
  7. Noriza Rahman July 9, 2015
    • saniyunus July 9, 2015
  8. zool July 9, 2015
    • saniyunus July 9, 2015
  9. Index Apk July 9, 2015
  10. Yeen July 10, 2015
  11. SuperNifz July 15, 2015
    • saniyunus July 23, 2015
  12. myliferia July 19, 2015
    • saniyunus July 23, 2015
  13. sabree hussin July 21, 2015
    • saniyunus July 23, 2015
  14. Raihanah Ahmad September 10, 2015
  15. seri nian September 15, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blogged.my ping blog