Korang mesti sibuk cari aktiviti menarik di Shah Alam bulan ini. Walaupun sebenarnya dah nak masuk bulan Februari 2015. Korang kalau ada kelapangan boleh lah joint antara aktiviti santai berikut, manalah tau boleh dapat hadiah atau cabutan bertuah.. Adik-adik manis boleh pulang dengan hadiah yang gojes-gojes..
Karnival Karangraft 2015
Karnival karangraft 2015 sebenarnya telah bermula dari 30hb Januari 2015 iaitu hari ini hingga 1 Februari 2015. Korang memang tahu apa karangkraf tu. Kalau korang tak tahu, akupun tak tahu jugaklah nak cakap apa-apa. 🙂
Yang bestnyer korang boleh dapat diskaun hingga 80% pembelian produk karangkraf bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Antarnya buku-buku dan majalah keluaran syarikat tersebut.
Antara program yang menarik yang korang boleh sertai adik-adik manis dan abang-abang macho:
- Bengkel Penulisan Thriller
- Masakthon
- Demo tudung
- Sesi temu mesra bersama novelis
Ceramah Perdana dan Pelancaran Buku Ustaz Kazim Elias serta penampilan istimewa Pemenang Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 Daqmie dengan lagu “Tangis Sebatang Tamar”
Maskot kegemaran kanak-kanak seperti boboboiy, doramen, upin dan Ipin dan beberapa lagi watak kartun kesukaan anak-anak anda
Tarikan istimewa juga dibawakan Famous Food Truck dan terdapat lebih dari 14 gerai istimewa untuk korang menjamu selera sampai anda tak larat nak makan…yummy…
The Largest Frozen Kids Gathering. Ini kalau korang dan anak-anak korang suka berpakain seperti Elsa & Anna boleh lah joint.
Untuk korang yang hadir ramai-ramaipun tak pe sebab 2000 parkir percuma sudah disediakan kemudahan lain seperti surau dan bas ulang alik di lokasi seperti SAC dan Dataran Automobil dan Masjid Negeri Shah Alam juga ada. Senang tak payah korang nak sesak-sesak kan??
Korang boleh tengok jadual aktiviti seperti berikut supaya korang tahu bila korang boleh buat perancangan nak pergi mana dulu:
Kalau terlupa korang tengoklah peta lokasi tempat yang korang minat tak lah sesat. Yang semestinya GPS tak boleh nak cari..
Itu dia karnival karangkraf 2015 antara aktiviti menarik di shah alam bulan ni yang korang boleh pergi dengan segera sebab hanya 3 hari aje. Kemudian untuk geng kaki buku boleh joint program ni pulak.
Pesta Buku Selangor 2015
Pesta Buku Selangor 2015 juga adalah antara aktiviti menarik di Shah Alam yang sudah bermula dari 29 Januari 2015, korang yang minat dengan buku memang tak sabar sangat nak pergi.
Apa yang best sangat tu. Korang tangok aktivitnya
- Bersama penulis Indonesia Leila S Chudori 30 Jan 2015 2 Petang
- Persembahan Aluan Nazrey Johary 31 Jan 2105 3 Petang
- Star Wars Aktviti 1 Feb 10 AM
- Formula Transformasi Kejayaan @kEberkatan bersama Dr Azizan Osman 1 Feb 2015 2 Petang
- Tamiya SHow & Competition 3 Feb 2015 4 Petang
- Shoes Art Deco with Uzma Hamka 7 Feb 2015 12 PM
- Bersama Ustaz Don, Ustaz Taha & Dr Love 7 Feb 2015 1 TGH
- Tempat Kerja Saya, Ladang Pahala Saya bersama Prof Dr. Muhaya 7 Feb 2015 3 Petang
Yang Bestnyer bila korang datang Pesta Buku Selangor 2015 ni korang ada peluang sebab ada:
1.Pelbagai hadiah cabutan bertuah.
2.Boleh turut serta misi bantuan banjir dengan pelancaran tabung bantuan mangsa banjir pantai timur yang turut disertai oleh beberapa syarikat penerbitan buku.
3.Hadiah dan Dana Skim MES yang korang boleh dapatkan.. Ini kalau korang anak selangorlah..
1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
2. Skim Mesra Usia Emas
3. Hadiah Anak Masuk Universiti
4. Insentif Perkahwinan Belia
5. Skim Mikrokredit Miskin Bandar
6. Pusat Tuisyen Rakyat
7. Skim Bantuan Asuhan Rakyat
8. Skim Bantuan Tadika Selangor
9. Skim Mikrokredit Selangor
Itulah serba sedikit aktiviti menarik di shah alam yang korang boleh buat dalam seminggu dua ni.. Aku harap korang dapat spend masa dengan orang yang korang sayang ke aktiviti-aktivit ni..
Korang asyik-asyik kerja aje!
Anda mungkin minat ini
1.Buku PINK yang menggegarkan dunia Blogging
2.Mudah gila Belajar Inggeris!
3.Kerjaya Mewah Industri Oil & Gas Dan Jadi Jutawan Industri
Uiksss bestnya Karnival Karangkraf tu….kalau la dekat.Hehehe.
Ayu Jafri recently posted…Tips Penjimatan : Langkah Pertama Bermula di Dapur
Lain kali ada kesempatan dan peluang boleh lah datang 🙂
Menarik. Perlu pergi tapi disebabkan saya outstation. Tak dapat plak. Rumah di shah alam saja. Aduhhh sangat rasa nya
Datin Tyka recently posted…Resipi Datin Tyka : Ayam Ala Kenny Roggers
Datin Tyka boleh pergi Pesta Buku Selangor 2015 sampai tengah bulan ini…:-)
mmg byk aktiviti tu … sesuai bawa keluarga bersama ..
Cetusan Minda recently posted…Roti Pizza
Jom kita terjah…ada masa sampai esok ni..:-)
kena terjah ni..karnival karangkraf…macam menarik .
jaymiee recently posted…Apa itu Mobicow?
Jom tuan jaymiee…hari ini last day..lepas tu boleh terjah pesta buku selangor 2015..
wahh..
best la kan orang shah alam. macam-macam ada..
Jom En T kita terjah…banyak aktviti dan freebies…:-)
Mesti comel frozen pun ada.
Boleh pergi arinie kalau sempat.
Azeni Ahmad recently posted…Tonsil Bengkak : 3 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak
Tadi dah pergi..memang sesak sangat nak tengok acara Frozen…Anak saya pun teruja..:-)
Beruntung orang-orang di Selangor, ya… Selalu ada pesta buku dan majlis ilmu.
Muga di rahmati Allah kerna ilmu itu tak luput hingga akhri hayat.
insan marhaen recently posted…Hati Yang Kotor
Moga-moga kita semua dirahmati hendak olehNya…
wahh.. menarik semua aktiviti tu. kalau dekat memang nak pergi juga.
Faarihin Talip recently posted…Autopublish Entry.
Wahhhh… jomlah pergi… Sekarang tinggal Pesta buku aje di SACC.
saya dan keluarga pergi karnival karangkraf hari jumaat.
Dr Fattah recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
Saya pun dah pergi semalam dan hari sabtu. Memang sesak betul..
Bila melihat senarai semuanya buat kakak tertarik tapi sayangnya jauh benar. Kalaulah dekat JB mesti kakak dah pergi…
Kakzakie Purvit recently posted…Mereka membantu atau menjatuhkan ekonomi kita
Insyallah kalau ada kesempatan dan peluang Insyallah Akak boleh pergi..:-)
Banyaknya aktiviti kat situ… nasib baik jauh..hihi
Aya recently posted…Kerja Sambilan Online – Target Pendapatan RM 1 JUTA
Memang banyak aktiviti..Ahad baru ni saya nak pergi ke Pesta Buku Selangor 2015 Memang sesak gila ditambah pula dengan Temasya Selangor yang diadakan berhampiran. Nak parking pun susah..
Alahai banyak pula yang dah terlepas.
Akak Vitamin recently posted…6 Tanda Awal Kehamilan yang Biasa Ibu Lalui
Akak boleh pergi Pesta Buku Selangor 2015 hujung minggu ni pun boleh 🙂
Salam… yang best memang karnival karangkraf tu tapi tak sempat nak hadir lah… kejap sangat pulak karnival tu… ingatkan seminggu… sekali jer pernah pegi karnival tu… lepas tu semua tarikh tak ngam…
lain kali lah pegi…
salam singgah
Najib Ariyan recently posted…SEMPORNA MABUL SIPADAN – PART TWO
Terima kasih tuan Najib kerana sudi singgah..ANyway tiap-tiap tahun Karangkraf ada buat Karnival..Boleh pergi tahun depan pulak..:-)
Pasti menarik acara tu kan..? Best nyer kalau boleh join ….banyak event boleh join…bawa anak-anak memang seronok..thanks for info Tuan.
nila anggraini recently posted…Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran
Sama-sama qaseh firdaus..
Bestnya kalau dekat ^-^
zumal recently posted…OFIS DUNIA ZUMAL
Tak apa kalau zumal ada kelapangan dan peluang Insyallah boleh pergi tahun depan pula..;-)
bestnyaaa… untunglah org shah alamm
Muliani: Orang luarpun boleh datang dan memeriahkan..Tahun depan ada lagi..