Tentu bestkan kalau dapat habiskan masa percutian dengan melawat pantai pelik seluruh dunia yang menarik . Ada 11 pantai diseluruh dunia tu, di Iceland disenaraikan 2 pantai tersebut.
Jom kita terjah pantai-pantai pelik tersebut.
1.Black Sand Beach, Vik Iceland
Terletak dibahagian paling selatan di Ireland iaitu berhampiran banda Vik. Ia menyajikan pemandangan pantai hitam yang memukau hasil peninggalan magma gunung berapi ribuan tahun dahulu.
Source| Imgur.com
2.Glass Beach, California USA.
Pelik ya? Bagaimana bebola kaca ini terhasil dipatai ini. Mengikut ceritanya kawasan ini pernah dijadikan kawasan pembuangan sampah sejak tahun 1943 sehingglah kerajaan tempatan California menghentikan operasinya dan dipindahkan ketempat lain pada tahun 1967. Sampah sampah yang bergred industri telah dikitar semula, tetapi sebaliknya tinggalan botol kaca dan pinggan mangkuk masih tertinggal disana, ombak yang memukul pantai tersebut saban hari telah mengilap kaca-kaca tersebut sehingga menjadi licin dan cantik .
3.Bioluminescent Pyhtyoplankt0n, Maldive
Cantikkan pantai yang bersinar biru macam ini. Ini biasanya disebabkan daripada sejenis alga berbahaya yang terdapat didalam air tersebut, jadinya bla disinari cahaya bulan ia akan bersinar sinar sama macam entri di Pantai Hong Kong yang berwarna biru tu.
Pantainya kelihatan berwarna merah dan menarik disebabkan keadaan muka bumi hasil dari lahar gunug berapi bertahun-tahun yang lampau. Ia menjadi tarikan sekeluarga untuk melancung ataupun bercuti.
Kenapa ia berwarna hijau ya? Sebabnya ia mengandungi olivin , sejenis mineral silikat yang mengandungi besi dan magnesium. Olivin merupakan komponen mineral biasa lava gunung berapi di Hawaii dan salah satu daripada kristal pertama untuk membentuk sebagai magma yang menyejuk. Rasa macam atas padang bola pulak ya?
6.Pink Beach Komodo Island, Indonesia.
Patutlah Lombok menjadi salah satu destinasi percutian yang hebat untuk tahun 2016, kerana ia menyajikan pantai paintai terbaik. Salah satunya adalah pantai Pink.
Asal pasir ini bukanlah berwarna pink, tetapi disebabkan percampuran pasir merah dan pasir putih, jadi dari kejauhan akan kelihatan seperti warna merah muda atau pink.
Asal usul pasir merah ini juga tidak pasti . Ada yang mengatakan bahawa butiran merah itu berasal dari serpihan karang merah yang hancur . Ada yang mengatakan bahawa butiran merah itu berasal dari cengkerang haiwan laut . Sebahagian yang lain mengatakan bahawa warna merah pasir ini berasal dari haiwan mikroskopik ( hanya boleh dilihat dengan mikroskop ) yang bernama foraminifera . Tetapi bagaimanapun pencinta warna pink, mesti datang kesini untuk melihatnya secara dekat.
7.Karaikal Beach, India.
Pantai ini dikatakan menarik kerana mempunyai pelbagai ciri-ciri seperti pemandangan menarik matahari terbit dan terbenam, mempunyai jeti bot, taman permaninaan, restoran ditepi pantai dan gelanggan tenis.Ini memberikan pengalaman yang berbeza untuk para pelancong.
Pantai berpasir yang cantik dan air yang biru sentiasa mengamit para pelancong untuk datang berehat disamping merasai keenakan makanan tradisi India Selatan.
Source|skyscrapercity.com
8.Maho Beach, Saint Martin, North America.
Tiada apa yang peliknya disini. Cuma anda boleh menikmati pemandangan kapal terbang turun dan naik dari landasan lapangan terbang yang berhampiran. Akitivi biasa disini adalah meluncur air dan beriadah dipantai yang putih dan bersih.
Source| creativelunatic.com
Jokulsarlon atau “lagun sungai glasier” merupakan sebuah tasik glasier besar yang terletak di tenggara Iceland dan boleh dianggap salah satu keajaiban semulajadi paling besar di Iceland. Ia juga digambarkan sebagai dunia asing disebabkan ia di kelilingi bongkah air berwarna biru bercahaya. Antara yang paling mengujakan adalah glasier yang memantulkan cahaya matahari terbenam dan terbit. Menarik bukan!
Boleh diakses dari bandar Hofn dengan mendapatkan khidmat keret salji dan lawatan jip. Paling bestnyer inilah lokasi untuk beberapa filem seperti Dilwale, Batman Begins dan Tomb Raider. Kalau ada sukakan cabaran, anda patut cuba mengalami zaman ais 1000 tahun ini.
10.The Moeraki Boulders, New Zealand
Ia dipangil Moeraki Boulders disebabkan gerombolan batu bujur besar yang merentasi Koekohe Beach yang terletak diantara Moeraki and Hampden di teluk New Zealand. Kalau korang pergi mesti terkejut banyak betul batu-batu ni semua. Dan dari mana asalnya juga tidak diketahui. Ada para pengkaji yang mengatakan batu ini berasal dari lapisan kerak bumi beratus ratus tahun yang lama. Bila lama-lama kelamaan pergerakan kerak bumi menolak ia naik dan dihakis oleh air. Macam dragon ball pun ada ya?
Source|Worldfotravel.com
Pantai yang putih bersih ini terhasil dari cengkerang cengkerah halus yang terkumpul sekian lamanya disini. Ada juga bagunan disitu yang dibina dari cengekerang kecil tersebut dan masih untuh. Pantai ingin boleh dilawati sepanjang 120 km dan selebar 10 meter. Macam menarik sahaja.
Source|distractify.com
Kesimpulannya memang menarik kalau dapat bercuti dan habiskan masa bersama sekeluarga dipantai-pantai pelik seluruh dunia ini. Walau tidak dapat setiap tahun sekali seumur hidup pun sudah tentu berbaloi untuk dilawati. Dengan perancangan masa dan bajet insya allah boleh dilaksanakan tu. Jemput komen kepada mereka yang sudah pun menjejakkan kaki kesana atau bercadang untuk kesana.
cantik2 semua pantai tu, teringin juga tengok sendiri
anah recently posted…Kepentingan Facial Wajah
Ada peluang nanti boleh lah pergi yan Anah!
semoga ada rezeki pi tengok sedniri di sana.
Raihanah Ahmad recently posted…Fakta Yang Anda Harus Tahu Tentang Virus Zika
Insya Allah kalau ada rezeki tak kemana.
itulah, semoga ada rezeki. insyaAllah
Raihanah Ahmad recently posted…Buta Disebabkan Diabetes: Retinopati Diabetes
Paling dekat… yang dekat Lombok tu. Memang menarik 😀
sabree hussin recently posted…Bagaimana cara MUDAH buat perbandingan harga dan pakej untuk hotel pilihan?
Walaupun kita dengar banyak benda yang tak berapa manis. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik disana.
Glass Beach dekat US tu menarik. Kalau berjalan atas kaca tu luka tak agaknya ?
Kaca tu dah jadi bulat macam guli disebabkan hentakan dan geseran ombak dan pasir dipantai.
Subhanallah, cantik nya alam dunia yang Allah beri.
pasti banyak lagi pantai yang cantik2 lagi kan.
Memang banyak lagi tempat tempat yang belum kita lihat keindahannya.
Wahh.. sampai gitu sekali jadinya sampah2 yang kat California tuh ye…cantek jadinya…
SuperNifz recently posted…Sakit Lutut – Gejala dan Penyelesaian
Saya pun tak percaya pada mulanya Supernifz..
pernah tengok video yang pantai biru disebabkan plaknton tu, memang cantik.
Bila malam kena pula pantulan cahaya bulan menjadikannya lebih menarik…
indah sungguh ciptaan tuhan. lihat pantai-pantai ni je pun boleh rasa jiwa tenang..
permohonan upu recently posted…Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017
Meamang indah sungguh, ada yang hasilnya disebabkan tangan-tangan kita contohnya Glass Beach tu…
hmm lombok tu paling dekat untuk di terjah 😀
Uncle Zuan recently posted…Teroka Kegemilangan Lukut di Kompleks Sejarah Lukut
Boleh pergi tu nanti Uncle Zuan..
hehe tu la. ada plan nak ke sana nanti 😀
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
Cantik sangat tu Uncle Zuan, jangan lupa snap gambar yang cun cun ya..:-)
Cantiknya. Mesti best dapat ke sana. InsyaaAllah, harap-harap suatu hari nanti boleh ke sana 🙂
myliferia recently posted…7 Tips Diet Pesakit Buah Pinggang; Makanan Yang Disyorkan
Harap harap tercapai cita-cita Myliferia..
santorini mmg tak dapat dinafikan. cantik gila.
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Filem Deadpool
Memang cantik sangat tu..bila nak pergi tak tahulah…
Semuanya unik…. Pi Lombok la dulu sbb sana paling dekat 😀
Zurainny Ismail recently posted…Panduan Menjana Pendapatan Dari Fotografi
Memang jambu sangat tu kalau pergi lombok…Tambang pun murah aje..
Cantiknya pantai tu semua, kalau boleh ke Lombok pun ok dah
Noriza Rahman recently posted…Testimoni Akibat Jerawat, Muka Berparut dan Kusam
Ramai yang nak pergi lombok boleh tempah satu flight ni..:-)
hihi, lombok paling dekat pun nak pergi kan SY?
Noriza Rahman recently posted…Testimoni Akibat Jerawat, Muka Berparut dan Kusam
apsal pantai morib takde wehh?
pantai lain mana ada jual sotong bakar beb.
titan recently posted…Buat Duit dengan Involve Asia
Sebab takda yang pelik kut encik Titan..
pantai yang kaca tu, apa sebab ek jadi cenggitu. tak luka ke kaki?
Raihanah Ahmad recently posted…22 Faedah Hanya Dengan 1 Pendaftaran
Raihanah, Kaca tu jadi macam tu sebab tinggalan buangan sampah dahulu. Yang kaca tu jadi cantik sebab di gosok oleh pasir dan ombak. Luka tu tak pastilah tak pernah try lagi..:-)
jangan risau kalau tak dapat pergi, suatu hari nanti pasti akan diabadikan dalam visual reality. lepas tu boleh la melancong dr alam maya. hehe
Suhimi Nain recently posted…Cara Beli Barang Di Lazada Malaysia
Insya Allah kalau ada kemahuan boleh sampai tu bro Suhimi Nain. Paling tidak pergi lombok yang dekat sahaja ni.
Indah nya semua ciptaan allah masha allah 🙂
Subhanallah….
Jom ke Lombok.
Kami sediakan perkhidmatan pakej murah tour Lombok dan transport. Sila boleh tanya.
WhatsApp: +62-878-6000-1036
Email: info.lombokfun@gmail.com
LOMBOK FUN TRAVEL INC.
Professional & Terpercaya
Ramli recently posted…LINGSAR RAFTING
Insyallah kalau ada kelapangan nanti..
Cantik pantainya, mampu menarik perhatian sesiapa shj yang melihatnya
Ira recently posted…Giler Best Gift Vivix!
Memang cantik sangat.Sejuk mata memandang.