Kenapa kita perlu melabur di Kuala Lumpur

Malaysia merupakan pasaran hartanah yang sedang meningkat naik   dan telah menarik minat pelabur dan pembeli rumah bukan sahaja dari Malaysia malah dari serata dunia Yang paling ketara, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bharu adalah kawasan yang paling banyak menarik pembeli rumah. Kawasan-kawasan ini menjadi titik utama pembangunan industri hartanah di Malaysia sesuai dengan pembangunannya yang pesat yang boleh dilihat dari konteks kekuatan kewangan, kepelbagaian budaya dan juga peningkatan dalam industri pelancongan.

KL-Property

Menyediakan ruang interaktif untuk pemilik, pembeli dan penjual, KL Property umpama samudera yang penuh dengan segala macam peluang. Tidak kira sama ada anda sedang mencari unit kodominium, pangsapuri atau apa jenis hartanah sekalipun, mencari hartanah kini semakin mudah, menyenangkan dan tidak menyulitkan dengan portal hartanah atas talian seperti PropertyGuru. Kecenderungan pada teknologi telah menjadikan proses pencarian hartanah semakin cepat, muah, dan murah.

Lokasi, lokasi, lokasi

Bila berbicara tentang lokasi, Kuala Lumpur sebagai ibu negara memiliki kelebihan yang nyata. Kuala Lumpur adalah jiwa Malaysia, memang tidak dapat dinafikan, KL adalah tempat di mana acara gilang gemilang diadakan dan syarikat-syarikat antarabangsa meletakkan batu asas mereka di Malaysia! Lihat saja langkah terbaru daripada InvestKL yang menjanjikanlebih daripada 100 MNC akan berpindah ke Metropolitan Lembah Klang (Greater KL)  sebelum 2020.  Itu barulah pelaburan untuk masa depan namanya.

Memang tidak dinafikan yang pasaran hartanah di Malaysia bergerak pesat beberapa tahun kebelakangan ini dan sekarang dalam tempoh bertenang, tapi lain pula di Kuala Lumpur. Untuk makluman, industri hartanah Kuala Lumpur masih lagi mencatat peningkatan yang memberangsangkan bila dilihat dari sudut nilainya sebagai sebuah bandaraya yang paling maju dan matang di Malaysia, begitu juga dengan perubahan agresif di kawasan seperti Metropolitan Lembah Klang yang sedang dalam usaha meningkatkan populasi dari 6 juta ke 10 juta dan ini boleh diterjemahkan sebagai – peningkatan dari sudut permintaan hartanah.

10 Bandar Terbaik Untuk Didiami di Asia

Tidak semua bandaraya di dunia boleh bermegah seperti KL bila ia diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 bandaraya dunia yang paling boleh didiami dan juga di antara 1 bandar tebaik Asia.  Selain daripada penambahan laluan LRT dan laluan MRT baru yang pastinya menjadikan KL sebagai sebuah bandaraya dengan rangkaian perhubungan yang baik, kita juga akan menyaksikan Keretapi Laju yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura siap tak lama lagi. Tiada lagi perjalanan yang menyusahkan.

Budaya yang pelbagai di Malaysia menghasilkan makanan yang sangat menakjubkan dan anda boleh dapatkannya di KL. Jalan saja di Jalan Petaling, Little India dan juga mana-mana pasar, saya jamin anda akan rambang mata dengan pilihan yang terhidang di depan mata. Kepesatan di Kuala Lumpur juga menyerupai bandar-bandar di  Negara Barat dengan pencakar langit yang tidak asing lagi seperti Menara berkembar Petronas, dan tidak lupa juga prasarana dan infrastruktur kelas pertama yang memenuhi keperluan hidup.

Pulangan Lumayan

Anda boleh memperoleh sewa yang tinggi untuk menampung gadai janji anda terutamanya bila penyewa anda akan tinggal di kawasan paling mengujakan di Malaysia.

Senario di bawah memberikan gambaran jelas tentang membeli dan menyewakan hartanah:

Sebuah kondominium dengan ukuran 900 kaki persegi biasanya akan bernilai dalam lingkungan RM600,000 ke RM 800,000 dan dengan 10% deposit, anda mungkin perlu membayar ansurang bulanan sebanyak RM2,700 ke RM3,500. Tetapi, harga sewa boleh mencecah hingga RM3,000 ke Rn5,000! Anda boleh dapat pulangan bersih sehingga 6%. Tidaklah teruk sangat kan? KL Property kini menunjukkan gejala yang positif untuk hartanah sewaan.

18 Comments

  1. nikkhazami January 18, 2017
    • saniyunus January 26, 2017
  2. anuar January 21, 2017
    • saniyunus January 26, 2017
  3. Hariz January 23, 2017
  4. Ira January 23, 2017
    • saniyunus January 26, 2017
  5. sabree hussin January 25, 2017
    • saniyunus January 26, 2017
  6. Ikhwan February 3, 2017
    • saniyunus April 7, 2017
  7. MeqZa Abdul Rahman March 12, 2017
    • saniyunus April 7, 2017
  8. Khairul Zamri March 27, 2017
    • saniyunus April 7, 2017
  9. mrhanafi June 25, 2017
    • saniyunus July 1, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog