Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015

Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015

Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015

Ingatkan tak dapat joint program Sepetang Bersama Blogger 2015 disebabkan  pertindihan dengan program yang lain tapi Allhamdulillah dapat juga turut serta dalam program yang dijangka terakhir dari Team Denaihati. Tapi Walaubagaimanapun bergantung kepada penaja utama, kalau ada penaja utama, mungkin juga akan diadakan. Kepada yang tidak berpeluang tu harap-harap adalah perkongsian sebegini di tahun hadapan.

Tahniah buat blogger-blogger yang meluangkan masa untuk sama-sama turut serta dalam program ini dimana dianggarkan lebih dari 100 orag blogger hadir termasuklah 5 orang blogger dari Indonesia.

Pendaftaran bermula seawal pukul 8 Pagi, nasib baik dapat juga tiba awal,walaupun kali pertama menjejakkan kaki di Taman Cabaran, Putrajaya ini. Selepas selesai mendaftar diikuti sesi mengisi perut dengan sarapan yang ditaja
BakarlahBBQ dan minuman yang ditaja oleh pihak Yeo’s Malaysia.

sarapan-pagi-Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015

Ini aje sarapan simple and delicious dari BakarlahBBQ

Sesi pagi bermula dengan pembahagian kumpulan oleh tuan Eizil dan stretching yang diselia oleh parental blogger, Melastik Bintang. Selepas bacaan doa bermulalah cabaran Blogger Treasure Hunt SBBYeos2015 diantara 10 pasukan yang merebuat hadiah sebanyak RM5,000. Aku yang diberi tanggung jawab sebagai ketua pasukan kenalah memastikan pasukan nombor 2 atau panggilannya ‘SuperSaiya’ (nampak sangat pengaruh dragon ball diorang ni) dapat menjadi pasukan yang terhebat dan tak terkalah dalam cabaran Blogger Treasure Hunt ini…

Antara tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:

tugasan-susun-puzzle-blogger-treasure-hunt-sepetang-bersama-blogger-yeos-2015

Tugasan Susun Puzzle

Tugasan Pertama
Tugasan ini anda perlu mencantumkan kepingan puzzle yang telah diceraikan dan perlu menyempurnakan kepingan puzzle Ben 10 yang terakhir dengan membuat Wall Climbing. Nasib baik pada cubaan yang pertama sahaja kami telah berjaya menyempurnakan puzzle tersebut.

Tugasan Kedua
Pada tugasan yang kedua seorang perlu menjadi sibisu dan perlu memberi arahan kepada sibuta dengan dengan pelan susunan yang diberikan oleh sibisu demi menyempurnakan tugasan menyusun botol di bawah kerusi diikuti dengan tugasan mengapungkan jarum peniti di dalam mangkuk polesterin yang berisi air dalam 3 kali percubaan. Macam tidak percaya, tapi itulah yang berlaku…rahsianya pastikan jarum anda betul-betul kering, itupun diketahui selepas gagal dalam ketiga-tiga cubaan.

Tugasan Ketiga
Tugasan ini pula anda parlu meletakkan satu tin minuman Yeo’s pada sudut 45 darjah dalam masa 1 minit. Macam mana nak buat tu ya. Sebenarnya ada beberapa cara ia boleh dilakukan. Tetapi bila kelam kabut masapun 1 minit segalanya tak menjadi. Jadi memang tak sukseslah tugasan ini. Kena denda pulak siap kena melompat  10 kali.

Menara-pandang-jauh-Blogger-Treasure-Hunt-Sepetang-Bersama-Blogger-Yeos-2015

Sedang Menunggu Giliran Untuk Tugasan Keempat

Tugasan Keempat
Setiap ahli kumpulan perlu menjawab soalan mencabar yang diberikan oleh crew program secara bergilir-gilir dalam masa 4 minit. Kalau majoriti tak berjaya menjawab soalan dengan betul, sudah pasti anda akan didenda. Tetapi yang
mencabarnya bukan soalan, tetapi perjalanan ke Menara Tinjau dipuncak yang tertinggi di Taman Cabaran, Putrajaya. Memang pecah lah perluh-peluh semua, sampaikan turun 2 kilo berat badan dengan aktiviti ni..hah.. iyalah tu…:-)

Tugasan Kelima
Dalam tugasan ini seorang ahli kumpulan anda dikehendaki menjadi sibisu dan memberikan arahan kepada kumpulan untuk melaksanakan aktiviti dalam posisi tertentu untuk berwefie.

tugasan-menulis-entri-blogger-treasure-hunt-sepetang-bersama-blogger-2015

Bertungkus Lumus Menyediakan Entri Blog

Tugasan Keenam
Tugasan yang terakhir anda dikehendaki kembali ke Kompleks Sukan Lasak untuk berkumpul dan anda pelu menyediakan 1 blog entri dengan syarat-syarat yang ditetapkan.  Sambil menyediakan entri anda boleh menjamu selera dengan menu ayam dan daging BBQ yang disediakan oleh BakarlahBBQ sebagai juadah makan tengahari.
Memang terbaiklah BBQ korang.

lunch-bakarlahBBQ-Sepetang-Bersama-Blogger-Yeos-2015

Lunch Simple Sahaja

Inilah tugasan-tugasan mencabar yang perlu dilaksanakan. Disamping itu ada beberapa tugasan bonus yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan markah tambahan seperti mengambil gambar di setiap lokasi dengan menyertakan #Hashtag berikut:

#SBBYeos2015 #DenaihatiNetwork #BloggerEvent #TreasureHuntYeos #BakarlahBBQ
#JopanaMy #TheSumbs #ThePhotolicious #eQurban #JamTawafDenaihati #BTHYEOS02

Mengambil Instavideo berkumpulan, mendapatkan gambar selfie bersama crew dan CEO Denaihati Network dan eQurban. Membuat rakaman video nyanyian, membuat dubmash, mengambil gambar dengan crew program Blogger Treasure Hunt. Makin banyak tugasan yang anda lakukan, makin tinggilah peluang untuk menang. Makin banyak perkongsian anda di media sosial makin banyaklah markah anda.

Disebelah petang pula berlangsung sesi perkongsian Tuan Aqif Azizan dari Write to Wealth, iaitu seorang pakar copywriter no 1 di Malaysia yang berkongsi peluang buat blog niche yang boleh dijual lebih dari 100K USD di pasaran antarabangsa.

Sesi-sharing-blogger-Sepetang-Bersama-Blogger-Yeos-2015

Sesi Sharing Para Blogger

Blogger dari Indonesia, cik Anazkia dari Indonesia yang pernah dinobatkan sebagai Srikandi Favorit 2013, juga merupakan bekas pelajar Akademi Denaihati bila berkongsi bagaimana beliau bermula untuk berblogging dan berkisar tentang tenaga kerja pembantu rumah di Malaysia kemudian menjadi sukarelawan dengan menyalurkan bantuan ke kawasan pendalaman dengan menyampaikan bantuan buku-buku.

Sementara itu CEO eQurban pula Tuan Haji Masrukhin Marzoki berkongsi pengalam beliau melaksanakan proram eQurban dinegara-negara yang dilawati dan antara peristiwa dan kejadian yang belaku disepanjang beliau menggendalikan program tersebut dan beliau menjemput supaya sama-sama turun padang melaksanakan
aktivti tersebut.

Majlis diselang seli dengan perasmian Jam Tawaf Megnatik yang dilakukan oleh Tuan Ahmad Yani, Pengurus Hal Ehwal Islam dan Penerbitan Al Quran, Kumpulan Media Karangkraft, dituruti dengan acara demontrasi keberkesanan Jam Tawaf Magnetik Denaihati.

Program Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015 berakhir dengan acara kemuncak iaitu cabutan bertuah untuk hadiah utama iaitu iPhone 6 yang dimenangi oleh blogger Halimbrothers.com dan Samsung Note Edge pula dimenangi oleh blogger Siti Rokiah dan diikuti penyampaian hadiah bagi Blogger Treasure Hunt dan tempat pertama dimenangi oleh… (bunyi drum sikit) kumpulan 2 iaitu kumpulan SuperSaiya. Siapa lagi kalau bukan kumpulan kitaorang lah. Seterusnya penyampaian hadiah buat pemenang sitkom video atau foto bersama Yeo’s yogurt yang dimenangi oleh Mahamahu yang menggondol Go Pro Hero 4. Hai nampaknya lepas ni Mahamahu akan sibuk berselfie dengan gajet barunya….

supersaiya-kumpulan02-juara-blogger-treasure-hunt-Sepetang-Bersama-Blogger-Yeos-2015

Kumpulan 02 Juara Blogger Treasure Hunt Yeos 2015

Allahamdullilah program berakhir lebih kurang pada pukul 5.30 petang dengan jayanya.

Walaupun pada sesi pagi memang mencabar emosi,minda, tenaga dan mental sebagai ketua kumpulan tetapi semuanya dapat dijayakan dengan baik sekali. Ini pun atas kerjasama rakan-rakan sepasukan yang lain seperti Nurdin, Jueliza Jamani, Naomie, Najib Nawawi, Zhafra, Rosni dan Afizah yang sangat supportif. You all memang Ohsemmm.

“Insya Allah Nothing is Impossible

Selain daripada itu dapat juga bertemu dan bermesra dengan blogger yang famous dan lajen seperti En Titan, Reezluv, AbangEnsem, Jamar, HazmanFadzil dan lain-lain rakan blogger. Selalu sembang di alam maya sahaja dan asyik lawan komen sahaja, tetapi kali ini dapat jugalah jumpa orangnya. Kalau malu nak bertegur dan bertanya sapa, memang rugilah..

Walaupun tak menang Iphone 6 atau Samsung Note Edge dapatlah juga bawak balik Yogurt Yeo’s beberapa kotak, Mee Cintan dan kaya Yeo’s serta sedikit wang kemenangan selepas dibahagikan kepada semua rakan sepasukan.. Jadi minggu ini kita minum Yogurt Yeo’s sampai muntah dan bolehlah belanja kawan-kawan makan cendol yang best-best..

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua penaja dan crew-crew  dan blogger-blogger yang terlibat dengan Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015. Tanpa korang majlis ni takkan meriah dan menarik. Harap-harap tahun depan akan diadakan lagi program macam ni.

65 Comments

  1. JMR June 15, 2015
  2. Anuar June 15, 2015
    • saniyunus June 15, 2015
  3. MDHAFiZ.NET June 15, 2015
    • saniyunus June 15, 2015
  4. titan June 15, 2015
    • saniyunus June 15, 2015
  5. Fiza Rahman June 16, 2015
    • saniyunus June 16, 2015
  6. Suhimi Nain June 16, 2015
    • saniyunus June 16, 2015
  7. Khir Khalid June 16, 2015
    • saniyunus June 18, 2015
  8. Mek ila Jual Vitamin June 17, 2015
  9. Jueliza June 17, 2015
    • saniyunus June 17, 2015
  10. Aretikz June 17, 2015
    • saniyunus June 18, 2015
  11. Hairul Hissam June 18, 2015
    • saniyunus June 26, 2015
  12. akubiomed June 18, 2015
  13. zool June 18, 2015
    • saniyunus June 18, 2015
  14. Noriza Rahman June 19, 2015
    • saniyunus June 23, 2015
  15. Azam Mohamad June 20, 2015
    • saniyunus June 22, 2015
  16. Yeen June 21, 2015
    • saniyunus June 25, 2015
  17. Hafizul June 21, 2015
    • saniyunus June 25, 2015
  18. Mus June 22, 2015
    • saniyunus June 25, 2015
  19. Jia Rizaira June 22, 2015
    • saniyunus June 25, 2015
  20. reezluv June 24, 2015
    • saniyunus June 25, 2015
  21. Faizal Fredley June 25, 2015
    • saniyunus June 26, 2015
  22. SentiasaPanas June 26, 2015
  23. Uncle Zuan June 28, 2015
    • saniyunus July 1, 2015
  24. Daud July 1, 2015
  25. Ikhwan Fahmi July 1, 2015
    • saniyunus July 1, 2015
  26. Alin Marlini July 1, 2015
    • saniyunus July 2, 2015
  27. hazmanfadzil July 3, 2015
    • saniyunus July 3, 2015
  28. Riza Afzan Asri July 3, 2015
    • saniyunus July 5, 2015
  29. sensasi2020 August 18, 2015
  30. seri August 23, 2015
    • saniyunus August 23, 2015
  31. NURUL AQIDAH AZAHAR October 22, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog