Contest Review Lynk.my 2015

 

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015  bakal menjadi contest SEO yang teakhir tahun ini. Setakat catatan ini lebih dari 84 blogger yang telah turut serta dalam Contest Review Lynk.my 2015. Bahang persaingan memang terasa panasnya. Bayangkan, nak bersaing dengan pakar-pakar SEO yang hebat-hebat belaka, seperti blogginspired.com yang pernah jadi juara SEO Malaysia Best Blog 2015 anjuran OhDuit.com , HasrulHassan.com, Bloggerlelaki.com dan juga blogger-blogger lain yang  tidak kurang hebatnya ilmu SEO mereka.

Tapi siapa tahu kan yang pipih tidak datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek. Yang penting kita mencuba sebaik mungkin kan? Mana tahu boleh selit sejemput dua blog ini nanti kan. Apatah lagi melihat hadiah Contest Review Lynk.my 2015 yang ditawarkan mencecah RM4,000. Wow memang mengujakan semua para peserta. Mari kita lihat apa sebenarnya Lynk.my ni.

Apa itu Lynk.my

Lynk.my boleh diistilahkan sebagai ‘URL Shortening’  di mana URL boleh dipendekkan daripada kebiasaan dengan membuat lencongan kepada nama domain yang pendek, dimana ia akan dihubungkan kepada laman web yang mempunyai URL yang panjang/ yang asal  apabila di klik sebagai contohnya:

http://saniyunus.com/contest-review-lynk-my-2015/

dipendekkan menjadi

http://lynk.my/Lq6C

Yang best nya URL anda menjadi pendek, unik dan mudah untuk dikongsikan terutamanya di media sosial seperti facebook dan twitter.

Bagaimana Caranya?

Hanya masukkan URL yang panjang ke laman web lynk.my seperti dibawah dan picit sahaja butang LYNK IT

cara-pendekkan-url-dengan-lynk.my

Selepas  itu anda akan dapat result seperti dibawah:

cara-pendekkan-url-dengan-lynk.my-result

Kepada yang biasa melakukanya ia kelihatannya tidak  memberikan masalah pada anda. Tapi buat mereka yang masih baru mungkin anda masih blur. Apa kata anda cuba dulu, lepas tu kongsikan pengalaman anda.

Ia memang memudahkan terutamanya apabila ada keperluan teknologi yang menghadkan bilangan aksara yang boleh digunakan untuk memuatkan mesej atau maklumat seperti Twitter. Ia juga amat diperlukan untuk memudahkan pembaca menyalin URL dari sumber yang dicetak.

Ia juga membantu untuk mencantikkan pautan yang dihantar, menyembunyikan alamat asal dan mempunyai kebolehan untuk menjejak klik pembaca.

Disebalik manafaat yang diberikan terutamanya kepada mereka yang menyertai program affiliate, ia juga memberikan beberapa risiko seperti disenarai hitamkan oleh perkhidmatan lain seperti di facebook.com untuk mengelakkan penyalahgunaan “URL shortening”.

Tonton video Dibawah untuk lebih faham:

Apa Kelebihan Lynk.my

1.Mudah untuk dikongsikan.

Walaupun pautan web yang panjang mempunyai kebaikan terutamanya dari segi SEO dan ini membantu ranking website atau blog anda di mata google atau enjian carian yang lain. Tetapi ia sukar untuk dikongsikan terutamanya di dalam email, laman web dan terutamnya media sosial seperti Facebook dan Twitter. Dengan menggunakan sistem singkatan seperti Lynk.my, ia mudah untuk diurus dan dikongsikan.

2.Mudah menguruskan maklumat.

Salah satu kelebihan menggunakan perkhidmatan seperti Lynk.my adalah disebabkan kebolehan mereka menjejak dan menyimpan data yang diperlukan. Seperti maklumat klik masa nyata, lokasi geografi dan sumber asal klik.
Maklumat ini membantu syarikat dan pihak pembekal untuk mendapatkan data yang dapat membantu mereka mengesan dari mana pelanggan datang, masa mereka datang dan tabiat pembelian pelanggan itu sendiri.Dengan maklumat ini ia membantu pembekal perkhidmatan atau produk membuat peningkatan atau pembaikan produk, maklumat dan khidmat yang dibekalkan mereka termasuk membekalkan produk atau artikel ke  sasaran yang betul. Yang bestnyer anda pun boleh integrate Google Analytic dalamnya untuk mengumpulkan data.

3.Ia adalah percuma!

Anda boleh menggunakan lynk.my untuk memendekkan URL tanpa dikenakan sebarang charge. Malahan jika anda mempromosikan lynk.my anda boleh buat duit online setiap kali orang klik link yang dikongsikan. Lynk.my dari Malaysia di reka dengan objektif membantu rakyat  Malaysia.

4.Ia Menggunakan Smart Filtering.

Bermaksud ia tidak mudah dispam dan ditipu oleh web spider atau proxy yang digunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang mengklik iklan daripada advertiser secara sengaja. Jadi para pengiklanan boleh menggunakannya dengan selamat dan tanpa risau.

5.Menerima Bayaran Dari Semua Bank Utama.

Anda tidak perlu risau untuk berurusan tanpa perlu memikirkan berurusan dengan bank lain ketika melakukan pembayaran atau menerima bayaran untuk komisen anda.

Buat Duit Dengan Lynk.my

Ya anda memang boleh buat duit dengan menggunakan Lynk.my iaitu dengan mendaftar sebagai Publisher.

buat-duit-dengan-lynk.my-publisher

Anda hanya perlu bina link, kongsikan dan buat duit online. Mudah bukan! Ooo jangan lupa pendaftaran adalah percuma sahaja. Kadar yang anda akan terima adalah RM10.00 untuk setiap 1000 klik bagi setiap URL. Jadi jika pengguna mendapat 1500 klik maka anda akan menerima bayaran RM15.00.

Disamping itu jika anda ada referral untuk akaun Publisher. Anda akan dibayar komisen 5% daripada pendapatan mereka seumur hidup. Jika anda menjadi referral untuk akaun Advertiser, anda akan mendapat komisen 20% daripada iklan yang mereka kempenkan.

Buat Bisnes Dengan Lynk.my

Jika anda mereka yang buat bisnes , anda sebenarnya boleh beriklan dengan kos semurah RM10. Malahan pendaftaran adalah PERCUMA iaitu dengan mendaftar sebagai Advertiser Lynk.my

buat-iklan-dengan-lynk.my-advertiser

Untuk menjadi pengiklan anda hanya perlu membuat bayaran kepada lynk.my berkenaan iklan perniagaan yang ingin dijalankan. Selepas pembayaran dibuat, advertiser akan membuat kempen iklan di lynk.my dan seterusnya lynk.my akan membantu advertiser menyebarkan Iklan mereka.

Kadar bayaran bagi mengiklan di lynk.my hanya RM10 sahaja untuk  600 Unique Visitor (UV). Sesuai untuk usahawan yang ingin mempromosikan produk, perkhidmatan, dan lain-lain kerana Lynk.my menawarkan sasaran trafik  yang  tepat  dan kesemua trafik adalah dari Malaysia.
Contest Review Lynk.my 2015

Disamping itu sebenarnya anda juga boleh buat duit online iaitu dengan menyertai Contest Review Lynk.my 2015 . Hadiah yang ditawarkan memang cukup lumayan dan sukar untuk ditolak.

Cara Penyertaan Contest Review Lynk.my 2015

1.Daftar akaun di lynk.my untuk dapatkan username dengan menggunakan email rasmi anda.

2.Buat entri berkenaan dengan  Contest Review Lynk.my 2015

3.Hantarkan penyertaan melalui email  ke contest@lynk.my dengan format :
•Subjek /Tajuk emel : Join Contest Review lynk

4.Masukkan maklumat seperti dibawah :
•Username di lynk :

•URL artikel/entry Review lynk.my :

5.Jika syarat-syarat penyertaan dan penulisan artikel dipenuhi, mereka akan balas email anda dan anda akan diberikan CONTEST ID yang akan digunakan untuk menyertai kategori TOP lynkUNDI. Anda boleh edit artikel anda untuk masukkan CONTEST ID ini.

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan

hadiah-contest-review-lynk.my-2015

Contest Review Lynk.my 2015 akan berlansung selama lebih kurang Dua bulan, bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Pihak penganjur mempunyai hak untuk melanjutkan pertandingan jika perlu.
Jadi anda yang berminat bolehlah menghantar penyertaan anda sebelum  27 Disember 3025 dan pemenang akan diumumkan pada 29 Disember 2015.
Kepada yang berjaya hadiah akan diberikan dalam tempoh 3-14 hari bekerja bermula 30 Disember 2015. Disamping itu bagi penyertaan 50 yang terawal anda berpeluang memenagi giveaway penyertaan yang ditaja oleh ikedaikami iaitu berupa gajet khas yang bernilai RM40. Sedih 🙁 tak dapat giveaway ni.
hadiah-penyertaan-contest-review-lynk.my-2015

Yang paling syok sekali dalam Contest Review Lynk.my 2015 ni setiap penyertaan adalah layak untuk menyertai ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan iaitu TOP SEO, TOP CREATIVE dan TOP lynkUNDI. Memang rugi kalau korang tak cuba!

Kalau nak sertai contest ni boleh lagi pergi ke sini  -> CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015

Kalau anda suka artikel ini jemput undi saya ya 🙂 dengan klik button dibawah, lepas tu jangan lupa komen dibawah ya, supaya mudah saya nak ziarah nanti ..:-)

UNDI SANIYUNUS.COM

 

80 Comments

  1. anuar November 28, 2015
  2. BM November 28, 2015
  3. Astrallusion Arc November 28, 2015
    • saniyunus November 29, 2015
  4. Mohd Zahran November 28, 2015
    • saniyunus November 29, 2015
  5. radin fadli November 29, 2015
    • saniyunus November 29, 2015
  6. Hairul Hissam November 30, 2015
    • saniyunus November 30, 2015
  7. kennymerligal November 30, 2015
    • saniyunus November 30, 2015
  8. Dunia Zumal November 30, 2015
  9. Hero Borneo November 30, 2015
  10. azimah mohd zainuddin December 1, 2015
    • saniyunus December 1, 2015
  11. MYiDEAKiNi [dot] com December 1, 2015
    • saniyunus December 1, 2015
  12. Aryn Fadz Lee December 1, 2015
    • saniyunus December 1, 2015
  13. Aryn Fadz Lee December 1, 2015
    • saniyunus December 1, 2015
  14. Akma Omar December 1, 2015
    • saniyunus December 1, 2015
  15. Raihanah Ahmad December 1, 2015
    • saniyunus December 1, 2015
  16. Junaidy Jaimi December 2, 2015
    • saniyunus December 2, 2015
  17. Zurainny Ismail December 2, 2015
    • saniyunus December 2, 2015
  18. reezluv December 2, 2015
    • saniyunus December 2, 2015
  19. Aya December 2, 2015
    • saniyunus December 2, 2015
  20. suri December 2, 2015
  21. MShahrulnizam December 2, 2015
    • saniyunus December 3, 2015
  22. Fidah Shah December 3, 2015
    • saniyunus December 3, 2015
  23. Weschairs December 3, 2015
    • saniyunus December 4, 2015
  24. abdfatah December 5, 2015
    • saniyunus December 5, 2015
  25. zik December 5, 2015
  26. Sheila Adziz December 5, 2015
  27. Noriza Rahman December 5, 2015
  28. cik tom December 5, 2015
    • saniyunus December 5, 2015
  29. eddie December 5, 2015
  30. eddie December 5, 2015
  31. Raihanah Ahmad December 11, 2015
  32. keladi December 15, 2015
    • saniyunus December 15, 2015
  33. Hasrul Hassan December 16, 2015
    • saniyunus December 17, 2015
  34. Bintang Sukan December 19, 2015
  35. aimandotmy December 24, 2015
  36. Aryn Fadz Lee December 25, 2015
    • saniyunus December 25, 2015
  37. myportal21.com December 26, 2015
    • saniyunus December 27, 2015
  38. myliferia January 9, 2016
    • saniyunus January 11, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog