Kerja Part Time Dengan Ninja Van

kerja-part-time-dengan-ninja-van

Zaman ekonomi yang tak berapa stabil ni, makin ramai mencari peluang untuk kerja part time apatah lagi secara full time. Bila nilai duit semakin mengecil, duit RM50 untuk membeli barang keperluan sudah tidak memadai untuk digunakan membeli barang dapur jika kita bandingkan 10 tahun yang lepas.

Justeru itu ramai yang mengisi masa selepas kerja ataupun  hujung minggu untuk menambah pendapatan. Kebetulan ada beberapa bulan lepas aku terserempak budak yang buat kerja part time dengan ninja van yang baru collect barang di Subang Hitech untuk dihantar dikawasan Seri Kembangan.

Nak dijadikan cerita kebetulan orang rumah abang sedang menunggu pelangan untuk COD losyen kurus seceret corea jadi sambil menunggu tu kita orang mengopi sebentar di Restoran Asam Pedas Pucong, di Puchong Gateway 1. Pancaran matahari pun  semakin kuat menerjah membuatkan tekak kembali kering dan pinta untuk dihilangkan dahaganya.

Memandangkan budak Ninja Van tu duduk disebelah meja abang, sempatlah juga aku bertanya khabar dan bertanya serba sedikit bagaimana nak kerja part time dengan Ninja Van.

Untuk pengetahuan korang brader ni buat hanya part time sabtu sahaja.

Harga bergantung jenis barang yang korang hantar.
Kalau buat part time ni bolehlah RM100-RM300 sehari dia buat.
Kalau waktu sibuk orang shopping sakan atau ada jualan murah barulah dia dapat kerja part time  hari Ahad.
Hanya menggunakan kereta Perodua Axia sahaja.

kerja-part-time-dengan-ninja-van

Korang sebenarnya boleh buat duit part time kalau langkah kanan korang akan dapat peluang buat full time.

Korang hanya perlu buat penghantaran yang telah dijadualkan kepada pelanggan-pelanggan sudah disediakan.
Barangan boleh diambil di hub-hub yang disediakan. Kebanyakannya barang untuk syarikat online seperti Lazada, Zalora dan seangkatannya.

Apa syarat-syaratnya?

1.18 tahun ke atas.
2.Penghantaran menggunakan kenderaan sendiri.
3.Mempunyai lesen memandu/GDL yang sah.
4.Pengguna android smartphone.
5.Driver yang mempunyai van atau lori 1 tan akan diberi keutamaan.

Buat masa ini servis ini boleh didapati di kawasan Lembah Kelang, Terengganu, Langkawi, Johor Bahru dan Pulau Pinang

Ampang Hub
Boleh hubungi En Azri 012-574 6890

Sungai Buloh Hub
Boleh hubungi En. Hafizuddin 017-977 9087

Bangi Hub
Boleh hubungi Fathi 011-2865 2129

Zone B – HQ, Batu Tiga
Boleh hubungi En. Umayr 013-304 8436

Zone E – HQ, Batu TIga
Boleh hubungi Cik Syahida 012-569 6890

Boleh cuba apply
https://deliver.ninjavan.co/en-my/signup

atau boleh hantarkan resume korang disini
fleet.intern@ninjavan.co

Harap-harap boleh membantu korang yang yang cari kerja part time dengan ninja van, walaupun tiada ilmu ninja korang! Apa yang korang perlukan adalah rajin dan berdedikasi dengan kerja korang!. Insya Allah adalah rezeki korang.

Komen sikit kalau korang pernah dapat barang dari budak Ninja Van..
Macam mana servis diaorang ya?

Baca Juga : 7 Langkah Mudah Buat Duit Part Time Dari Rumah!

24 Comments

  1. mrhanafi August 27, 2017
    • saniyunus August 27, 2017
  2. nikkhazami August 27, 2017
    • saniyunus August 28, 2017
  3. Dila August 28, 2017
    • saniyunus August 28, 2017
  4. titan August 28, 2017
    • saniyunus August 28, 2017
  5. Anuar August 28, 2017
    • saniyunus August 28, 2017
  6. Dedaun Comel August 28, 2017
    • saniyunus August 28, 2017
  7. Ira August 28, 2017
    • saniyunus August 28, 2017
  8. Khairul Zamri August 28, 2017
    • saniyunus August 29, 2017
  9. thehaikal August 29, 2017
    • saniyunus August 29, 2017
  10. HIDAYAH AZMAN August 29, 2017
    • saniyunus September 5, 2017
  11. sabree hussin September 9, 2017
    • saniyunus September 18, 2017
  12. Shai Ryan September 12, 2017
    • saniyunus September 18, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog