Tak tahulah macam mana boleh tak perasan hilang kad pengenalan/ mykad. Itu pun perasan beberapa hari lepas bila periksa dompet dan keluarkan resit-resit yang tidak diperlukan. Yang saya ingat sebelum cuti raya ada gunakan kad pengenalan masa pergi membuat pembaikan telefon pintar Nokia Lumia yang lama tu di Mobile Technic, Amcorp Mall, Petaling Jaya iaitu pusat servis bagi jenama Nokia dan Xiaome.
Amcorp Mall
Pusat Servis Nokia Xiaomi
Tapi lepas puas selongkar di Amcorp Mall sampailah satu rumah sudah diselongkar dan aku dah confirm tak jumpa barulah ambil tindakan selanjutnya. Memang leceh apabila dokumen penting hilang, nasib baik kad pengenalan/ mykad sahaja yang hilang, kalau lesen dan kad bank yang hilang tentu banyak hal lagi yang nak kena buat. Apa nak buat ya? Meh baca selanjutnya..
1.Buat laporan polis.
Pastikan anda buat laporan polis bila sudah dipastikan hilang kad pengenalan itu. Untuk kes jenayah seperti rompakan, ragut dan seangkatan dengannya memang anda mesti buat laporan kehilangan kad pengenalan di balai polis yang berhampiran.Untuk kes hilang disebabkan tercicir atau jatuh dalam sungai atau disebabkan kecuaian anda adalah tidak wajib dan tidak memerlukan surat laporan polis, memadai dengan membawa diri anda sendiri ke Jabatan Pendaftaran Negara (ini saya sudah pastikan dengan kerani di kaunter tersebut).
Tapi bagi saya yang pernah mengalami kehilangan kad pengenalan ini dahulu (masa muda remaja dahulu) saya sarankan anda buatlah laporan polis, takut nanti ada orang yang gunakan kad pengenalan anda untuk membuat pinjaman dan pembelian palsu. Kenapa saya suruh buat laporan, sebab pokcik sudah terkena masa dulu, ada orang gunakan kad pengenalan buat pembelian barang Singer lebih dari RM8,000 semuanya termasuk, peti ais, tv dan mesin basuh. Yang lebih memburukkan keadaan ialah ia menjadi puncanya nama aku masuk dalam senarai CTOS.
Jadi kalau anda sudah ada laporan senang sikit nak back-up kalau ada kes yang tak dijangka macam ni. Betul tak?
Balai Polis Bukit Puchong
2.Buat Kad Pengenalan Baru.
Jadi lepas buat laporan polis kehilangan kad pengenalan di Balai Polis Bukit Puchong,saya pun bergerak terus ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. Di Puchong ini memang ada Jabatan Pendaftaran Negara, di Puchong Utama, tapi biasanya ambil masa dalam 1 ke 2 hari untuk siapakan kad pengenalan tersebut.
Lebih kurang dalam setengah jam sudah sampai, aku terus parking di tepi jalan raya bangunan Jabatan Pendaftaran Negara itu, tapi aku was-was takut nanti kena saman, terbang lagi duit..ooo. aku nasihatkan korang parking sahaja di kawasan lapang dibelakang bangunan JPN, anyway nasib baik aku tak kena saman dan bila datang waktu petang aku terus pindah parking kat belakang JPN.
Bila sampai di JPN Putrajaya boleh terus pergi ke tingkat 2 bahagian kad pengenalan dan pergi kaunter nombor giliran atau pertanyaan.
kaunter nombor giliran dan pertanyaan
3.Pergi Kaunter Buat Kad Pengenalan
Lepas dapat nombor giliran terus pergi ke bahagian buat kad pengenalan iaitu dibahagian sayap kanan tangga bergerak. Tak perlu tunggu lama pun tak sampai 5 minit sudah dipanggil, masa itu tak kena lah dia akan minta laporan polis kehilangan kad pengenalan jika ada, ambil finger print ibu jari kanan dan kiri serta ambil gambar, siap pesan ambilkan gambar yang paling hensem dan paling macho lagi…heh.heh.
Kaunter Buat Kad Pengenalan/ MyKad
Lepas itu di akan nyatakan jumlah yang perlu dibayar dan kerani yang cun itu keluarkan resit bayaran berjumlan RM110, RM10 untuk bayaran permohonan dan RM100 denda sebab/ bayaran proses hilang kad pengenalan/ mykad.
Bayaran/ Fi Hilang Kad Pengenalan/ MyKad
Update Terbaru !
Bermula 15 Oktober 2015. Fi kehilangan kad pengenalan akan dikenakan seperti jadual dibawah..
Selepas itu akan dikeluarkan resit dan katanya dalam pukul 3:30 petang sudah boleh ambil kad pengenalan yang baru di sayap kiri. Jadi dalam 2 jam lagi baru siap. Apa nak buat ya? Jadi kebetulan nak masuk waktu zohor jadi terus pergi ronda masjid Sultan Mizan Zainal Abidin yang berdekatan sahaja.
4.Ambil Kad Pengenalan Baru.
Cantik sangatlah dalam masa 2 jam dah siap semuanya dan boleh dapat kad pengenalan baru. Dia suruh datang pukul 3:30 petang, tapi aku datang pukul 3 dan terus tanya di kaunter ambil nombor giliran, dia check dalam sistem dan kata dah boleh ambil dah. Jadi selepas dapat nombor giliran aku terus pergi sayap kiri tingkat 2 bahagian kad pengenalan dan terus bagi nombor giliran berserta resit pembayaran tadi, lepas itu hanya perlu tunggu hingga nombor dipanggil.
Tak sampai 10 minit, kaunter dah panggil, sekejap sahaja.
Kaunter Pengambilan Kad Pengenalan/ MyKad
Yey..yey dah dapat kad pengenalan baru bagi gantikan kad pengenalan hilang tu. Kalau anda nak buat Touch And Go bolehlah pergi kaunter yang berdekatan disitu yang terletak disebelah kanan sekali.
Update!
Kaunter Touch N Go berhampiran Kaunter JPN juga telah ditamatkan perkhidmatan.
Please be informed that Touch ‘n Go mini hub at Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) will cease its operation on 30 September 2015.Alternatively, customers may visitTouch ‘n Go Hub On The GO at Perbadanan Putrajaya on every Friday (except public holiday), from 9am – 5pm.
Yeaa!! Dah Ada Kad Pengenalan Baru
Jadi semuanya ambil masa tak sampai 3 jam dah siap dah. Sekejap sahaja, jadi kalau anda nak cepat boleh lah datang terus hari Ahad pun ada tapi sampai pukul 2 petang sahaja, ingat nanti nak datang buat kad pengenalan untuk anak perempuan aku yang dah 12 tahun.
Update!
Operasi Di Kaunter JPN Putrajaya hanya beroperasi 6 Hari Seminggu bermula 12 September. Untuk urusan kaunter JPN 7 hari seminggu sila pergi ke JPN Cawangan Mini UTC Pudu, UTC Keramat dan Sentul.
Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Mini UTC Keramat,
Aras 1, Keramat Mall,
Jalan Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur
Telefon:
03-4251 0589
Faks:
03-4251 0710
Emel(@jpn.gov.my):
Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan UTC Kuala Lumpur,
Aras 2,Wisma UTC,
Jalan Pudu (Pudu Sentral),
55100 Kuala Lumpur.
Telefon:
03-2026 1996
Faks:
03-2026 2022
Emel(@jpn.gov.my):
Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Mini UTC Sentul Kuala Lumpur,
Mini UTC Sentul,
Aras 3, Kompleks Bandar Baru Sentul,
55100 Kuala Lumpur.
Telefon:
03- 4040 0703
03- 4040 0705
03- 4040 0706
Faks:
03-4040 0709
Emel(@jpn.gov.my):
Jadi aku nasihatkan anda jaga dan simpanlah kad pengenalan atau mykad itu elok-elok, kalau hilang kena denda pulak tu, dengar kata ada cadangan kalau hilang lebih dari 5 kali kena denda RM500 atau mungkin silap-silap kena jumpa Menteri Dalam Negeri, siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Zahid Hamidi, yang dengar katanya akan menjadi TPM yang baru. Untuk pengetahuan anda sudah lebih 500,000 kad pengenalan atau mykad sudah hilang termasuklah mykad aku..jangan marah datuk, ini bukan suka-suka nak hilangkan..
Kad pengenalan baru sudah ada, bolehlah rempit jauh-jauh sikit itupun kalau ada yang sudi nak jemput kita minum-minum dan makan-makan. 🙂
alhamdulillah, setakat ni tak pernah hilang lagi.
titan recently posted…Peristiwa dan hari penting pada 28 Julai
En Titan: Baguslah tu kalau tak hilang.
Tq a lot for the sharing…maybe ‘berguna’ bila sampai masanya…hehehe…
Shahrul Sham: Sama-sama….
Kena kompaun juga yea? Syukur la semasa suami kecurian hari tu bila tunjuk laporan Polis tak da pula kena kompaun RM100 tu…
Noriza Rahman recently posted…Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
Noriza:Oklah tu tak kena kompaun, saya kena RM100…huu.huuu 🙁
Cepat kan proses nak buat kad pengenalan ni. Cuma tak best tang denda tu…hehehe
Eh, daku belum tukar lagilah kad pengenalan baru…huhu
myliferia recently posted…7 Tips Merawat GDM Agar Ibu & Bayi Bebas Risiko Berbahaya
Myliferia: Kalau yang lama punya kad pengenalan dah kena tukar yang baru…
seriau gak kalau hilang mykad
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Uncle Zuan: Memang seriaulah kalau hilang kad pengenalan..habis cari semua tempat tapi tak jumpa…
Mmg leceh kalau kad pengenalan hilang…mau serabut otak mencarinya..
Hairul Hissam recently posted…Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain) Dlm Cuka Kurma & Testimonial Pembeli Jual Murtabak RM6500 Sebulan Di Bazar
Hairul Hissam: Memang tengah serabu tu..:-) Allhamdullillah semuanya dah selesai…
memang leceh bila kad pengenalan hilang ni, saya pernah hilang ketika menjalankan misi banjir ketika di kelantan, atas sebab rayuan dan menjalankan kerja kompaun dikurangkan
Permatamama: Untunglah dapat dikurangkan compound..tapi ini kecuaian sendiri..:-(
kalau hilang waktu xdiperlukan ok lagi..jangan masa yang kita nak tu la dia hilang mmg masalah..ada pengalaman kawan nak naik flight ic tercicir..mmg terlepas la flight sbb flight crew xbagi boarding….
Permatamama: Kalau kena macam tu memang nasib tak baik tu..kena sattlekan dulu baru boleh fly ya?
penah sekali hilang.. penat juga nak pegi sana sini tu
zool recently posted…Pencapaian Julai dan Sasaran Ogos 2015
Zool: Saya dah kena dua kali lah. Memang masak lah kalau kalau melibatkan banyak dokumen yang hilang..
Saya dah hilang 2 kali dah, tapi ic yg hilang kali pertama tu jumpa balik lepas dah buat yang baru hehehehe
Alongxp recently posted…Antara rokok biasa dan rokok elektronik
Alongxp: Harap-harap tiada masalah melanda bila IC hilang ya..:-)
saya pernAH hilang mykad 2 kali..hihi
Ena pun pernah hilang 2 kali jugak ya…ini termasuk dalam 500,000 lah tu…
IC dah ibarat nyawa..klu hilang pening dibuatnya 🙂
Daud: Tak da lah sampai nyawa…Kalau orang Rohingia lagi ditindas di negara mereka sendiri, tiada dokumen pengenalan pun..
adik saya dah dua kali hilang kad pengenalan…tapi tak pulak dia buat laporan polis..kena bagitahu dia nih
SITI HAZREEN SHAHROM recently posted…Dari Bahau ke Subang Parade, Shah Alam dengan Komuter
Siti: Bagusnya buat report untuk elakkan masalah di kemudia hari…
my kad ni, nampak simple je kan, tapi kalau hilang, leceh gak..so far tak pernah hilang lg..tak nak la hilang woo
JMR recently posted…Brotherhood
JMR: Yang simple tu lah yang buat kita ambil mudah aje…
Memang leceh kalau ic hilang, sangat leceh. Nak pergi sana, sini utk buat ic baru..iiii tak sukanya
Nurul recently posted…5 Kesan Supplement Prenatal Shaklee
Nurul: Tahu tak pa..:-)
kad aku pun pernah hilang, RM110 melayang, adehhh
Bisnes Online recently posted…2 Jenis Bisnes Online Tanpa Modal Popular Malaysia
Bisnes Online: Dah hilang nak buat macam mana lagi ya..:-) Bayar ajelah..
kalau hilang memang ralat nak jalan ke mana mana.
Ikhwan Fahmi recently posted…Nota Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Ikhwan Fahmi: Boleh mati kutu dibuatnya, nak pergi kemana-mana pun tak sedap aje rasanya..
banyak dah perkhidmatan kerajaan yang dah efisien, tapi macam pej tanah masih mengambil masa berbulan2
raihanah recently posted…10 Tips Kempiskan Perut
Raihanah: Mungkin ia melibatkan banyak pemeriksaan dan flow yang perlu dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diterima adalah betul, takut nanti ada yang teraniaya dikemudian hari..
Ya, tepat jawapan tuan. 🙂
Helmi Onexox recently posted…TELCO ONEXOX BERKONGSI KEUNTUNGAN DENGAN DEALER DAN USER
Macam tulah kebiasaanya. Kalau diorang mengelat tak tahulah pulak.
Walaubagaimanapun, terdapat had jumlah minimum yang diterima untuk pembayaran melalui Kad Kredit iaitu sebanyak RM 50.
Dyson: Apa maksudnya tu? 🙂
syukur sekarang dah mudah nak buat mykad yg baru. cuma kalau banyak kali hilangnya tue, makin tinggilah dendanya. hehe.
Oja Samid recently posted…8 Manfaat Astaxanthin untuk Sihat dan Awet Muda
Oja Samid: Yalah kalau dah banyak kali, memang banyak dendanya..:-)
Alhamdulillah info dan pengalaman yang snagat berguna, semoga kita selalu bisa menjaga kad…
Abang Hasan: Betul tu, dokumen penting memang kena jaga.
saya pun pernah hilang..dua kali kalau tak silap. kena jaga elok2 lah nampaknya..kompaun dah naik. :p
Oja Samid recently posted…Kesan Amalkan Shaklee Berpuluh Tahun, Apa Yang Mereka Dapat?
Memang kena hati-hati tu Oja Samid….
Bahaya juga Singer ehhh. Guna kad pengenalan org lain pun lepas utk pinjaman. Diaorg tak check ke EPF statement, slip gaji dan lain2 dokumen. Adehhh
Takut kerja orang dalam ni…
Helmi Onexox recently posted…TELCO ONEXOX BERKONGSI KEUNTUNGAN DENGAN DEALER DAN USER
Mungkin jugak tu. Kalau tidak mana nak senang senang approve.
pernah hilang sekali, kena denda RM100 🙁
Ikhwan recently posted…Kerjaya Penguasa Kastam Gred W41
Ada kalanya memang tidak dapat dielakkkan. Seperti kecurian atau kebakaran.
kerajaan naikkan harga ni, sebab suh kita lebih berhati2 menjaga ic kita.. jadi kena beware.. jgn leka..
Eintan Nurfuzie recently posted…Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #3
Eintan: Memang kena lebih hati-hati, banyak tu dendanya kalau hilang.
Ada sedikit pembetulan maklumat, harap tuan boleh ubah.
1. JPN Putrajaya kini hanya buka pada hari Sabtu sahaja, jam 9 pagi-2 petang.(Cuti umum tutup) Jika perlu berurusan dengan JPN, sila ke UTC Pudu, Keramat atau Sentul pada hari Ahad.
2. Kaunter Touch and Go di JPN Putrajaya sudah tiada.
Baik, itu sahaja.
Pembetulan amat dihargai, sebab pelanggan mudah percaya apa yang mereka baca berbanding dengan perkara sebenar. 🙂
Helmi Onexox recently posted…TELCO ONEXOX BERKONGSI KEUNTUNGAN DENGAN DEALER DAN USER
Terima kasih bro Helmi atas update yang diberikan. Saya telah kemas kini entri supaya mengikut berita yang terkini. Jazakallah….
Nice tips. Berhati-hati jaga kad pengenalan anda
Idea Berita recently posted…Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2015
Betul tu Idea Berita, bab kad pengenalan memang kena hati hati..
Kalau tercicir walaupun dah buat laporan polis kena denda jugak ke ?
Faris kalau dah tercicir tu kira macam kecuaian kita, melainkan kecurian atau kebakaran. Laporan polis memang kena buat takut ada orang guna IC kita untuk beli barang atau buat kredit kat kedai Singer.
sya ada soaln nk tanya. .. ic saya yg pertama dh hilang sya dh buat repot polis dn gi pjbt pndaftaran dh dpt ic baru, lepas dua minggu ada org kt kedai mamak bagi ic lama sya (dia jumpa)skrg sya ada dua ic, lepas 6 bulan ic baru sya pulak dh hilang (dh setahun dah pun)saya masih berurusan dgn ic lama sya kalau polis tahan (rod block, dn sbgnya) dlm kedua2 ic berlainan alamat , Soalan ; haruskah saya buat laporan polis atau terus pergi pejabat pendaftaran utk buat ic baru gunakan ic lama utk tukar alamat je (kalau buat repot dh tentu kena rm 300)
Bagusnya buat laporan IC hilang tu. Untuk elakkan orang salah guna IC kita untuk merompak. Cuma mungkin kena denda..
Tips yang sangat berguna pada masa akan datang, hehe. Sediakan payung sebelum hujan. Sekurangnya, andai berlaku pada diri sendiri @ orang terdekat, kita dah tahu apa nak buat kan, takde la gelabah tak tentu arah..tanya sana sini.
Terima kasih banyak2 kongsi pengalaman berharga =)
Hidayah Abdul Kadir recently posted…Manfaat & Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold
Pengalaman tulah yang akan mendewasakan kita dan menjadi insan yang berguna nanti…
Saya pon pernah kene org curi ic buat pinjaman beli motor. Ni syarikat kredit dah hantar surat kalau sy tak bayar jgk mereka akan senarai hitamkn nama dan masukkkn dalam senarai ctos. Saya nak tanya adakah masalah pinjaman singer saudara tu dah selesai? Kalau ya boleh saya tahu apa solusinya. Terima kasih.
Dah selesai dah masalah tu. Saya ada buat report polis dan simpan salinannya. Senang dikemudian hari nanti.
Macam mna klau kcurian? Adakah perlu di bayar? Sye hilang kali pertama akibat kcurian… Kali kdua , kcuaian.. Skiranya, sya hilang lagi skali , sye kne byar RM200 ke 1000 … Sbb , dlm undang baru tulis hilang kali ketiga akibat kcurian shj yg dinaikkan RM1000
Kalau kecurian kena report tapi tak kena denda. Tapi kalau kecuaian kenalah denda RM300 tu..kali kedua… Nak pasti terus call JPN 03-8000 8000
Sya dh hilang smlm smasa kt mall ya allah menangis sya , esok saya buat report , tpi klau dh buat yg bru dia punya no.ic msih sma ?
Affif sudah tentunya masih sama nombornya.
kalau umur 18 tahun ke bawah (bumiputera) x perlu bayar , klo hilang kad pengenalan … sebab saya baru hilang pada hari isnin ..
Mungkin sebab yang bawah umur tu tak bekerja lagi tu. Itu yg dia tak charge tu..
salam ,ic kawan sy dah 3x hilang kalau ada polis report berapa ya denda nya?
Report polis memang kena buat tu Sha. Denda dia macam kat atas tu..
tuan,
bantu untuk popularkan penggunakan @#jumpaic jika menjumpai kad pengenalan orang lain dan ingin membantu memulangkannya menggunakan media sosial.
Insyallah akan saya buat satu entri untuk #jumpaic
As salam… Bru sedar kehilangan ic 3hr lepas… Uwaaaa nk nanges rasanya…last guna ic awai bln ritu pi klinik gg. Ni nk guna buka wallet xdak…???? Belum buat laporan polis… Mgharapkan tetibe jmpe or ada yg jumpe n pulangkan…
Better Ifa report sebelum ada orang ambil kesempatan…
Kalau bwah 18 tahun hilang kali pertama tak perlu bayar RM 100 kan?
Kena bayar tu..
TQ berkongsi info
Ira recently posted…Giler Best Gift Vivix!
Sama-sama Cik Ira 🙂
Saya nak tanya apa akibat apabila bagi nombor kad pengenalan kepada orang?
Orang boleh guna kad pengenalan untuk buat pinjaman dan sebagainya..
Terima kasih tuan panduannya. Sangat lengkap dan berguna. 😀
Abd Hadi recently posted…Pakej Korea Tiga Musim: 5 Hari 4 Malam (SIC)
Sama-sama tuan Abd Hadi..
kalau boleh jagalah kad pengenalan itu elok-elok..
kalau dah hilang ..
banyak kerja juga nak buat
mrhanafi recently posted…2 Langkah Lagi Untuk Jadi Jurulatih Bertauliah
Malang tak berbau bro Mr Hanafi. nak buat macam mana kan..
klu hilang…polis tnya ap je ye tuan
Biasa dia akan tanya lokasi, masa, dimana dan bagaimana kejadian itu berlaku.
Salam, terima Kasih atas panduan yang teliti. Saya pernah terhilang dompet semasa pelancongan di KL. Perkara pertama saya buat ialah membuat laporan polis, semua langkah2 pun sama macam Tuan terangkan di atas. Selain Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, KL mana boleh buat kad pengenalan baru?
Boleh sahaja buat gantian dia kaunter JPN yang berdekatan atau secara online diwebsite JPN.