Tips Elakkan Kemalangan Macam Tragedi Kemalangan di Lebuhraya Duke

kemalangan di lebuhraya duke

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Heliza Helmi menziarahi anak mangsa kemalangan lebuhraya Duke. Credit : bharian.com.my

Hari-hari bila membelek akhbar mesti akan ada memaparkan kemalangan, samada kemalangan kecil atau kemalangan besar dan  salah satunya adalah tragedi kemalangan di lebuhraya Duke tempohari.

Apatah lagi bila memandu diwaktu malam, penglihatan kita adalah terbatas, apabila perkara melibatkannya nyawa sesaat sahaja melakukan kesilapan boleh membuatkan kita menyesal seluruh hidup.

Bila sudah berlaku ia memang tidak dapat dielakkan. Jadi lebih baik kita ambil perhatian dan jadikan tabiat seharian dengan tips-tips dan cara untuk elakkan kemalangan tersebut:

1.Amalkan doa menaiki kenderaan, tidak kira perjalanan anda itu dekat atau jauh.

Doa Naik Kenderaan Darat

2.Gunakan lampu tinggi untuk memberi tahu tindakan anda untuk memotong.Ini dapat tingkatkan kesedaran dan kesediaan kereta lain tentang tindakan yang anda akan ambil.

3.Jangan memotong kereta lain dari sebelah kiri. Pastikan tiada simpang dikawasan yang anda ingin memotong kenderaan lain.Jangan memotong kereta lain secara mengejut.

4.Pastikan jarak pemanduan yang selamat diantara kereta dihadapan atau belakang anda.Ini dapat elakkan kemalangan akibat pemberhentian kereta secara mengejut.Jangan membuat tindakan mengubah laluan secara mengejut kerana ia boleh membahayakan nyawa orang lain dan anda.

jarak pemanduan-selamat

Credit to : brake.org.uk

5.Gunakan lampu isyarat kereta sebelum membuat tindakan mengubah haluan atau memasuki simpang.

6.Jangan memandu dilorong tengah jika anda tidak memotong. Ini memang ramai yang lakukan. Sebaiknya pandulah dibahagian kiri jalanraya jika anda tidak memotong.

7.Patuhi hadlaju yang ditetapkan. Biasanya bila anda memandu terlalulaju, risiko untuk kemalangan adalah lebih tinggi.

8.Sekiranya ada ahli kelab yang suka atau minat berlumba, sila anjurkan perlumbaan di litar sepang. Ini dapat menghilangkan ketagihan mereka yang suka berlumba.

9.Tampal gambar kereta yang ditimpa kemalangan dihadapa dashboard anda. Ini membantu anda untuk sentiasa beringat dan berhati-hati dijalanraya.Boleh pakai ka macam ni?

10.Dapatkan rehat cukup sekiranya perjalanan anda mengambil masa yang lama dan jauh. Jika anda tidak cukup tidur sila bawa minuman yang berkafein tinggi.

Cara Mr Bean Hilangkan Mengantuk

Cara Mr Bean Hilangkan Mengantuk

11.Jangan suka cucuk kereta lain walaupun exhaust kereta anda sangat ‘power’.

12.Banyakkan bersabar ketika dijalanraya terutama ketika anda dicucuk atau jalan tengah sesak.

Kesimpulan.
Kemalangan memang tidak berbau sebagaimana yang tragedi kemalangan di lebuhraya Duke tempoh hari. Kalau berbau dah tentu korang akan buat persiapan kan? Memandu memang perlukan kemahiran, terutama orang yang turut serta perlumbaan macam pemandu kereta F1. Banyak faktor yang terlibat samada dari keadaan kenderaan yang dibawa, sikap pemandu yang memandu dan kemahiran yang dimiliki pemandu tersebut.

Semuanya mestilah dalam keadaan tip-top, barulah sentiasa dalam keadaan selamat dan akhir sekali kita berserah kepada pencipta. Kita mungkin sudah buat yang terbaik, tetapi bila malapetaka yang menimpa kita tidak mampu berbuat apa-apa, untuk itu kepada Allah swt tempat kita berserah kerana Dialah pelindung yang terbaik.

 

 

38 Comments

  1. Malaysia Tercinta May 9, 2015
    • saniyunus May 9, 2015
  2. Ikhwan Fahmi May 9, 2015
    • saniyunus May 10, 2015
  3. Helmi Aliarit May 10, 2015
    • saniyunus May 10, 2015
  4. islam di dadaku May 10, 2015
    • saniyunus May 10, 2015
  5. kak yatiadam May 10, 2015
    • saniyunus May 10, 2015
  6. rahimah May 10, 2015
    • saniyunus May 11, 2015
  7. Hafizul May 11, 2015
    • saniyunus May 11, 2015
  8. onlajer May 11, 2015
    • saniyunus May 11, 2015
  9. myliferia May 11, 2015
    • saniyunus May 12, 2015
  10. zara May 12, 2015
    • saniyunus May 12, 2015
  11. suri May 12, 2015
    • saniyunus May 12, 2015
  12. Azam Mohamad May 12, 2015
    • saniyunus May 12, 2015
  13. Akak Vitamin May 12, 2015
    • saniyunus May 13, 2015
  14. Noriza Rahman May 13, 2015
    • saniyunus May 13, 2015
  15. muliani May 16, 2015
    • saniyunus May 17, 2015
  16. labu May 17, 2015
    • saniyunus June 7, 2015
  17. kaki pelangi May 20, 2015
    • saniyunus May 21, 2015
  18. Oja Samid May 27, 2015
    • saniyunus May 27, 2015
  19. Farina Al-Khareid May 28, 2015
    • saniyunus May 28, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog