Selamat datang ke blog saniyunus.com!
Ini adalah blog rasmi saniyunus.com dari WordPress.com. Sebelum ini hanya gunakan blogger.com untuk buat blog main-main. Bila rajin baru lah buat posting. Kalau tak rajin tak tahulah… :-). Insyallah aku akan cuba buat entri tiap-tiap minggu. Topik atau niche yang aku cuba nak kongsikan mungkin berkisar tentang perniagaan internet dan kehidupan.
Kenapa aku nak berblogging? Kenapa ya? aku pun tak tahu… Pertama senang aku nak kongsikan apa yang aku tahu. Orang kata semakin kita kongsikan kepada orang lain semakin mahir kita dan semakin berkat ilmu itu..So berblogging nak aku rasa medium yang sesuai untuk berkongsi ilmu dan tips yang aku tahu. Orang kata kat facebook pun boleh kongsi. Memang betul di facebook kita memang boleh kongsikan tapi korang tahu tak? News feed yang kita baru tengok 1 jam lepas pergi cari sekali lagi boleh jumpa tak? Bolehkan…tapi kita kena skroll ke bawah dan ke bawah. Hanya entri yang terbaru sahaja dan ramai di Like, komen dan share sahaja yang kita boleh nampak di News Feed.
Kedua aku nak cuba asah skil blogging yang aku ada dengan medium WordPress ni. So kalau korang ada jumpa yang tak betul tu sudi-sudilah tegurlah ya!. Sebelum ni hanya main-main sahaja takda yang fokus sampai jadi. Aku harap blog ni boleh meneruskan minat dan hobi sambilan aku ni.
Jadi inilah antara sebabnya aku mula berblogging ni Korang macam mana?Harap-harap korang sudilah bersiar-siar dan mengambil angin diblog aku yang tak seberapa ni. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Sudi-sudikanlah komen ya 🙂
Selamat datang ke dunia blog. 🙂
titan recently posted…Awak, macam mana nak bakar lemak dibahagian perut?
Terima kasih atas sokongan Encik Titan… Saya banyak belajar dengan tuan.
Banyak entri menarik sis perhatikan…semoga berjaya dlm dunia blogging 🙂
Dja@Sishaza recently posted…Mengapa Saya Suka Buat Duit Dengan Affiliate ?
Terima kasih Dja@Sishaza.. Saya doakan sis juga berjaya dalam bidang blogging ni..:-)
Saya pun baru belajar juga… hehehe.. 🙂