saniyunusdotcom

Cuba teka mana Aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya ucapkan terima banyak-banyak terima kasih kerana sudi singgah di blog yang serba kekurangan ini. Aku dilahirkan di Bagan Datoh, Perak dan berhijrah ke Pahang pada usia 13 tahun mengikut kedua orang tua ku. Mendapat pendidikan Menegah di Sek Keb LKTP Kampung Sertik sebelum melanjutkan pelajaran ke Sek Men Keb Bentung (Benus),  Pahang.

Selepas tamat pelajaran menegah aku berkerja sambilan di Kuala Lumpur untuk beberapa bulan dan menyambung pengajian di dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra Kedah atau singkatannya POLIMAS. Di tahun akhir aku mengikuti Latihan Industri di Motorala Malaysia, Sungai Way atau sekarang dikenali sebagai Freescale Malaysia selama 6 bulan.

Selepas tamat belajar aku bermula berkerjaya di Western Digital, Sungai Way sebagai Juruteknik. Itu pun tak lama selepas setahun aku berpindah ke sebuah syarikat Belanda di Shah Alam sebagai ‘Technical Specialist’ itu pun lama juga lebih kurang hampir 5 tahun. Tapi hari tak selalu cerah akibat krisi ekonomi syarikat telah menawarkan pemberhentian kerja  pada tahun 2002. Ramai juga lah yang terpaksa mengisi resume dan menyibukkan diri dengan temuduga. Tapi yang bagusnya syarikat membantu pekerja-pekerja yang hendak berhenti kerja dengan mengadakan kursus dan latihan supaya pekerja-pekerja disediakan untuk pasaran pekerjaan.

Jadi selepas itu aku meneruskan kehidupanku dengan menjadi kontraktor bebas. Macam-macam yang aku buat dari ubahsuai rumah, pejaba dan kerja-kerja pendawaian elektrik dari pendawaian rumah hinggakan ke lampu jalan semuanya aku buat. Pendek kata memang mencabarlah. Berbekalkan duit pampasan pemberhentian kerja itulah aku meneruskan kerja-kerja bebas ni. Rajin Insyallah boleh, tak rajin anginlah yang dapat. Tapi aku jadi putus asa. Berbisnes dengan bangsa aku ni memang ada cabarannya terutama orang yang tak bayar selepas kerja. Jadi aku kembali bekerja semula pada tahun 2004 sampailah sekarang ni..

Allahamdulliah aku sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 1999 dan memiliki 3 putera dan 2 puteri yang menyinari kegembiraan kehidupanku.

Aku mula online ni pada tahun 2010 itu pun berblog secara suka-suka dari platform blogger.com hinggalah tahun 2013 barulah aku jinakkan diri dengan WordPress. Belajar ilmu Pemasaran Fasebuk dari tuan Jamal Sifufbads  dari situlah aku bermula memasarkan produk fizikal di fesbuk. Menajamkan skil pemaran email dari tuan Rahman Basri sehingga tahap ‘advance’ . Belajar ilmu pemasaran dari seminar dan kursus dari tuan Faisal Abdullah dari Nasihat Niaga dan guru secara tak langsung di Facebook.

Itulah serba sedikit pasal biodata aku. Kepada yang berminat untuk menghubungi aku boleh hubungi seperti berikut;

Tweeter = https://twitter.com/sunnyxmate

FB           = https://www.facebook.com/sunnyxmate

Google+= google.com/+SunnyYunus

IG            = http://instagram.com/sunnyyunus