Ceramah-Ustaz-Azhar-Idrus-Di-Masjid-As-Salam
Kepada yang berkelapangan anda dijemput hadir ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Masa : 7:30 malam hingga lewat siki biasanya.
Tarikh: 28 Februari 2015
Tempat: Masjid As-Salam. Korang datang awallah. Kalau lewat duduk diluar atau tempat parking. Ada disediakan Skrin putih untuk paparan projektor.
Dari pengalaman aku yang lepas-lepas memang ramailah yang datang ceramah ni. Para peniaga juga ditawarkan untuk membuka booth di sekitar luar masjid. Antara booth yang ada pada kebiasaanya adalah seperti menjual cd-cd ceramah dan cenderahati , gerai makanan dan minuman, gerai buku ilmiah dan booth Masjid dan booth Persatuan Belia Masjid Selangor.
Jom sebarkan Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana ya.
Sambil tu kita layan beberapa soalan fames yang diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya.
Soalan : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu? Haji atau kahwin?
Ustaz : Klo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek. Wajib kahwin dulu.
Soalan : Selepas dengar ceramah ustaz malam ini, apa patut dibuat?
Ustaz : Kalau belum makan, balik rumah makan nasi.Tanya aku pulak. Mana aku tahu.
Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tak wajib?
Ustaz : Betul. Boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak..Tapi tebuk sikit lubang untuk mata.
Soalan : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ustaz:Buka channel Astro Animal Planet. Aku bukan pakar hewan.
Soalan : Apa hukum besarkan payudara?
Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..
Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.
Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ustaz : Ini soal hati, tak berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat..
Soalan : Ketika berwudhu’ saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz…
Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku… kentut kena tahan sendirilah.
Soalan : Di mana ustaz beli kopiah?
Ustaz : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware..
Soalan : Guane (apa) hukum cabut bulu tiok (ketiak) sunnah ke ?
Ustaz : Cabut sajelah. Kerat ke gunting ke, jangan bakar sudahlah. Kang (nanti) dengan tiok²(ketiak) mu hangus.
Soalan : Kalau saya sakit bahagian kemaluan, saya baca Al Quran, sapu pada kemaluan. boleh ke ?
Ustaz : Boleh, tapi orang biasanya tidak baca ayat Al-Quran buat begitu, tapi orang baca doa dalam hadis.
Ade gok, ye dok ingak tutup zip dia angrybird tubik luor, bile zip, abih gelebek nyeng teruh.
Soalan : Suami saya kalau makan selalu beralih tempat. Saya dengar kalau macam itu, bini ramai. Guane (macam mana tu) Ustaz?
Ustaz : Sampai debor gitu semua. Dok (tidak) betul.
Sebenarnya. Orang dulu-dulu cakap kalau isteri ramai, makan memanglah beralih tempat. sudah betulah tu, 3 bini. Seorang ister di Kg. Kedai Buloh, seorang isteri di Kg. Kubang Parit, sorang istari di Kg. Kubang Kura. Mestilah makan beralih (berpindah) tempat selalu, itu aje
Soalan : Ustaz, bakpe (mengapa) jadual kuliah bulan ni sikek ngat (sikit sangat)?
Ustaz : Sebabnya adalah faktor kesihatan, sudah 3 tahun jadual padat , tulang belakang sakit-sakit, tiap-tiap hari drive kehulu kehilir (pergi ke sana ke sini), pergi jumpa doktor, doktor nasihat banyakkan berehat selalu….
Soalan : Apa hukum bunuh lipas ?
Ustaz : Sunat bunuh haiwan perosak. Cuma tidak sunat bunuh perosak, macam manusia ni.
Soalan : Saya bercadang hendak kahwin dengan perempuan ( memanglah, takkan nak kawin dengan lelaki pula). . Tetapi perempuan tu mewarnakan rambut. macam mana tu Ustaz?
Ustaz : Dia warnakan rambut ni ada dua jenis. Satu yg berjirim dan satu yang tidak berjirim. Yang berjirim ni, bila kena air, air tidak kena pada rambut. Air kena pada jirim (cat ) tu. Jadi tidak sah solat. Ada pun yg tidak berjirim, bila air kena, dia tertanggal, yang macam ni tidak mengapa..
Jadi bila yang berjirim melekat di rambut. wajib cukur kepala. tidak mengapa lah cukur kepala pun, orang tidak nampak sebab pakai tudung kan. 🙂
Soalan : Dekat hendak keluar air mani, tapi tidak keluar lagi. Kena mandi wajib ke tidak Ustaz?
Ustaz : Jawabnya tidak perlu mandi wajib. Dia kena khurujul mani ( keluar mani ) . Bila tubik (keluar) air mani baru kena mandi, ada pun kalau dekat sudah jalan keluar tapi dia u turn balik, tidak perlu mandi.
UAI:
“Saya tak pernah mimpi nak jadi ustaz. Dulu masa banyak tak tahu,rasa ingin belajar bila tengok orang lain pergi belajar. Bila dah belajar,rasa nak beritahu apa yang kita tahu kepada kawan-kawan. Mula dari seorang belajar dengan saya atas tangga rumah, mengajar atas surau. Pendek cerita,makin ramai lagi sampai sekarang. Sebab saya tak kisah kalau orang tak panggil Ustaz, sebab tak pernah pun nak suruh orang panggil
Ustaz .” – Ustaz Azhar Idrus
Credit to fbUstaz Azhar Idris Original
seronok baca Q dan A yang hang tulis tu.
tahniah sebab rajin tulis semua soalan dan jawapan tu. hehe
titan recently posted…Kekadang, bagus gak bila kena patuk dengan Virus Selsema ni.
HHaha..haha itu masa rajin..kala masa malas dia…apa pun tak boleh..:-)
syukur dapat bertalaqi dengan ustaz azhar.
ikhwan recently posted…Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di Ashadee
Alhamdullillah..seronok layan lawak dia tu..ramai orang lebih dari solat Jumaat..
Ustaz Azhar Idrus ni memang kelakar.
Untung sapa yang pernah join ceramahnya…tak kering gusi sambil absorb ilmu2 yg disampaikan.
maria recently posted…Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Hodoh Dalam Tempoh Sebulan. Anda Wajib Cuba!
Betul tu Maria. Memang tak jemu kalau dengar ceramahnyar. Malam tu habis dalam 10 30 juga ceramahnya..:-)
hehe..
kemah molek jawapan ustaz eh. hehe
ohcikgu recently posted…Aliya RINDU ayah ye?
Memang boleh gelak kalau dengar jawapan UAI
nama Udstadz ini ada sampai kat Indonesia juga kalaulah ada masa nak tengok ceramah beliau
islam di dadaku recently posted…Kehidupan di Alam Kubur
Kalau tak sempat di Youtube memang ada menyajikan ceramah-ceramah beliau..
soalannya sungguh menarik hati ada benar juga setiap jawapan yang berikan ya
suri recently posted…Homemade Cara Jahit Bantal Busuk Anak Edisi 2015
Yang bestnyer ada usur humor disitu..
Memang berbaek aa bro nih.. siap tulis satu persatu tuh…
SuperNifz recently posted…Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi
Ini kalau rajin bro SUpernifz..kalau tak rajin tampal aje…Insyallah akan cuba beri yang terbaik..
Dalam gurau senda UAI ni ada pengisian ilmu juga 🙂
Noriza Rahman recently posted…Lutein dan Zeaxanthin adalah Zat Makanan untuk Mata
Itulah Noriza… Tak rasa nak tidur bila dengar celotehnya
haha uai mmg lawak. lawak lawak dia bkn bersahaja. beliau mampu menyampaikan ilmu Allah. alhamdulillah
Muliani: Celoteh dia tu membuat kita tidak cepat bosan atau jemu mendengar kuliah…
siapa la xkenal ustaz azhar ini. ceramah dia telah dapat menarik minat pemuda untuk datang ke masjid. dia mempunyai latar belakang yang hebat. saya harap ramai anak anak muda lebih berminat mendengar ceramah dan datang ke masjid.
Farina Al-Khareid recently posted…Ovari kena buang sebab Shaklee??
Farina: Harap-harap begitulah ya..:-)
siapa la xkenal ustaz azhar ini. ceramah dia telah dapat menarik minat pemuda untuk datang ke masjid. dia mempunyai latar belakang yang hebat. saya harap ramai anak anak muda lebih berminat mendengar ceramah dan datang ke masjid. thanks share info ini.
Farina Al-Khareid recently posted…Ovari kena buang sebab Shaklee??
Farina: Sama-sama 🙂