Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan| Ramai yang tercari-cari contoh soalan latihan separa perubatan untuk membuat persediaan sesi peperiksaan online separa perubatan yang akan berlangsung pada 8 Mac 2016 dari pukul 8:00 malam hingga 9:30 malam.
Anda dah dapat panggilan atau tidak? Kalau tidak mohon buat pengesahan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA dengan gunakan link dibawah:
+] http://e-semakanntt.spa.gov.my/
Hanya masukkan no kad pengenalan anda di dalam kotak yang disediakan:
Peperiksaan tersebut akan dibahagikan kepada 2 seksyen seperti berikut:
1.Seksyen A – Ujian Psikometrik 8:00 hingga 8:40 malam
2.Seksyen B – Ujian Pengetahuan Am 8:55 hingga 9:30 malam
Ramai calon-calon latihan separa perubatan akan mengisi kekosongan yang menawarkan 10 jawatan bertaraf diploma seperti dibawah:
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
- Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
- Latihan Jururawat
- Latihan Jururawat Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan
Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
LATIHAN BERTARAF SIJIL
Untuk bertaraf siji SPA menawarkan 3 latihan untuk mereka yang bersesuaian.
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Syarat Kelayakan Latihan Sijil Pembantu Perubatan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan.
Berikut merupakan contoh soalan (bukan soalan ramalan) dimana anda boleh menjangkakan soalan yang bakal keluar nanti.
1. Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam
I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
2. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?
A. Bila anda berasa penat
B. Bila anda sudah bosan
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam
3. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI
A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.
4. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI
A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam
5. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?
A. Makanan dimasak tidak sedap
B. Makanan dimasak oleh warga asing
C. Makanan tidak dimasak dengan baik
D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir
Ini hanyalah beberapa contoh soalan peperiksaan latihan separa perubatan daripada 50 koleksi contoh soalan peperiksaan latihan perubatan yang terkandung dalam Nota Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan yang telah membantu ribuan calon sebelum ini, yang terakhir adalah pada bulan September 2015 yang lepas. Mari kita lihat contoh-contoh soalan:
Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan -Psikometrik dan Pengetahuan AM
1. Saya berminat menjadi Penolong Pengarah Persatuan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya
2. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya
3. Saya suka membantu menyelesaikan masalah kesihatan kawan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya
4. Saya suka menonton perlawanan bola tampar.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya
5. Saya suka mendayung sampan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya
Apa Yang Ada Lagi Dalam Nota Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Ini?
Berikut merupakan kandungan yang terdapat dalam Nota Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan, dimana ia dipecahkan kepada module-module utama seperti berikut:
1.20 Nota Ringkas
Nota ini akan menjimatkan 15 jam masa anda mencari dan menyaring maklumat yang penting untuk peperiksaan ini. Kami ada pengalaman dan kami tahu bahagian mana yang anda perlu fokus!
2.Penerangan Format
Percaya kepada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana calon tak tahu format. Bila tiba peperiksaan terus terkejut dengan soalan. Tak perlu terkejut, kami berikan gambaran sebenar!
3.200++ Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan Berserta Jawapan
Ini bukan soalan ramalan atau soalan sebenar. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk berikan anda gambaran bagaimana soalan dibentuk dan disoal. Eh tahun ini tiada contoh soalan oleh pihak SPA kan?
4.Pecahan Seksyen
Penilaian setiap seksyen sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi. Ada pecahan dalam seksyen penilaian dan anda yang tahu bakal mendapat manfaat lebih dalam melakukan persediaan sebelum peperiksaan!
5.Maklumat Jawatan
Anda kena faham dan tahu mengenai jawatan dalam Latihan Separa Perubatan (U29) ini. Apa tugasan dan apa yang bakal anda lalui selepas berjaya menjawat jawatan ini. Maklumat ini anda perlukan untuk sesi temuduga anda nanti. Jangan ke temuduga jika tak ada maklumat ini!
Contoh soalan peperiksaan latihan separa perubatan ini telah membantu ribuan calon berjaya dalam temuduga latihan separa perubatan untuk mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan mereka. Sudah semestinya banyak kelebihan akan anda dapat jika dapat berkhidmat dengan pihak kerajaan seperti elaun perumahan setiap bulan, skim pencen dan caruman KWSP, skim pinjaman perumahan yang menarik serta imbuhan tetap khidmat awam, COLA dan banyak lagi kelebihan-kelebihan berbanding berkhidmat dengan pihak swasta.
Untuk dapatkan contoh soalan peperiksaan separa perubatan dan nota rujukan pantas tersebut boleh lah membuat tempahan di butang dibawah.
Ini feedback dari calon yang berjaya dalam peperiksaan separa perubatan yang lepas.
Atau anda boleh dapatkan Review copy dengan picit link dibawah. Sudah semestinya ia adalah percuma. 🙂
>>DOWNLOAD REVIEW COPY NOTA RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN SEPARA PERUBATAN PERCUMA SEKARANG<<
Kesimpulan
Semua orang berhak untuk berjaya mendapatkan pekerjaan yang mereka idamkan. Dizaman keadaan ekonomi yang tidak menentu ini memang ramai yang akan memilih untuk bekerja dengan kerajaan disebabkan banyak manafat-manafat yang mereka akan terima. Persaingan sudah tentu amat tinggi dan ribuan calon akan cuba berebut untuk mengisi kekosongan tersebut. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan SPA akan menapis dan memilih hanya 2000 orang calon sahaja untuk mengisi kekosongan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka yang bijak sudah tentu akan menggunakan sumber yang yang diyakin, dipercayai serta mempunyai track record yang bagus dalam membantu calon-calon sebelum ini. Cadangan saya, buat lah keputusan yang bijak demi masa hadapan anda. Apa yang jelasnya disini sesiapa yang mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan ini sudah semestinya meninggalkan saingan mereka dibelakang. Semoga cita-cita anda tercapai dan dipermudahkan segala urusan.
semoga info ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan….
mrhanafi recently posted…Peluang Kedua Mesti Ambik Punya
Harap harap macam tulah bro…:-)
Semoga berjaya semua calon yang terlibat 🙂
Nanti jemput join myliferia giveaway ye 😀
myliferia recently posted…Pengganti Gula Pasir Putih Yang Lebih Menyihatkan
Ooo ada Giveaway ka.. Nanti kita terjah ya Myliferia..
semoga berjaya kepada semua calon
Raihanah Ahmad recently posted…Kenali Jenis Emas dan Kandungannya
Harap-harap macam tu lah…Calon ada ribu-ribu yang nak dipilih hanya 2000 calon sahaja.
mesti ramai awek-awek yang nak join nih.
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 547-584
Biasanya lebih ramai dari balak-balak …heh..heh
semoga berjaya bagi semua calon. dan dapat ilmu yang bermanfaat
Memang saingan ramai ni. Yang nak dipilih sikit sahaja..
hmm dapat temuduga tu taun lepas tp dapt jdi simpanan je..xde rezeki
ika magicalips recently posted…Resepi Mudah Homemade Black Pearl Cool Blog
Sekarang rezekinya dimana Ika?
Terima kasih berkongsi panduan peperiksaan yang berguna
MySemakan recently posted…Jadual Tangga Gaji Guru Terkini Julai 2016
Sama-sama Mysemakan..
Semoga suksess bagi para calon,, barakallah
Harap harap macam itu..