Semua orang memang suka kalau dapat cenderahati dari yang kecil hingga ke yang dewasanya. Benda free, siapa tak suka kan? Apatah lagi kalau design dan cederahati yang korang dapat tu comel dan cantikkan?
Korang sendiri pun boleh rasa sepanjang zaman persekolah hinggalah menjejak ke alam perkerjaan, mesti korang dah dapat macam-macam cenderahati, itu belum lagi kalau korang pergi mana-mana event yang ada cabutan bertuah dan goodies bag untuk pengunjung, memang seronokkkan?
Berikut merupakan 5 jenis produk bisnes cenderahati yang laku keras dan biasa orang jadikan cenderhati untuk majlis-majlis rasmi mahupun tidak rasmi.
1.Cenderahati Makanan.
Cenderhati perkahwinan yang biasa saya dapat adalah dalam bentuk makanan, biasanya di letakkan dalam beg kertas, kon kerta dan ada juga dalam bekas tertentu seperti moist cake bentuk hati dan sepertinya. Harga biasanya ikut bajet yang anda mampu ada yang dari RM1 hingga ke ratus ringgit. Jenis cenderahati perkahwinan dan keraian yang biasa daripada kuih bahulu, moist cake, cookies, muffin, gula-gula, telur, popcorn, layer cake dan hamper makanan. Untuk cenderahati makanan seperti ini, anda boleh tempah sahaja pada orang lain atau boleh dibeli di kedai-kedai borong makanan tertentu. Mereka yang pandai dan ada kebolehan memasak seprti kek dan muffin, ia satu kelebihan untuk anda untuk dapatkan kos yang paling minima.
Credit: Nurgift4u
Kombinasi warna dan dekorasi yang menarik
2.Jenis Kain atau Pakaian.
Ini antara cenderahati yang paling banyak permintaan. Untuk syarikat korporat biasanya setiap tahun mesti ada buat event atau program syarikat seperti team building dan event syarikat . Dewasa ini pun ada banyak majlis reunion dan kekeluargaa yang memerlukan t-shirt dan gift pakaian yang lain. Memang jelas ada banyak permintaan disitu. Antara jenis cenderahati jenis pakaian yang lain adalah seperti sejadah, sejadah muka, tuala, t-shirt, t-shirt keluarga, t-shirt hari korban, t-shirt korporat, event syarikat dan majlis keagamaan mahupun keraian. Harga bergantung pada jenis cenderahati, material, warna dan majlis tersebut.
Credit: : lianahijabcollection
Teddy Bear Tuala Yang Comel
3.Jenis Stationaries
Biasanya banyak mendapat tempahan untuk dijadikan cenderahati yang akan diberikan kepada kepada pelanggan dan rakan syarikat juga jiran-jiran. Majlis akikah dan cukur rambut dewasa ini juga turut memberikan cenderahati kepada tetamu-tetamu. Bentuk cenderahati yang biasa adalah seperti notepad, Pen, Surah Yassin,diari, button badge namecard holder, lanyard, rantai kunci, thumbdrive, fail syarikat dan buku-buku mini ilimiah. Jenis cenderahati jenis ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Ada yang meletakkan harga dari RM1 hingga RM10, ada juga cenderahati yang lebih premium dengan harga yang lebih menarik untuk ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan anda.
4.Beg.
Cenderahati jenis bag juga ada banyak permintaan. Banyak permintaan dari syarikat-syarikat korporat dan kerajaan untuk mendapatkan beg-beg yang tertera jenama dan logo syarikat mereka. Antara jenis-jenis cenderahati beg adalah seperti beg syarikat, beg hadiah,beg oranza, gift bag, beg produk,beg syarikat, paper bag dan sepertinya.
Credit: Univerasalbag.com.my
5.Produk Seramik.
Ini antara yang dijadikan pilihan sebagai cenderahati perkahwinan. Biasanya diletakkan dalam bekas yang khas seperti kotak, untuk mengelakkan ianya rosak ketika dibawa. Produk jenis ini perlukan anda mengendalikannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan produk rosak sebelum diserahkan kepada pelanggan. Antara jenis cenderahati yang biasanya ada permintaan adalah seperti cawan antik, mangkuk telur, pinggan hiasan, rehal hiasan dan juga kristal hiasan.
Cenderahati yang cantik dan menarik mesti ramai yang suka.
Ini antara jenis produk cenderahati yang laku keras dan sentiasa ada permintaan. Ada juga produk-produk dalam bentuk lain yang lebih istimewa seperti sabun hiasan, tarmos, tasbih, bunga dalam botol hiasan dan bermacam-macam lagi. Kalau anda kreatif insyallah pasti boleh.
Kelebihan Bisnes Cenderahati
1) Keuntungan 300% hingga 500% utk setiap tempahan
2) Tak perlu sewa kedai dan pejabat
3) Tak perlukan modal besar dan tak perlu beli mesin
4) Tak perlu pandai design dan teknikal
5) Ada beratus-ratus jenis produk cenderahati yang hot
6) Permintaan sangat tinggi.
7)Ramai yang tak tahu cara nak buat bisnes ni.
8)Tak perlu nak simpan stok
9)100% tiada risiko.
Masalah Utama Bisnes Cenderahati
Ramai yang berminat nak buat bisnes yang lumayan macam ni, tapi semuanya stuck disebabkan masalah-masalah macam ini:
1.Tak tahu nak mula dari mana buat bisnes ni dan bagaimana nak cari pelanggan dan dapatkan produk hot dipasaran.
2.Mana nak cari supplier yang boleh dapat barang pada harga yang lebih murah dan tak putus barang.
3.Bagaimana nak buat marketing dan tarik pelanggan macam besi berani kuat.
4.Tiada mentor untuk guide sampai berjaya.
Itu semua tidak jadi masalah bila tuan Azhar dari binescenderahati.com telah buat panduan bisnes cenderahati yang memudahkan anda untuk bermula.
Beliau juga kongsikan beberapa bonus yang menarik untuk anda:
1.Video Panduan Iklan Di Mudah.my
2.Video Panduan Cara Iklan Di FB Group.
3.Fonts,Template Dokumen, Checklist & Katalog
4.Support Private Facebook Group
Menarik bukan?
Kesimpulan.
Bisnes cenderahati memang menawarkan peluang yang lumayan untuk anda turut serta. Untuk berjaya dalam bisnes cenderahati ada 2 cara. pertama anda lakukan sendiri dari kosong bermula dari proses mencari pelanggan, mengenal pasti produk hot dan design yang menarik. Cara kedua pula iaitu cara shortcut yang akan ditunjukkan oleh tuan Azhar, dan anda hanya perlu copy dan paste cara yang beliau telah lalui. Dengan mentor yang betul insyallah anda juga boleh berjaya sebagai usahawan cenderahati.
Berdasarkan pemerhatian saya dari laman Amazon. com juga menawarkan pelbagai jenis cenderahati. Dengan kata carian ‘gift’ menghasilkan result 70,000,000. Banyak tu, korang nampak tak?
Lepas tu saya usha pula laman alibaba.com dan lihat kategori gift. Lihat kategori Gifts & Craft. Ada 42,730 produk untuk sub-kategori gift sets, sub-kategori event & part supplies ada 178,430 produk dan sub-kategori other gift & crafts ada 91,383 produk. Banyak bukan?
Tepuk dada tanyalah diri sendiri bagaimana potesi bisnes cenderahati ni. Berminat untuk give a shoot dengan bisnes cenderahati ni? Boleh pergi ke link dibawah. Salam Sukses untuk anda!
>> Panduan Buat Duit 5 Angka Dengan Bisnes Cenderahati!
Bisnes cenderahati makanan memang paling banyak mendapat sambutan sebab setiap hari ada saja orang akan buat celebration.
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Faedah Kolagen Bukan Setakat untuk KULIT, Tetapi Juga untuk SENDI RAWAN
Betul tu Noriza 🙂 Siapa tak suka senderahati kan? 🙂
Kalau gi kenduri kahwin selalulah dapat cenderahti makanan ni, yang tu lagi ditunggu dari saya..hehe
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Masalah Keputihan semasa Hamil, Normal atau Bahaya?
Samalah dengan saya pun Noriza. 🙂
di negeri kami cenderahati di bagi free bila masa ada pernikahan buat semua tetamu
jalan jalan recently posted…Getuk Ubi Lapis
Memang ia dibagi free, tapi tuan rumah membelinya, kan begitu?
Terima kasih atas perkongsian tuan
Bagus juga buat bisnes cenderahati ni kan
Mazni Azmi recently posted…16 Tanda Awal Kehamilan & Alahan mengandung yang wajib suami tahu!
Mula-mula buat part time, tapi bila dah ramai client boleh buat full time pula..
Boleh buat idea jadi door gift ni.
Azwan recently posted…Bankrap: 8 Pindaan Dalam Pindaan Rang Undang Undang Akta Kebangkrapan 2016
Memang boleh sangat tu Azwan 🙂
bagus juga area bisnes yg ni
raihanah recently posted…Makanan Terbaik Untuk Naikkan Paras HB
Memang cerah prospek bisnes cendrahati ni 🙂
Kos nak mula pun tak mahal. Tapi kena kreatif dan unik dari pesaing.
Betul tu Azman. Kalau kreatif sampah pun boleh jadi duit 🙂
info yang sangat bermanfaat..
hiburanpengetahuan recently posted…Pemilik Kedai Dobi Terpaksa Akur Dengan Titah Sultan Johor…
Terima kasih ya 🙂
Bisnes cenderahati memang laku keras kalau kena dengan cara dan strategi yang betul. Pasti boleh dapat keuntungkan berlipat ganda 😉
Dedaun Comel recently posted…3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
Memang boleh sangat tu. Boleh lah cuba kalau berminat 🙂
Bestnya buat bisnes cenderahati…
Saya dan isteri pernah merasa hasilnya… Syukur Alhamdulillah..
Anuar recently posted…Rekod Jualan melebihi RM350K dalam tempoh 5 Hari dan 2 Rekod jualan Terbaru Affiliate Tempatan
Orang yang ada pengalaman dan kreatif memang best sangat buat bisnes ni 🙂
info yang berguna mengenai bisnes cenderahati
aRzMoHa recently posted…5 Malam Mustajab Doa
Terima kasih ARZMoha 🙂
Coklat itu bikin hati ini cair…
Ikhwan recently posted…10 Kapal Layar Mewah Termahal Di Dunia
memang ramai yang cari cenderahati..tambah pula kalau pejabat kerajaan.boleh untung besar
reezluv recently posted…Nik Collection Kini Percuma
Produk ceramik tu nampak unik juga tapi kena bungkus elok-elok takut pecah nanti
Khairul Zamri recently posted…Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk 2017
Anak-anak Kak Yong cukup suka pergi kenduri yang bagi cenderahati makanan.
azimah mohd zainuddin recently posted…Legakan Perut Meragam Dengan Smoothie Betik dan Halia
Anak-anak saya pun sama, suka dapat gula-gula dan cookies tu 🙂
macam-macam produk yang boleh kita jadikan bisnes cenderahati..
terpulang dengan kita nak pilih yang mana satu
mrhanafi dot com recently posted…Kisah Sadis Etnik Uyghur Pertahankan Islam
Selagi ada permintaan selagi itu kita boleh bekalkan. Kebiasanya benda yang lebih kurang sama, tapi mungkin perlukan design yang baru dan idea yang lebih segar dan menarik.
menarik perkongsian ni. memang bisnes cenderahati sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan.
nida recently posted…Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Supaya Tidak Merosakkan Jantung
Siapa yg tak suka bila dapat cenderahati kan Nida?
wauu caniknya semua cenderahati tu.boleh laa buat door gift majlis2.comel2 pula tu.nice sharing tau.
Kalau kreatif boleh buat sendiri dan pasarkan kepada mereka yang nak buat event.
Seramik.. cantiknya..^^
bisa dijadikan pilihan sebagai cenderahati perkahwinan.
Juni recently posted…Cara Mendapatkan Info Rumah Subsidi Murah
Bisa sahaja Juni. Asalkan kreatif kita mengolahnya.
nombor satu tu memang tak boleh disangkal lagi bro. memang laku keras dan sentiasa ada permintaann
encikhafiz.my recently posted…Tahukah Anda Lima Negara Paling Kecil Di Dunia?
Memang betul tu bro. Kebiasaanya kita boleh rujuk trending dari market antarabangsa untuk mengenal pasti produk yang laku keras sebelum kita menjual dimarket tempatan.