Akhir-akhir ini nila matawang negara kita MYR menghadapi kejatuhan yang teruk berbanding dengan USD. Lihat sahaja carta diatas sepanjang 5 tahun bagaimana prestasi ringit malaysia dipasaran. Diburukkan lagi dengan cukai GST dan kenaikan kadar tol di 18 lebuhraya baru-baru ini sehingga ada yang mencapai 80 % kenaikan seperti di lebuhraya SILK.
Bila di ajukan kepada menteri apa yang dia jawab:
“tak nak gst duduk kat bulan”
“Untuk elakkan gst, elakkan makan di luar, selalulah memasak”
“Bangun awal kalau tak nak bayat tol”
Macam-macam jawapan yang membina dari mereka yang bijak pandai ni…. 😆
Kalau nak mengeluh pun tak guna, semuanya dah berlaku.Yang penting apa tindakan yang kita boleh lakukan.
Untuk mereka yang sentiasa berfikiran positif inilah masanya untuk buat duit USD! Tetapi bagaiamana ya?
1.Buat Duit USD dengan Adsense.
Anda bina blog dalam niche yang khusus atau topik yang khusus dan turut serta dalam program Adsense dari Google. Anda akan memasang banner-banner adsense di blog anda dan setiap kali pengunjung klik iklan tersebut anda akan mendapat bayaran dari Google.
Di Malaysia sendiri ada ramai yang pakar yang telah berjaya dengan program Adsens ini seperti Tuan Munawwar dengan ebook Jana Wang Adsense nya yang masih evergreen. Tidak kurang juga IM yang lain seperti Tuan Shamsuriyadi dengan ebook Raja Adsense nya.
2.Buat Duit USD dengan Jual Produk Digital untuk pasaran antarabangsa.
Kalau anda memang bagus dan mahir dalam mencipta atau menghasilkan produk dalam bahasa Inggeris, ini memang menjadi lubuk buat duit USD anda.
Anda boleh hasilkan produk digital dengan kos yang cukup rendah dan mudah pula untuk dihantar kepada pelanggan anda. Contohnya seperti applikasi/apps, perisian, theme blog atau video mahupun kursus online.
Anda boleh gunakan platform seperti Clickbank dan Warrior Plus untuk menguruskannya jualan anda. Tentera untuk mempromosikan juga disediakan, untuk membantu anda memasarkan produk anda ke serata dunia. Atau anda boleh pasarkan sendiri dan terima bayaran dalam bentuk kad kredit ataupun Pay Pal.
3.Buat Duit USD dengan Menjadi Freelancer Antarabangsa.
Kalau anda mempunyai kemahiran dalam bidang yang tertentu seperti pereka lamanweb. pakar SEO, penterjemah, Beta Tester, Pakar animasi mahupun pereka prototype atau hanya menjadi data entry operator sahaja. Ini memang peluang anda buat duit USD.
Anda hanya mendaftar dengan marketplace frelancer seperti Upwork.com , elance.com dan Freelancer.com. Sudah semestinya khidmat anda akan dibayar dalam bentuk USD. Ataupun anda boleh cuba buat duit dengan Fiverr.com iaitu laman yang menemukan antara pemberi dan penawar perkhidmatan yang diperlukan dengan bayaran serendah 5 USD sahaja. Murah bukan.
4.Buat Duit USD dengan Affiliate Antarabangsa.
Kini tanpa produk sendiri juga anda mampu buat duit online. Iaitu dengan menjadi ejen pemasaran produk orang lain seperti “kedai Online Amazon Nichify”. Setiap pembelian melalui link anda anda akan diberikan komisen mengikut kadar persen yang ditetapkan oleh penerbit.
Banyak pasaran antarabangsa yang anda boleh dapatkan produk untuk dipasarkan, antaranya seperti, Markethealth, Clickbank dan Warrior Plus.
Anda dapatkan link dan pasarkan mengikut platform yang anda suka samada melalui media blogging, pemasaran berbayar seperti google ads, facebook ads atau menggunakan pemasaran email.
Untuk mereka yang masih baru , ia memang nampak menyukarkan sedikit dengan batasan seperti bahasa, berbanding dengan memasarkan produk dalam bahasa Malaysia, apatah lagi kalau anda belum cukup kemahiran untuk pergi ke pasaran antarabangsa,
Tapi jangan risau, seorang IM Malaysia ingin kongsikan bagaimana beliau buat duit usd dengan produk seperti ini. Dengan pencapaian 7 hari sahaja sudah mencecah 5 Angka! Hebatkan ?
Apa kata anda download dulu ebook percuma ini dan lihat bagaimana beliau lakukan. Bukan sembang lebat sahaja. tapi beliau walk the talk.
Atau anda tidak sabar-sabar ingin lihat panduan tersebut boleh klik gambar dibawah. Selamat menjamu selera ya!
betul tu..jika mampu buat urus niaga dalam bentuk USD memang banyak masyuk ,..
mrhanafi recently posted…Tabiat Hebat Duduk Sambil Tertidur
MrHanafi: Boleh cuba nanti ni…:-)
ya betul tu…dengan pelaburan dalam USD secara bijak insyaAllah dapat meningkatkan nilai wang kita dan keluarga.
Farah recently posted…Keputusan Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Farah: Inilah masanya kita cari duit poket sampingan…
Sekarang ni ada bermacam-macam peluang buat bisnes online…. Terima kasih di atas perkongsian info…
Anuar recently posted…Perkembangan Contest SEO Terbaik 2015
Sama-sama bro Anuar…
Jika kita rajin menulis, ia pun bisa mendapatkan USD asal kita mengetahui caranya. Saya kira menulis adalah sesuatu yang lebih mudah selain adsense. Cuma tentu saja perlu kreatifitasdan kepercayaan diri dalam menulis
george recently posted…Small Business Branding Strategies
Semuanya perlukan kerajinan dan kreaktifiti serta keunikan..
tak tengok lgi video yang dah dapat tu..ehehe..tak sempat nak promote pun..bizi kemain..:D hujung minggu ni dah boleh explore Warrior+ le kot
reezluv recently posted…Komisen 182- 190 Dari Klikjer
Boleh sangat lah bro Reezluv…
kena bijak cari peluang dan sentiasa belajar.
akan terjumpa juga rahsianya nanti
zool recently posted…Berjalan-jalan di A Famosa Resort
Dah jumpa kena ambil tindakan, barulah ada hasil..
Wahh, membantu sangat info nie.. Boleh membantu rakyat marhaen macam saya nie untuk jana extra income dalam menghadapi era GST nie…
arnie recently posted…Wanita Inspirasiku Bersama Tan Sri Zaleha Shaklee Cares Ambassador 2015
Insya Allah sama-sama kita ambil manafaat ya Arnie…
lebih baik bermula sekarang berbanding 10 tahun akan datang.
titan recently posted…KENAPA? Kami ni tak cukup BAIK ke?
Memang kena mula ni. Kalau tidak tertinggal kapal nanti.
Ramai yang dah beralih arah menjana pendapatan dengan USD sekarang ni…mantap la blogger Malaysia
Noriza Rahman recently posted…Kelebihan Pengambilan Vitamin C dan E Secara Serentak
Memang ini lah sasaran kita yang seterusnya. “Go Global ” orang kata..
Pasaran Malaysia sekarang ni memang nampak macam agak malap sikit, mungkin kesan penurunan mata wang dan juga GST kot
Noriza Rahman recently posted…Vivix® Menjadi Pilihan Artis Malaysia untuk Kesihatan Keseluruhan
Itu yang ramai masuk pasaran USD tu nak cuba buat duit besar..
Tapi harapnya duit kita ni tak semakin jatuh la kan..
Noriza Rahman recently posted…Kisah Cancer Survivor Nikmati Kebebasan Masa, Kewangan dan Kesihatan Bersama Shaklee
Kalau jatuh lagi besarlah USD, lepas tu kita kena berniaga pasaran globallah pulak Noriza…
hikmah kejatuhan nilai ringgit hahahaha
Belang tarung recently posted…Warna Air Kencing (Urine) dan Punca Masalah Kesihatan
Cantik sangat tu kalau dapat USD!
ok boleh joinlah
raihanah recently posted…MyBekam: Bekam Klinikal Di Gombak
Raihanah: Jom sama-sama …:-)
setakat ni cuma berjaya buat duit melalui adsense je.hehehe
musadun recently posted…Tonton Video Gegar Vaganza Minggu Ke-5 Online 2015
Musadun : AdSense pun OK aper kalau dapat riban-riban..
USD kalau banyak dapat, boleh jadi mewah bila tukar ke RM 🙂
Ikhwan recently posted…Cara Pantas Buat Duit Dengan USD
Betul tu bro Ikhwan: Kalau USD1,000 dah boleh RM4,000 dah memang banyak tu…wow..
Mmg untung buat duit dalam USD skrg, dah la rate 4 skrg.. masyuklah..
Akma Omar recently posted…Contest Review Lynk.my 2015
Terima kasih sis Akma Omar sebab sudi lawat blog picisan ini.
ciktom baru nak mula belajar buat duit dgn usd…nak join yg nichify amazon tue la…
cik tom recently posted…Jalan-jalan ke Chemistry Cafe, Seksyen 7 Shah Alam
Boleh mula dengan klik di link diatas.
mulakan sekarang dengan kerja keras… hasillnya …. tunggulah hehe…
zik recently posted…Malaysia vs UAE apa yang perlu diperbaiki??
Zik: Kena mulakan dari sekarang sebelum tertinggal jauh…
Mmg mudah skrg buat duit tanpa penat buat produk… Hasilnya pun lumayan….
Hairul Hissam recently posted…Resepi 13 Kek Harijadi Dan Dekorasi. Jom Tonton Video Preview Yang Paling Menawan Kalbu Nie.
Betul tu tuan Hairul/ Kalau ada produk sendiri lagilah meletupkan?
Ada beberapa sumber pendapatan dengan USD walaupun tidak kencang. Perlu sekarang ini tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.
akubiomed recently posted…Xiaomi Smart Home penggera pintar keselamatan bajet untuk rumah
Betul tu bro Akubiomed… Memang kena ada pendapatan sampingan.
best nya kalau saya dapat fokus semua ni..
Raihanah Ahmad recently posted…Kebaikan Gum Arabic Dalam Vita C Shaklee
Raihanah, buat peringkat awal ni memang kena fokus dan buat sampai jadi. Pilihlah yang mana berkenan di hati.
masih belum mahir lagi macam mana nak buat USD, rasanya nichify juga lah batu loncatanya
onlajer recently posted…Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
Kalau minat teruskan sampai jadi bro…
Dulu aku terfikir nak simpan duit USD dalam akaun RHB aku . Masa tu dalam 3.40 untuk satu USD . Rancangan nak buat simpanan dalam USD kalau ekonomi teruk boleh tukar ke RM . Sekali akaun dah siap ekonomi teruk jatuh mendadak .
Wanyob recently posted…Perkahwinan dan wang
Kena tunggu pulak lah ya bro Wanyob. Bila dia nak turun tak tahu pulak tu..
tu dia.
main usd dollar pulak sekarang ye.
ohcikgu recently posted…Pelajar bunuh diri sebab tertekan dengan Exam Matematik Tambahan?
Macam tulah nampaknya trend sekarang ni…Cikgu
Rupanya banyak cara untuk dapatkan USD ya….. ternyata boleh menulis bahasa Inggeris adalah satu kelebihan. Namun begitu pasti saranan yang tuan Sani kemukakan memang masyuk.
sensasi2020 recently posted…Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Tuan Kamil: memang masyuk kalau kita buat, tuan Kamil pun boleh juga turut serta.
Memang untung kalau gunakan fiverr, cuma sekarang terasa fiverr ambil komisen yang agak banyak dari kita =(
radin fadli recently posted…Fiq’s Gastronomy
Nak buat macam mana tu bro Radin. Melainkan kita ada produk sendiri yang kita hasil dan pasarkan sendiri.
Yup, betul tu. Kebaikan Adsense ialah tak klik iklan pun duit tetap msk sbb ada jg payment per impression. Tapi kalau dpt klik lg best…. 😀 So, blog yg high traffic baik apply ja adsense, lgpun Adsense dah accept BM.
Boleh cuba nanti tu Zurainny Ismail. Thanks ya…
Masyuk woo main usd.. income 4 kali ganda kot..
Media Sensasi recently posted…8 Gambar Terakhir Pak Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
Memang masyuk tu Media Sensasi!
Adsense cara yg ampuh. 1USD kurang lebih RM4
MDHAFiZ.NET recently posted…Anzala SHOP Gedung Jualan Maya Terbaru!
MDhafiz: Tulah yang Adsense tu saya belum betul betul teroka tu. Kalau ada kelapangan nati nak cuba-cuba.
Kalau kenangkan komen pak menteri memang menyakitkan jiwa dan juga serupa tidak bersekolah gayanya
azimah mohd zainuddin recently posted…Cara Atasi Susu Merundum
Tak tahulah macam manalah diorang ni boleh dipilih jadi Menteri.
wow…menarik nieh
bab adsense 2 paling best…
pandai keyword research untong lah!!
Orang yang pandai ambil peluang memang untonglah.
time ringgit jatuh ni la peluang utk buat duit USD
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Album Adele 25
Yalah Nikkhazami, ini lah masa nak main USD, nilai emas pun rendah sekarang ni.
Saya buat USD guna dropship.. jual kat Etsy.. 🙂
jambu batu recently posted…Cara Menanam Uri Bayi Baru Lahir
Power tu Jambu Batu. Itu dah level international tu.
bagus tips ni.
dalam keadaan ekonomi sekarang, kena grab apa saja peluang utk jana income secara halal & menjamin.
zaleha recently posted…11 Testimoni Garlic Complex Shaklee Terbukti Terbaik Untuk Kesihatan
Zaleha, macam tulah nampaknya, moga bermenafaat nanti ya..:-)
yang penting tak putus asa..ada member kata nak buat duit dari blog, ajar lah dia,2,3 hari masih tak ada hasil. dan dia stop.ehhe
semak samanh recently posted…Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Online
Kalau dia putus asa memang tak boleh buat apa-apa ya semaksamanh…
berminat jg tengok orang buat duit dengan USD ni. tp itulah, aku ni english pun grammar ke laut. biasa-biasa tu boleh la. 😀
Suhimi Nain recently posted…Cara Beli Barang Di Lazada Malaysia
Samalah dengan saya. Kita belasah aje… Ada stu mat saleh tu nama dia Mario di datang amerika pun sepatah haram tak tahu english,tapi dia pun boleh berjaya..
I suka Fiverr yg keindahan Fiverr adalah bahawa anda boleh membuat $5 dengan kerja yang mungkin cuma mengambil kira-kira satu minit untuk selesai. Orang yang berjaya di Fiverr mengambil masa untuk mendapat pekerjaan itu dan menawarkan mereka di Fiverr. Untuk membuat duit dengan Fiverr, anda tidak perlu ada ape2 blog atau laman web. Anda boleh menggunakan mana-mana kemahiran anda untuk membuat duit di Fiverr.
Ramai juga yang buat kat fiverr, terutama kalau ada kemahiran yang dikuasai. Memang boleh buat.
Kalau dah ada akaun semua ni yang pasti kena rajin lah, Jangan duduk diam-diam je
Khairul Zamri recently posted…Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan
Kalau tak rajin masuk angin keluar asap lah bro Khairul Zamri…
peluang buat duit usd ni memang banyak.. kna berusaha n da ilmu..
riangria recently posted…KELEBIHAN BUAT DUIT DENGAN BISNES BAKERI DARI RUMAH UNTUK SURI RUMAH SEPENUH MASA
Banyak sebenarnya peluang riangria. Kita kena rajin lah berusaha. Allah swt berfirman barang siapa berusaha dia akan dapat.
saya baru belajar bang.. doakan ya biar blognya bisa seperti saniyusus dot com
B.C recently posted…Seberapa Besarkah Fungsi Gudang Dalam Bidang Produksi?
Insyallah Boleh sahaja B.C
google adsense yang memiliki banyak peminat
Juni recently posted…Cara Mendapatkan Info Rumah Subsidi Murah
Main dimana yang kita selesa ya Juni. 🙂