Resepi Waffle Paling Sedap Dan Paling Ranggup!

resepi-waffle-paling-sedap-dan-gebu

Bila sebut aje waflle, hidung aku mesti terbuai-buai dengan baunya yang wangi dan lazat terus aje teringat masa pergi melawat Hospital Putrajaya atau masa orang rumah aku shopping kat pasaraya.

Serius bau tu buat aku jadi tak keruan wei..

Boleh buat aku terus pergi beli waffle tu..

Dan aku paling suka waffle strawberi tu..

Sejak orang rumah aku jual produk dari Are Ikan, memang tiada masalah utuk untuk buat waffle dengan menggunakan waffle ajaib, cuma dia gunakan api, kalau tiada waffle ajaib korang boleh aje gunakan waffle maker yang gunakan eletrik lagi senang kerja korang.

Bila dah ada waffle maker dah tentu nak cuba masak waffle yang sedap dan ranggup kan?

Apa kata cuba resepi dibawah.

Resepi Waffle Paling Sedap Dan Paling Ranggup

Bahan-bahan – dpt dlm 8 @ 9 keping waffer: 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering (saya guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang saya bagitau tadi)
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 cawan susu segar dalam suhu bilik (saya guna brand Dutch Lady Full Cream Milk)
1 biji telur dalam suhu bilik.
1 sudu besar esen vanila
1/2 cawan Air panas hangat / suam …(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

resepi-waffle-paling-sedap

Bahan-Bahan Waffle

Cara-caranya :

1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. klu saya letak 1/2 cawan air panas/suam je dan saya tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat…pandai lah adjust ok..heheh ..

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit.

3. Nampak adunan dah berbuih….. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh nanti tumpah pulak semua adunan tu.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi saya nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi waffle paling sedap dan paling rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle korang dah masaklah tu.

7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa saja yang korang suka.

Macam mana? Boleh bau tak keharuman waffle ni? boleh buat korang meleleh tak? Hah hah serius memang boleh buat ku nak buat terus waffle lepas ni!

Korang yang tiada waffle maker boleh dapatkan waffle ajaib di taukehpemanggangajaib.com atau pun boleh beli di Lazada macam kat bawah ni, harga pun bawah RM50 tu, memang murah sangat tu.

waffle-maker-murah-dan-mudah

Sumber: Resepi Waffle Gebu

36 Comments

  1. Anuar August 29, 2017
  2. Ira August 29, 2017
    • saniyunus September 5, 2017
  3. siti hazreen August 29, 2017
    • saniyunus September 5, 2017
  4. Uncle Zuan August 31, 2017
    • saniyunus September 5, 2017
  5. Ibu Zaid September 3, 2017
    • saniyunus September 5, 2017
  6. Mazni Azmi September 5, 2017
    • saniyunus September 9, 2017
  7. jalan jalan September 6, 2017
  8. nikkhazami September 6, 2017
    • saniyunus September 9, 2017
  9. Dedaun Comel September 6, 2017
    • saniyunus September 18, 2017
  10. titan September 7, 2017
    • saniyunus September 9, 2017
  11. mybiodata September 11, 2017
    • saniyunus September 18, 2017
  12. mybiodata September 11, 2017
    • saniyunus September 18, 2017
  13. raihanah September 13, 2017
    • saniyunus September 18, 2017
  14. Noriza Rahman September 13, 2017
  15. Nur Razali September 18, 2017
  16. rujukan October 2, 2017
    • saniyunus October 12, 2017
  17. azimah mohd zainuddin October 5, 2017
    • saniyunus October 12, 2017
  18. Farah Alina October 12, 2017
    • saniyunus October 12, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog