Hilangkan Dahaga Di Kaki 5 Republic

Kaki 5 Republic

Kaki 5 Republic

Ingatkan apa dia Kaki 5 Republic ni…
Sebab selalu sahaja aku lalu mesti ramai orang yang singgah di food truck ini.
Nampak macam bisnes air sahaja , tapi air apa ya..?? Inilah persoalan yang bermain dalam minda aku..

Jadi hari ini aku kena singgah juga sebab nak cari bekalan sikit untuk kudapan anak-anak aku masa dalam kereta nanti terutamanya bila melawat anak di asrama nanti.

Cadangan asal nak bungkus sahaja pisang goreng cheese di kiosk MPSJ  ditepi jalan yang berhadapan dengan Kompleks Puchong Perdana. Tapi bila tanya kak yang mengoreng tu dia cakap tepung untuk goreng pisang sudah habis dan kena tunggu pula tu untuk bancuhan seterusnya, jadi aku teruskan mensusuri kedai yang berdekatan dengan situ.

Singgah  Food Truck “Royale Fried Chicken” untuk dapatkan wedges bercheese meleleh  dan terus buat tempahan 2  Green Tea dari Kaki 5 Republic yang bersebelahan dengannya.

Food Truck Kaki 5 Republic

Kalau tengok tag rasminya “Legend Coffee Brewer” kita dah tahu ini mestilah peminat coffe yang tegar…All about coffee and tea.

Tapi bila tengok betul betul ada macam -macam flavor atau perasa  yang menarik disitu.
Kalau korang yang nak datang boleh lah guna Waze “Royale Fried Chicken” iaitu food truck yang disebelahnya.

Masa aku pergi pun adalah dalam 5 ke 6 orang yang sedang menunggu giliran tempahan. Gambar yang korang tengok berduyun-duyun tu mesti masa dia giveaway 100 cup pada bulan Oktober yang lepas.

perasa-kaki-5-republic

Perisa yang korang boleh cuba :

Green Tea,
Red Tea,
Expresso,
Mocha,
Cappucino,
Chocolate

 green-tea-kaki-5-republic

coklat-kaki-5-republic

Harga Cup Kecil : RM3
Cup Besar : RM5

Kalau korang langkah kanan adalah dia bagi free 100 cup kecil. Korang kena rajin follow ketat-ketat ya :-). kalau korang jadi pelanggan tetap pun boleh dapatkan free 1 cup bagi setiap 10 cup yang korang beli. Best kan ….

 prepare-green-tea-kaki-5-republic

Apa yang menarik kedai Kaki 5 Republic ni?

1.Jenama yang unik dan orang akan tertanya-tanya. Semuanya viral dengan berita dari mulut ke mulut sahaja.

2.Harga yang lebih murah jika dibandingkan di kedai coffee antarabangsa. “Now everyone can drink” macam moto antara bangsa lah pulak ya..:-)

4.Jenama tempatan yang perlu diketengahkan.Bangga lah sikit wei….

5.Sedang mengembangkan pasaran. Kalau korang minat boleh buka cawang dengan hubungi towkey dia. Setakat ini ada beberapa cawangan.

#‎kaki5republicpuchongperdana‬
‪#‎kaki5republicputraperdana‬
‪#‎kaki5republickualaselangor‬
‪#‎kaki5republicselayang‬
‪#‎kaki5republickotakinabalu‬
‪#‎kaki5republicdungun‬

Kalau korang yang hensem dan cantik manis suka jalan jalan cari makan atau pun boleh buat rombongan Cik Kiah singgah lah  di Kiosk MPSJ Puchong Perdana ini. Info lanjut boleh follow di:

Facebook Kaki 5 Republic

Jadi memang puas hati lepas dapat minum, anak-anak pun suka. Lain kali nak cuba perasa lainlah pulak. Sekian Mazidul Sani melaporkan…..

 

48 Comments

  1. Anuar November 10, 2015
    • saniyunus November 12, 2015
  2. arnie November 10, 2015
    • saniyunus November 12, 2015
  3. Raihanah Ahmad November 10, 2015
  4. mrhanafi November 10, 2015
  5. Ikhwan November 11, 2015
    • saniyunus November 12, 2015
  6. Faizul Ali November 12, 2015
    • saniyunus November 12, 2015
  7. topijerami November 12, 2015
    • saniyunus November 12, 2015
  8. suri November 12, 2015
    • saniyunus November 12, 2015
  9. akubiomed November 12, 2015
    • saniyunus November 12, 2015
  10. Noriza Rahman November 12, 2015
  11. eintan nurfuzie November 14, 2015
  12. cik tom November 17, 2015
    • saniyunus November 18, 2015
  13. zik November 18, 2015
    • saniyunus November 18, 2015
  14. suri November 20, 2015
    • saniyunus November 23, 2015
  15. sheva November 21, 2015
    • saniyunus November 23, 2015
  16. sheva November 21, 2015
  17. zizie November 21, 2015
    • saniyunus November 23, 2015
  18. Hairul Hissam November 25, 2015
    • saniyunus November 25, 2015
  19. Raihanah Ahmad December 4, 2015
  20. fizrees January 1, 2016
    • saniyunus January 5, 2016
  21. Datin Tyka February 4, 2016
    • saniyunus February 8, 2016
  22. Azlan Ahmad February 12, 2016
    • saniyunus February 15, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blogged.my ping blog