Jutawan Korea Kutip Sampah di Bahrin

Kisah jutawan Korea kutip sampah di Bahrin ini bukan kisah biasa. Kita mungkin melihat seorang jutawan duduk disebelah seorang pengutip sampah dipinggir bandar dengan gambaran yang berbeza. Tetapi ia adalah sebaliknya.

 

Mengikut yang diceritakan beliau adalah seorang pelabur jutawan yang berasal dari Korean Selatan dan aktivitinya bermula seawal 5 pagi dengan mengutip sampah dan mengitar semula sampah tersebut. Sila lihat video diatas.

Seorang peminat Youtube yang dikenali sebagai Omar Yarov telah dihubungi oleh seorang wartawan yang menyuruhnya melihat suatu ‘aktiviti pelik’ dikawasan tersebut, dimana beliau terpaksa bangun seawal 5.00 pagi dan Omar dapati lelaki lelaki tersebut- Yo  berada di tempat letak kereta dikawasan bandar dan sedang mengumpul sampah serta mengasingkan sampah untuk dikitar semula.

Apabila diajukan soalan kepada Yo, beliau menggelarkan dirinya sebagai “The Boss of Cleaning” dan beliau telah jalankan aktiviti ini sejak 11 tahun yang lalu. Kata Yo ” Terdapat banyak sampah dan ini boleh membuatkan orang sakit dan menimbulkan masalah”.

Komitmen beliau terhadap aktiviti pembersihan ini wajar dicontohi dan dipuji memandangkan Bahrain mengeluarkan kira-kira 2,200 tan sisa perbandaran, 7 tan sisa klinikal dan 380 tan sisa dari industri setiap hari.

Seorang pegunjung yang hadir disitu begitu teruja dan berkata “You are truly a role model to youth” .

Kalau orang yang bukan islam ini begitu tinggi sikap kebersihannya apatah lagi kita yang beragama islam lebih-lebih lagi penting untuk menjaga kebersihan. Sikap jutawan korea kutip sampah ini memang wajib dipuji dan dijadikan tauladan.

 

2 Comments

  1. SuperNifz March 18, 2015
    • saniyunus March 18, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog