Persediaan Exam PTD 2014

photo1 Nov 2014  adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh calon-calon untuk jawatan pegawai tadbir diplomatik dimana akan berlangsungnya peperiksaan online yang dijangka bermula pada pukul 8 malam dan habis dalam pukul 10:30 malam. Itupun jika tiada aral atau masalah yang berlaku dimana dijangkakan lebih kurang 70,000 calon akan menduduki peperiksaan tersebut.

Siapa tahu sebarang kemungkinan peperiksaan akan dibuat untuk kali kedua seperti yang berlaku pada exam ptd online bagi pegawai kastam pada bulan September yang lepas. Anda sudah bersediakah dengan segala senjata pengempur dan bekalan-bekalan tambahan? Atau masih tak tahu nak buat persediaan yang sepatutnya.

Berikut adalah beberapa persediaan yang anda boleh lakukan seperti berikut.

1.Membuat semakan dengan e-semakan spa di link berikut http://e-semakan.spa.gov.my/online/ . Pastikan nama anda ada dalam senarai peperiksaan jawatan pegawai tadbir diplomatik gred M41 .

e-semakan-exam-ptd-2014

Dan lihat jadual dan masa peperiksaan. Jadi sekarang anda sudah tahu masa exam ptd online ni akan bermula pada pukl 8:00 malam  dan akan tamat pada 10:10 malam. Jadi anda kena bersedia dengan lebih awal  sebelum pukul 8:00 malam anda kena pastikan sudah bersedia dengan log in ke dalam sistem. Dijangka lebih kurang 70,000 calon akan menjalani peperiksaan serentak. Jadi pelbagai kemungkinan boleh berlaku kepada sistem/server.

e-semakan-exam-ptd

2. Dapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan yang dibahagikan kepada 3 seksyen seperti diatas.

  • Seksyen A- Pengetahuan Am
  • Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah-dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
    • Pecahan 1 – Penyelesaian Masalah
    • Pecahan 2 – Menginterpretasi Data
  • Seksyen C- Ujian Psikometrik/Ujian Personaliti Calon.

Kalau anda tidak pasti macam mana nak menjawab soalan-soalan tersebut. Saya cadangkan anda dapatkan pakej rujukan peperiksaan online pegawai tadbri diplomatik gred M41

[+] Dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 disini 

 

Ia didatangkan dengan 60 contoh soalan seksyen A dan 60 soalan seksyen B dan 15 soalan untuk seksyen C. Anda boleh jawab dan buat latihan tubi untuk anda kenalpasti format dan bentuk soalan yang akan keluar. Tapi kalau ragu-ragu anda boleh dapatkan Preview copy pakej rujukan ini.

[+] Donwload Percuma Preview Copy Pakej Rujukan Peperiksaan Online PTD

 

3. Dapatkan info dan maklumat lain daripada SPA sendiri di bahagian Urusetia Bahagian Peperiksaan di Nombeor 038880 6468/ 88806405/ 8885 6347/ 8885 6303/ 8885 6344. Anda boleh dapatkan maklumat lain dari laman web SPA http://www.spa.gov.my/Portal/ atau anda boleh follow kami / Like di https://www.facebook.com/pages/Suruhanjaya-Perkhidmatan-Awam-Malaysia-SPA/119180408130615

4.Jangan lupa untuk mohon pada Pencipta dengan solat sunat hajat dan bacaan yassin. Kita hanya merancang tetapi Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Pohonlah semoga dipermudahkan segala urusan. Insyalla-Allah semuanya akan berjalan lancar.

Salam Kejayaan untuk anda!

 

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog