Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015

sepetang-bersama-blogger-2015-saniyunus

Program Sepetang Bersama Blogger (SBB) ini telah dianjurkan sejak tahun 2012, 2013 dan 2014 berturut-turut dan  telah dianjurkan oleh Denaihati Network (Denaihati) dengan jayanya. Tidak ketinggalan buat tahun 2015 pihak Denaihati akan mengadakan majlis menghimpunkan blogger-blogger Malaysia serta rantau Asia yang lain sekali lagi.

Tahun-tahun kebelakangan sebelum ini majlis diadakan di dalama dewan tetapi memandangkan pihak Denaihati menerima banyak respon supaya diadakan di luar dewan pula dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Tahun ini sekali lagi pihak Yeo’s Malaysia akan menjadi penaja utama untuk program Sepetang Bersama Blogger 2015 dan dibantu oleh rakan media dari Kumpulan Media Karangkraft yang memang diketahui umum merupakan antara pembekal utama maklumat dan bahan bacaan di Malaysia.

penaja-sepetang-bersama-blogger

Sesi kali ini juga menggunakan khidmat The Photolicious sebagai jurufoto dan video rasmi program Sepetang Bersama Blogger dan kafe The Sumbs yang menawarkan hidangan yang menarik. Disamping diserikan dengan penaja bersama yang lain seperti eQurban Resources Sdn Berhad dan Jam Tawaf Magnetik Denaihati.

Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di

  • Tempat : Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya
  • Tarikh : 13 Jun 2015
  • Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
  • Bayaran : RM30 seorang

Penyertaan terbuka kepada semua yang ingin hadir dan umur bawah 12 tahun adalah percuma. Anda boleh sertainya dengan mendaftar disini:

http://sbb.my/pendaftaran

Majlis akan diserikan dengan acara Blogger Treasure Hunt pada sesi pagi dan pada sebelah petang pula akan diadakan program Blogger Sharing.

Kalau anda memang suka hadiah percuma anda memang patut menghadirkan diri, sebabnya ada hadiah dan acara cabutan bertuah, dan dengar kata ada hadiah tunai RM5,000 untuk dibahagikan berserta hamper yang menarik untuk mereka yang berjaya.

Tapi yang ohsem sangat adanya hadiah yang hebat-hebat dari penaja-penaja majlis Sepetang Bersama Blogger SBB2015 iaitu hadiah Iphone 6 dan Samsung Edge, dengar kata ia menjadi idaman blogger-blogger yang hadir pada hari tersebut.

Tunggu dulu bukan itu sahaja ada lagi satu kontest yang akan dianjurkan pihak Yeo’s Malaysia sempena majlis SBB2015 yang akan diwar-warkan sedikit masa nanti dan yang menariknya, ia menawarkan bukan 1 unit tetapi 3 unit GoPro Hero 4.  Sangat menarik bukan.

GoPro HERO4

Jadi bagi blogger yang masih baru ini adalah satu peluang untuk mereka kembangkan pengetahuan dan rakan-rakan di dunia blogger. Bak kata pepatah ‘jauh perjalanan luas pemandangan’ dan ‘kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya’  dan ‘untuk dapat sesuatu kita kena memberi’. 

Insyallah semoga dipermudahkan urusan untuk pergi ke majlis Sepetang Bersama Blogger itu nanti. Al maklumlah itu adalah minggu terakhir sebelum mulanya berpuasa..

36 Comments

  1. Noriza Rahman May 23, 2015
    • saniyunus May 23, 2015
  2. JMR May 23, 2015
  3. MDHAFiZ.NET May 24, 2015
    • saniyunus May 24, 2015
  4. zaidimohd May 25, 2015
    • saniyunus May 25, 2015
  5. Oja Samid May 25, 2015
    • saniyunus May 26, 2015
  6. reezluv May 26, 2015
    • saniyunus May 26, 2015
  7. islam di dadaku May 27, 2015
    • saniyunus May 28, 2015
  8. Azam Mohamad May 31, 2015
  9. azham ahmad June 1, 2015
    • saniyunus June 3, 2015
  10. mamat June 1, 2015
    • saniyunus June 3, 2015
  11. azimah mohd zainuddin June 2, 2015
    • saniyunus June 3, 2015
  12. titan June 2, 2015
    • saniyunus June 3, 2015
  13. apdm1 June 3, 2015
    • saniyunus June 3, 2015
  14. kak yatiadam June 4, 2015
    • saniyunus June 4, 2015
  15. sensasi2020 June 10, 2015
    • saniyunus June 12, 2015
  16. zaleha August 4, 2015
    • saniyunus August 4, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog