Fenomena Laut Biru Memukau di Hong Kong

 fenomena-laut-biru-dihong-kong

Indahnya Pemandangan

fenomena-laut-biru-dihong-kong-1

Cantikkan!

fenomena-laut-biru-dihong-kong-2

Tenangkan?

Korang yang tengok gambar fenomena laut  dia atas ni mesti terpegun kan. Korang ni mudah sangat terpedaya dengan benda-benda yang berkilau-kilau dan bersinar-sinar.

Terutamanya kaum hawa kan..kann. (jangan mara ya..nanti kena jual)

Kata orang bijak pandai:

“Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal terlalu tersalah, Pandangan nafsu  selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, jika lahirnya dari iman dan takwa”

Fenomena laut biru yang berkilau ditemui baru-baru ini berjaya menarik perhatian penduduk Hong Kong.

Bagaimanapun para saintis memberi amaran bahawa kemunculan sinar biru dipinggir banda raya itu berbahaya serta mengandungi sisa toksik.

Menurut pakar laut daripada Universiti Georgia, Samantha Joye, sinar biru tersebut terhasil daripada alga berbahaya yang diberi nama Noctiluca scintillans  ataupun ‘Kilauan Laut’

Katanya, berdasarkan gambar yang ditunjukkan kepadanya, pertumbuhan alga berbahaya itu disebabkan oleh sisa kotoran daripada kebun-kebun berdekatan kawasan laut.

“Pemandangan laut memang kelihatan sangat cantik dengan kilauan biru itu tetapi sayangnya fenomena laut itu dihasilkan oleh Noctiluca scintillans yang mengancam hidupan laut lain”

“Sebenarnya masalah ini suatu senario yang semakin menjadi-jadi di seluruh dunia kerana tiada pengawalan pembuangan sisa toksik ke dalam laut,” katanya.

Kandungan amonia yang tinggi di kawasan yang berkenaan menyebakan ikan-ikan dan hidupan laut yang lain mengelak daripada berenang di situ dan ini menggalakkan lagi pertumbuhan Noctiluca scintillans.

Jadi korang jangan terpegun sangat dengan benda yang berkilau macam fenomena laut biru ni.

Firman Allah swt.

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)

 

Moga Allah swt jadikan kita insan yang lebih baik dalam menghargai pemberian dan anugerah dariNya…
Apa pengajaran yang korang dapat cer komen sikit 🙂

 

 

46 Comments

  1. cikpin February 23, 2015
    • saniyunus February 23, 2015
  2. onlajer February 23, 2015
    • saniyunus February 23, 2015
  3. Malaysia Tercinta February 23, 2015
    • saniyunus February 23, 2015
  4. ikhwan February 23, 2015
    • saniyunus February 23, 2015
  5. titan February 23, 2015
    • saniyunus February 24, 2015
  6. Hero Borneo February 23, 2015
    • saniyunus February 24, 2015
  7. suhiminain February 24, 2015
  8. zool February 24, 2015
    • saniyunus February 25, 2015
  9. islam di dadaku February 25, 2015
    • saniyunus February 25, 2015
  10. Travelog Siti February 27, 2015
    • saniyunus February 28, 2015
  11. myrujukan February 28, 2015
    • saniyunus February 28, 2015
  12. akubiomed February 28, 2015
    • saniyunus February 28, 2015
  13. Hairul Hissam March 2, 2015
  14. Miera Nadhirah March 2, 2015
    • saniyunus March 2, 2015
  15. Yeen March 3, 2015
  16. maria March 4, 2015
    • saniyunus March 5, 2015
  17. Noriza Rahman March 7, 2015
    • saniyunus March 7, 2015
  18. myliferia March 13, 2015
    • saniyunus March 13, 2015
  19. Oja Samid March 13, 2015
  20. islam di dadaku March 16, 2015
    • saniyunus March 17, 2015
  21. muliani April 20, 2015
    • saniyunus April 21, 2015
  22. Belang Tarung August 7, 2015
    • saniyunus August 7, 2015
  23. Ira July 2, 2017
    • saniyunus July 10, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blogged.my ping blog