Kepada mereka yang nak berniaga secara online Shopify mungkin boleh difikirkan sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan platform permulaan bisnes anda. PCMag dalam review 2015 meletakkan shopify antara top 5 dalam senarai pilihan mereka. Shopify menyediakan pelbagai kemudahan dan design yang menarik dengan menggenakan bayaran serendah USD29 sebulan sahaja. Ia tidak termasuk domain dan hosting sekiranya anda inginkan domain sendiri.
Langkah untuk bermula sangat mudah:
1.Dapatkan permintaan/niche.
2.Cari pembekal
3.Setup kedai online shopify anda.
4.Cari trafik berbayar atau percuma.
5.Uruskan tempahan dan penghantaran.
6.Mula terima USD.
Dengar bunyi macam mudah mudah sahaja kan?. Tetapi semua itu memerlukan ilmu. Kata orang bijak pandai ” Knowledge is power and power comes with a price” . Sama ada nilai yang anda ingin bayar itu masa atau duit. Tepuk dada tanyalah diri korang sendiri.
Kepada anda yang tak biasa dengan kedai Shopify, dibawah ini saya sertakan 5 contoh kedai Shopify yang korang boleh tengok, mana tahu boleh dapat idea nak buat kedai online korang nanti.
Credit: groovemade.com
Projek bootstrap dengan latar belakang seni digital dan pembuatan perabot menjadikan rekaan mereka unik dan menarik. Diasaskan oleh Joe dan Ken dengan semangat DIY selepas beberapa tahun Groovemade telah berkembang menghasilkan pelbagai lagi produk untuk pasaran antarabangsa. Tengok sahaja rekaan stand monitor dan telefon pintar itu memang cool kan?
Credit: purefixcycles.com
2.Purefixcycles
Purefixcycles menghasilkan rekaan basikal yang menekankan kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar. Basikal yang dihasilkan dengan rekaan yang penuh stail dengan gear yang berkualiti, harga yang mampu milik. Bila lihat rekaan yang cantik-cantik, terasa nak beli satu basikal ni kan?
Credit: suprgood.com
3.Suprgood
Suprgood terkenal dalam menghasilkan dompet yang kurus dan slim , sesuai sangat untuk mereka yang tidak suka membawa kertas-kertas resit dan duit syiling. Memang jadi trend sekarang ni, siapa yang nak bawa macam-macam benda dalam poketkan? Hanya kad pengenalan, beberapa keping duit kertas dan kad atm sudah mencukupi, terutamanya bagi mereka yang sibuk. Rekaan dia pun nampak elegan dan kemas.
Credit: blukicks.com
4. Blukicks
Produk ini terhasil dari hobi mereka yang bercuti dai tepi pantai dan jemu dengan rekaan kasut outdoor yang biasa yang kebanyakannya hanya berwarna hitam dan coklat yang mereka temui semasa bercuti. Dari situ mereka mulakan dengan mewarnakan kasut yang kosong kepada warna biru dengan thema laut dan pantai. Dari situ mereka dapat inspirasi untuk memulakan perniagaan darinya. Mereka mencari pembekal dari luar yang mampu menghasilkannya dan menjualnya secara online.
Credit: bioliteenergy.com
Dengan tenaga menjadikan manusia rasa selamat, produktif dan selesa. Ia juga meningkatkan kesihatan, membolehkan berkomunikasi dan pendidikan, menjana pendapatan membolehkan capaian keseluruh dunia. Atas dasar ini Bioliteenergy mencipta produk untuk membantu ramai orang, lihat sahaja produk mereka seperti dapur yang boleh memasak dan mengecas telefon serta panel solar untuk menjana elektrik untuk digunakan waktu malam. Rasa macam nak beli satu mana tahu senang nak berkhemah nanti…
Macam mana kedai Shopify di atas menarik tak? Macam best aje ya bila dengar orang buat USD94,000 atau bersamaan dengan RM400,00. Sebenarnya anda juga boleh lakukan dengan ilmu dan usaha yang betul. Kepada mereka yang ada produk sendiri ia juga boleh melakukannya dengan menggunakan kedai Shopify sebagai contohnya produk pertukangan/ kraftangan buatan tempatan seperti bakul, kasut kulit dan banyak lagi yang boleh dipasarkan ke market antarabangsa.
Kepada yang berminat nak buat kedai online Shopify macam ini dan nak dapatkan ilmunya bolehlah dapatkan Panduan Shopievo yang dihasilkan oleh tiga anak muda yang telah menjana RM400,oo. Memang betul-betul pack memang betul betul Power!
memang power betul Shopify..mcam tu rupanya contoh webnya..spesific niche betul
reezluv recently posted…Kisah Kakak Jual Jamu & Teknik Forex Sebenar
Macam tulah keadaanya bro… Bila nak cuba tu?
menarik, cuma belum sempat nak fokus betul2 untuk ni
Raihanah Ahmad recently posted…Pengedar Shaklee Setapak, Kuala Lumpur dan Wangsa Maju
Ada masa boleh fokus ni nanti ya Raihanah.
insyaAllah tuan
Raihanah Ahmad recently posted…Berpantang Makan Di Kalangan Ibu Menyusu
Fuh dapat jana rm400k tu yg syok dengar hehe
Tonik Ajaib recently posted…4 Tanda Yang Menunjukkan Anda Penghidap Gout
Tonik Ajaib itu baru cerita luar dia. Cerita belakang tirai tak tahu lagi… banyak pengorbanan yang telah dilakukan untuk sukses.
Boleh jd inspirasi, setakat ni guna woocommerce plugin. Ada simpan impian nk buat macam lazada.
MDHAFiZ.NET recently posted…Servis Buat Blog WordPress Self-Host Percuma
Bro Hafiz itu plan next level tu. All the Best bro!
insyaAllah tuan, mohon doanya
MDHAFiZ.NET recently posted…Misi Adsense Bahagian Pertama
Insyal Allah..mudah-mudahan..
terima kasih atas doanya tuan
MDHAFiZ.NET recently posted…Misi Adsense Bahagian Lima (CPC Tertinggi)
suka wallet tak tebal bila letak sebarang kad ni…
Ema senang nak bawa, tak payah bawak beg besar-besar kan?
Nampak menarik dan tertarik… Semoga ramai yang berjaya buat duit secara online dengan Shopify…
Anuar recently posted…Renovate Rumah Subsale Corner Lot RM140K untuk dijadikan homestay
Harap-harap macam tulah bro…
Fokus yang menarik kalau buat website macam ni, entah bila boleh try ni tak tahu la…
Noriza Rahman recently posted…Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas
Noriza, ini kalau serius nak berniaga secara online dengan skala besar..
Oh skala besar ya, memang bukan bidang saya la tuh..hihi
Noriza Rahman recently posted…1001 Khasiat Sebiji Lemon , Penyembuh Semulajadi
wah boleh cuna buat ni.. menarik tertarik gitu
ika magicalips recently posted…Resepi Mudah Homemade Black Pearl Cool Blog
CUba jangan tak cuba. Boleh cuba pakej trial 14 hari atau 45 hari…
aku perasan jugak ramai yang promote benda ni, owh ada kaitan dengan shopify yer
Bisnes Online recently posted…Check Amazon Sebenar Dari Pemain Affiliate Amazon Malaysia
Memang ada kaitan tu bro Bisnes Online…
pehh..jual basikal pun ada tuh.
terbaiklah.
titan recently posted…Komisen Pertama dari Involve Asia
Ni diorang buat basikal sendiri ni itu yang dia boleh jual tu…
Selepas bigcommerce meningkatkan caj bulan atas semua users yg pakai shopping cart mereka, I dengar ramai dah tukar ke shopify. Shopify skrg byk murah berbanding dengan bigcommerce selepas dia tingkatkan caj dan dah memarahkan byk user. Harap Shopify x akan lakukan demikian.
Harap-harap Shopify menjaga customer mereka..
nampak macam best je produk shopievo ni..ramai jugak yg mempromosikannya..
saps recently posted…SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
Memang ramai yang promosikan ni saps…
baik buat awal-awal. sebab ringgit nampaknya semakin mengukuh skg ni. dah bawah 4MYR dah untuk tukaran 1 usd.
musadun recently posted…17 Cara Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan
pengin sekali bikin toko online yang bagus tapi belum ada pengetahuan yang cukup dan kurang fokus
yokoz recently posted…Logo Icu – Jabatan Perdana Menteri Vector
Boleh dapatkan pengetahuannya dahulu sebelum bermula Yokoz.
perkongsian terbaik berkaitan shopify.. bayak barang boleh dijual menggunakan shopify ni…
riangria recently posted…Simplehijab.co: Menawarkan Koleksi Tudung Hijab Terkini
Riangria, untuk berjaya kena buat penelitian niche produk yang hendak dipasarankan.
banyak kedai shopify yang maju selalunya jual tshirt. Permintaan tshirt ni memang boleh tahan tinggi jugak
saps recently posted…SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
Memang ramai buat duit jual Tshirt ni Saps..
RM 400,00. banyak tu.
rezeki ada di mana-mana. kena berusaha lebih kuat dengan ilmu yang betul.
Ros recently posted…Jenis-Jenis Detoks Yang Anda Perlu Tahu
Memang nampak kemas lagi profesional kebanyakkan laman web yang disenaraikan ni
sabree hussin recently posted…Buku panduan pemasaran online menerusi teknik Search Engine Optimization (SEO)
Bila kemas dan pro ni customer pun konfident..
Bagus share ilmu macam ni, tak rasa ketinggalan dengan dunia luar. Cuma ambil masa untuk adaptasi di Malaysia. Untung ada shopievo, ada masa & peluang nanti boleh try.
nice info and thanks for sharing, boleh tambahkan ilmu
Sama-sama Ira 🙂
Pakai shopify memang senang, tak serabut nak setup.
Antara software yang bagus dan sangat direkomenkan..