Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet / Online?

 

perbankan internet onlineSebenarnya bila nak buat urusan online ni, ada beberapa tools penting yang anda tidak boleh abaikan iaitu akaun perbankan internet / online. Bila sudah ada macam-macam yang anda boleh lakukan dengan akaun tersebut antaranya ialah:

1.Membayar bil Astro atau TNB, kad kredit, pinjaman dan premium insurans.

2.Membuat pembelian secara online seperti membeli ebook “Formula Rezeki Melimpah Ruah” atau membeli buku “English Itu Mudah

3.Memindah wang di antara akaun (milik sendiri dan pihak ketiga) atau antara bank seperti CIMB dan Maybank.

4.Memeriksa dan menerima bayaran dari pelanggan

5.Menyemak baki akaun dan penyata akaun dalam talian.

Sebenarnya banyak urusan yang anda boleh lakukan bila sudah ada akaun perbankan internet atau online. Seperti permohonan pinjaman dan kredit secara online, memohon draf bank dan arahan pemindahan telegraf. Anda boleh tanya di bank anda masing-masing untuk dapatkan maklumat yang  lanjut ya.

Anda boleh dapatkan khidmat ini dari bank-bank terkemuka di Malaysia seperti Bank Islam, RHB Bank, AmBank, HSBC dan banyak lagi…Anda boleh google sendiri.. Tapi 2 akaun yang sangat di cadangkan mesti ada buat semua orang yang buat bisnes online adalah akaun Maybank2u dan CIMBClick.

Sebab apa? Sebabnya majoriti pengguna memiliki 2 akaun tersebut. Nak buat akaun personal atau syarikat? Ini satu lagi persoalan yang selalu bermain diminda anda yang masih baru lagi dalam bisnes online kan?

Kalau anda masih baru, saya cadangkan bukalah dulu akaun personal di CIMB dan Maybank. Boleh juga gunakan akaun suami atau isteri anda, itu pun kalau sudah ada akaun ni, jadi mudahlah sikit urusan anda.

Tapi untuk jangka panjang sebaik-baiknya bukalah akaun syarikat, supaya kita senang nak asingkan pendapatan dan perbelanjaan bisnes online anda.Kalau tidak nanti anda akan jadi perompak syarikat sendiri. Sudah buat bisnes lama, tapi duit tak tahu pergi mana. Satu lagi senanglah nanti hendak buat kira-kira tahunan kan…
Apa kelebihan kalau ada akaun perbankan internet atau online ini?

1.Anda boleh buat urusan bisnes online dengan lebih pantas.  Takkan nak check di mesin atm kannn..

2.Mengelakkan ditipu pembeli palsu yang tidak bertanggung jawab. Zaman IT ni ramai penipu yang sudah bijak menggunakan internet. Ada yang menggunakan slip ATM yang direka sendiri dan beritahu sudah membuat pembayaran. Tapi duit memang tak masuk-masuk pun.

3.Boleh buat pindahan wang dengan jumlah yang lebih besar dan lebih selamat.

4.Memastikan urusan perniagaan lebih lancar, jadi proses pembelian produk oleh pelanggan berjalan dengan lancar dan terurus.

5.Memudahkan anda membuat penyata akaun untung rugi bisnes anda, yang biasanya dilakukan hujung tahun. Orang kata nak tutup buku.

Ada lagi tak kelebihan perbankan internet yang mungkin saya tertinggal? Kalau ada dijemput tuan puan yang cantik budiman komen di bahagian bawah blog hamba yang hina ini.

Jadi memang penting ya akaun perbankan internet/ online ini. Tapi kalau anda yang tidak biasa buat benda macam ni, memang lecehkan? Tak tahu nak mula dari mana? Tak tahu macam mana nak hantar bukti/ resit. Macam mana nak daftar nombor telefon? Macam mana nak buat TAC?

Kalau ini persoalan yang bersarang di otak anda, saya cadangkan cuba panduan perbankan internet ini. Anda hanya ikut sahajpanduan yang diberikan.

>>>>> Panduan Dapatkan Akaun Maybank2u dan CIMBClick Sepantas 5 jam

Saya doakan kejayaan bisnes online anda. Kejayaan anda bermula dari langkah yang pertama….. Kalau anda tak mula, anda takkan kemana-mana….. Ini orang bijak pandai yang cakap…saya nukilkan sahaja.

98 Comments

  1. Hairul Hissam August 5, 2015
    • saniyunus August 5, 2015
  2. Travelog Siti August 5, 2015
  3. Hero Borneo August 5, 2015
    • saniyunus August 6, 2015
      • Hero Borneo August 8, 2015
        • saniyunus August 9, 2015
          • Hero Borneo August 10, 2015
          • saniyunus August 11, 2015
  4. Daud August 6, 2015
  5. SITI HAZREEN SHAHROM August 6, 2015
    • saniyunus August 6, 2015
  6. JMR August 6, 2015
    • saniyunus August 6, 2015
  7. musadun August 6, 2015
    • saniyunus August 7, 2015
    • syafiqah November 27, 2016
      • saniyunus December 11, 2016
  8. raihanah August 7, 2015
    • saniyunus August 7, 2015
  9. Ikhwan August 7, 2015
    • saniyunus August 9, 2015
  10. Aniey Yusoff August 7, 2015
    • saniyunus August 7, 2015
  11. Oja Samid August 7, 2015
    • saniyunus August 7, 2015
  12. labulabi August 7, 2015
    • saniyunus August 9, 2015
  13. abg jay August 8, 2015
    • saniyunus August 9, 2015
  14. seri August 8, 2015
  15. Bisnes Online August 8, 2015
    • saniyunus August 9, 2015
  16. titan August 9, 2015
    • saniyunus August 9, 2015
  17. Nurul August 10, 2015
    • saniyunus August 11, 2015
  18. zool August 10, 2015
    • saniyunus August 11, 2015
  19. haji kassim August 11, 2015
    • saniyunus August 11, 2015
  20. Dyson August 12, 2015
    • saniyunus August 13, 2015
  21. Noriza Rahman August 12, 2015
  22. game android August 15, 2015
    • saniyunus August 17, 2015
  23. reezluv August 17, 2015
    • saniyunus August 17, 2015
  24. Wan Zawawi August 18, 2015
    • saniyunus August 18, 2015
  25. sabree hussin August 18, 2015
    • saniyunus August 18, 2015
  26. Aryn Fadz Lee August 18, 2015
    • saniyunus August 18, 2015
  27. sensasi2020 August 18, 2015
    • saniyunus August 18, 2015
  28. sensasi2020 August 18, 2015
    • saniyunus August 18, 2015
  29. Mesra Mobile August 18, 2015
    • saniyunus August 18, 2015
  30. rahimah majid August 18, 2015
    • saniyunus August 19, 2015
  31. Belang Tarung August 19, 2015
    • saniyunus August 19, 2015
  32. Nor Hafizah August 20, 2015
    • saniyunus August 22, 2015
  33. Uncle Zuan August 20, 2015
    • saniyunus August 22, 2015
  34. suhiminain August 21, 2015
    • saniyunus August 22, 2015
  35. asraff ruslan August 23, 2015
    • saniyunus August 23, 2015
  36. saljuhumairah August 23, 2015
    • saniyunus August 23, 2015
  37. Malcolm Deep August 31, 2015
    • saniyunus September 4, 2015
  38. Azeni Ahmad September 1, 2015
    • saniyunus September 4, 2015
  39. SuperNifz September 4, 2015
    • saniyunus September 21, 2015
  40. Alongxp September 8, 2015
    • saniyunus September 21, 2015
  41. Hajar Shikin September 16, 2015
    • saniyunus September 21, 2015
  42. zik September 20, 2015
    • saniyunus September 21, 2015
  43. cheq eem September 21, 2015
    • saniyunus September 21, 2015
  44. SentiasaPanas September 28, 2015
    • saniyunus September 29, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog