Review Seminar Pakar Bisnes Online Lejen IM

Review Seminar Pakar Bisnes Online Lejen IM

Seminar Pakar bisnes Online Lejen IM

Seminar Pakar bisnes Online Lejen IM

Seminar Pakar Bisnes Online  Lejen IM telah berlangsung pada hujung tahun lepas 27 hb Disember 2014 yang telah dibawakan oleh syarikat Sifufbads milik Tuan Jamal Sifufbads.

Kebetulan dapat tiket percuma daripada Sifufbads disebabkan aku dulu pernah sertai program Apprentice pada tahun 2013. Tapi syaratnya kena bawa 2 orang rakan yang berminat buat bisnes online.

Yang untungnya setiap kali sifufbads buat seminar aku akan ada tiket free. Kalau korang nak habak mai ya .:-)

Memandangkan aku duduk diPuchong jadi terpaksa keluar awal pagi, lebih kurang pukul 7 pagi aku dah gerak. Hari sabtu memang kereta tak banyak dan tidak perlu bersimpang siur, jadi bolehlah sampai awal diseminar pakar bisnes online di Wisma MCA yang terletak berhampiran dengan Citibank.

Lepas daftar kena tunggu sebelum pintu utama dibuka. Jadi memang ramai sedang bersesak dipintu untuk mengambil tempat dikerusi hadapan untuk mengambil aura sifu-sifu yang membuat perkongsian ilmu mereka

Perkongsian dibawakan daripada 5 pakar bisnes online iaitu:

1.Sifu Firdaus Putra Pakar pemasaran Instagram.
2.Sifu Jamal Sifufbads Pakar Pemasaran Facebook.
3.Sifu Faisal Abdullah Pakar Pemasaran Email.
4.Sifu Wan Mus Pakar Pemasaran Google Adwords.
5.Sifu Encik Titan Pakar SEO Blogging.

Sesi Pertama Pakar Pemasaran Instagram.

Tuan Firdaus Putra berkongsi tentang idea pemasaran menggunakan Instagram dimana beliau berkongsi tentang bisnes Kedai Pelik yang menjual produk kreatif dan pelik seperti t-shirt, kasut dengan penuh gaya dan santai.

Shhh.. (dengan nada berbisik) ini Rahsia yang aku dapat dari tuan Firdaus Putra:

1.Sentiasa Aktif di Instagram dengan melayan setiap pertanyaan dan komen di posting, supaya anda sentiasa ada hubungan atau enggangment dengan follower anda.

2.Kekerapan Post. Sentiasa aktif membuat posting pada masa yang sesuai supaya follower atau bakal pelanggan anda tahu bisnes anda sentiasa buka.Disini beliau kongsikan satu applikasi yang beliau bangunkan untuk membuat posting yang berjadual iaitu Octogr.am

3.Kreatif. Sentiasa posting gambar-gambar yang kreatif atau lain dari yang lain. Korang kan tahu Instagram memang untuk gambar, jadi letaklah gambar-gambar yang ohsem. Gunakan filter-filter dan sudut yang cantik pada apps anda.

5.Story Telling. Orang kampung saya cakap kongsikan cerita. Jangan terlalu hardselling atau sentiasa menjual sahaja setiap masa dan keadaan. Cuba postkan dalam bentuk yang santai dan bercerita. Ingat masa kita kecil dulu kita sangat suka dengan cerita.

Itulah serba sedikit pasal pemasaran Instagram. Akhir sekali kalau korang nak dapat 10K follower dengan pantas boleh ikut kelas beliau.


Sesi Kedua Pakar Pemasaran Facebook

Perkongsian tuan Jamal berkenaan dengan pemasaran facebook bemula dengan berkongsi 29 tips Pemasaran Facebooks. Antaranya adalah:

1.Jualah produk yang orang nak.Bukan produk yang anda nak, jadi lihatlah ada permintaan atau tak produk anda itu.

2.Gambar memainkan 90% peranan dalam pemasaran facebook.

3.Pemasaran yang konsisten adalah kunci kejayaan jualan.

5.100% orang membeli disebabkan emosi. Jadi gunakan gambar yang menyentuh emosi mereka.

6.Mudahkan pelanggan anda membaca, faham dan seterusnya bertindak.

7.Lebih mudah menjual kepada orang yang anda kenal dari menjual orang yang belum anda kenal.

8.Gunakan ‘Story Telling”, termasuklah testimoni, aktiviti atau pengalaman.

9.Database is a King. Jangan lupa bina data pelanggan anda.Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingi kita masih ada ‘back-up’. Seperti kes fanpage dipadamkan oleh facebook atau diban dari facebook.

Itulah serba sedikit tips yang aku boleh coretkan disini…ada 20 lagi tips..

Sifu Jamal ada juga kongsikan 3 teknik iaitu Teknik Rempit,Teknik Saka dan Teknik Hantu. Jangan takut ini nama aje, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Nanti kalau ada kesempatan aku akan kongsikan kelebihan teknik-teknik ini.

Pada sesi ini juga didatangkan Testimoni dari beberapa pelajar beliau yang sudah taraf jutawan, kebanyakannya mereka sudah mempunyai produk sendiri  antaranya taukeh Gel Lutut Amani tuan Leo Adi Putra,

Serba sedikit ia menaikkan semangat para peserta seminar utuk buat bisnes online terutamanya kepada usahawan-usahawan yang masih baru dalam bidang bisnes online ini.

Kalau korang nak lebih mahir korang boleh ikuti kelas beliau melalui seminar fbads Chapter F yang akan berlangsung pada 28 Februari 2015. Korang datang sini lepas tu lihat sesi mana yang sesuai dengan korang dan joint kelas advance beliau. Semua yang dah jadi jutawan tu semuanya dari kelas advance.

Sesi Ketiga Pakar Pemasaran Email

Selepas makan tengahari dan solat zohot seminar pakar bisnes online IM Lejen bersambung semula dengan perkongsian dari Sifu Faisal Abdullah merupakan salah seorang pakar bisnes online yang berpengalaman dan telah banyak membantu usahawan baru  berjaya melalui program Simple Tapi Power (STP),  seminar Beginning  Online Marketing, bengkel Mesin Duit dan MB2000 .

Apa yang ditekan oleh Sifu Faisal Abdullah adalah sentiasa menyimpan database pelanggan. Adalah mudah menjual pelanggan yang sedia ada daripada menjual kepada pelanggan yang baru.

Beliau juga ada kongsikan bagaimana mengumpul list atau lead-gen dan juga cara bagaimana nak buat hadiah yang sukar ditolak bakal pelanggan anda supaya mereka melanggan email anda.

Dihujungnya disediakan tawaran untuk mengikut program Shogun Email. Jadi kalau korang nak jadi mahir kenalah ambil kelas. Apa yang aku boleh bagi tahu kelas ini terhad, korang kena tunggu bila beliau akan buka program tersebut.

Jadi stay tune dan korang follow aje beliau..

Sesi Keempat Pakar Pemasaran Google Adwords

Sifu Wan Mus merupakan guru aku untuk kelas Google Adwords yang telah dihadiri pada awal tahun 2014. Untuk produk yang ada rami permintaan google adwords merupakan tools yang sangat berkesan untuk membuat pemasaran produk anda.

Saya suka mendengar beliau berceloteh dengan lawak bersahaja. Memang tidak membosankan apabila beliau membuat perkongsian.

Apa yang dikongsikan sifu Wan Mus adalah peluang membuat pengiklanan di Google melalui rangkaian Google samada melalui Google Search Page, Google Search partner atau Google Display Network. Panggilan mudahnya Google Adwords, iaitu anda membeli trafik dan dihantar ke website/ landing page anda.

Anda hanya bayar sahaja. Tapi untuk buat iklan anda kena ada pengetahuan teknikal supaya iklan dan duit anda tidak kelaut.

Untuk anda dalami ilmu yang penting ini korang boleh hadir ke kelas Google Adwords anjuran beliau di www.Sifuadwords.com. Yang bestnyer saper yang joint kelas yang dia offer masa seminar ini akan dapat lanyak sistem pembayaran online yang dibagunkan oleh syarikat beliau iaitu Onpay.my


Sesi Kelima Pakar SEO Blogging

Ini merupakan seisi yang terakhir sekali, jam dah kelihatan pukul 8 malam, banyak kerusi yang dah kosong, hanya peminat tegar blogging aje akan tunggu sampai sesi yang terakhir ni termasuklah aku…

Kalau korang yang biasa blogging sudah tentu kenal dengan Encik Titan. Yang pernah memenangi beberapa anugerah antaranya adalah Top 3 Best Business Blog MSMW Awards 2014

Beliau tunjukkan secara life beberapa keywords yang memang beliau pegang salah satunya adalah Cendol Banting. Korang tentu akan terkejut beliau ada lebih dari 300 blog yang dimaintain setiap bulan..Fuhhh banyak betul… Mungkin blog dia boleh dapat Malaysia Best Blog 2015

Beliau juga tunjukkan beberapa pendapatan affiliate dari blogging yang beliau dapat seperti dari program Ashadee.com, job dirumah dan program Advetorial.

Ni antara beberapa tips-tips penting yang beliau ingin kongsikan kalau nak buat posting:

1.Ada kata kunci di tajuk H1, H2, H3 Tag.
2.Ada isi artikel yang menarik.
5.Ada kata kunci disetiap pendahuluan, ada 2-3 isi, kemuncak dan penutup
4.Kata kunci kena BOLD, italic atau underline
5.5 Artikel bagi setiap niche.
6.Ada tag, kategori
7.Ada link keluar dan link masuk,
8.Wajib ada gambar.

Beliau juga kongsikan beberap teknik dari Kitab  Teknik SEO Merah Jambu. Antaranya Teknik Pintu Doramen, Teknik Magik dan Teknik Silap Mata… Korang nak tahu lebih lanjut korang boleh dapatkan di www.TeknikSeoMerahJambu.com.

Kalau ada kesempatan aku akan buat Review Kitab TeknikSEO Merah Jambu ni.

Untuk pengetahuan korang Sifu Encik Titan memang tidak buat kelas untuk blogging tapi kalau korang nak, korang boleh sertai kelas Blogging yang dianjurkan oleh Sifufbads. Ini kalau ada lagilah…

seminar pakar bisnes online im lejen

seminar pakar bisnes online im lejen : Credit Sifufbads.com

Kesimpulan.

Aku boleh katakan memang berbaloilah untuk datang Seminar Pakar Bisnes Online  IM-Lejen ni, memang tak rugi kalau datang. Yang paling penting bila dah ada ilmu kena ada tindakan baru lah boleh sukses.

Nak guna teknik Pemasaran apa?
Terpulang kepada kecederungan dan kepakaran korang. Pada aku kalau korang jual produk yang baru dan tiada permintaan, pemasaran facebook adalah terbaik.

Untuk produk yang ada permintaan dan ada pesaing pemasaran Google adwords adalah terbaik. Untuk bisnes online jangka panjang mempunyai blog adalah satu kelebihan daripada segi SEO. Bila SEO dah mantap tak payah buat Google Adwords dah, sudah tentu anda berada dirangking yang paling atas.

Pemasaran Instagram? Jangan diabaikan. Dengar kata tak lama lagi Instagram akan
melancarkan pengiklananya sendiri seperti facebook juga. Fuhh macam-macamlah Mat Zuki buat income…

Akhir sekali jangan lupa kumpul database. Dengan pelanggan yang sama ada boleh buat jualan berkali-kali..

Ada yang tanya pada seisi soal-jawab supaya diintegrasikan semua kepakaran didalam satu pakej/kelas advance. Aku rasa memang susah sikitlah, sebab semuanya adalah teknikal kecuali pemasaran instagram.

Untuk jadi pakar korang kena buat dan buat dan buat, belajar 1 hari belum tentu jadi pakar. Pengetahuan dan kebolehan masing-masing adalah berbeza.

Korang yang masih baru aku cadang korang masuk dulu program Mula Bisnes MB2000. Lepas itu korang joint kelas yang sesuai dengan produk. Kalau produk baru korang jointlah kelas fbads advance. Kalau korang jual produk yang banyak permintaan korang guna lah google adwords.  Satu lagi  korang jangan lupa buat blog korang supaya ia sentiasa evergreen.

Macam mana pun aku salute kat Emcee hari tu memang tidak membosankan sentiasa penuh dengan tenaga… Itulah serba sedikit perkongsian aku tentang seminar pakar bisnes online im lejen ni..

Fuhhh aku harap korang dapat sesuatu daripada sini dan ambil tindakannn..

Never Lose Hope, You Never Know What Tomorrow May Bring

14 Comments

  1. reezluv February 3, 2015
    • saniyunus February 3, 2015
  2. Dr Fattah February 6, 2015
    • saniyunus February 9, 2015
  3. Cik Barang Dapur February 7, 2015
  4. Mohd Shubhi February 10, 2015
    • saniyunus February 10, 2015
  5. Pingback: Pemasaran Facebook February 13, 2015
  6. Yeen March 21, 2015
    • saniyunus March 21, 2015
  7. mas yana April 17, 2015
    • saniyunus April 21, 2015
  8. Daud Mohamad August 26, 2015
    • saniyunus August 28, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog