Cara Nak Dapatkan PM Link dan Set Saved Reply Message di Fanpage

Kalau korang buat bisnes online yang menggunakan platform Facebook mesti tahu dimana untuk menjawab segala pertanyaan pelanggan disamping menjawab komen-komen di entri yang diletakkan di wall Fanpage korang.  Untuk mereka yang masih baru mungkin tak tahu mana nak cari PM link yang kita boleh letakkan dalam copywriting supaya bila pelanggan yang tak tahu nak PM akan klik sahaja link tu.

Jadi sejak dua menjak ni aku suka pulak buat video jadi senang nak tunjukkan kat korang macam mana cara nak dapatkan PM Link dan set Saved Reply Message di Fanpage lepas tu aku buat sikit catatan takut korang tak berapa jelas dengan penerangannya. Tapi ofkos memang jimatkan masa dan pelanggan pun taklah bocor macam tu sahaja.


Cara Nak Ambil PM Link

1.Klik dekat message dan klik padan copy messagging link.
2.Ambil dan simpan atau boleh letakkan dalam copywriting nanti.


Cara Nak Buat Saved Reply

1.Pergi pada tab Messages.
2.Klik ikon ‘conversation’
3.Create ‘New Reply’ dan masukkan maklumat yang ingin disampaikan pada pelanggan anda.
4.Boleh masukkan nama pelanggan dengan klik pada ikon ‘personalize’ dan untuk gambar boleh klik pada ‘Add Image’ dan ‘Save’
5.Bila nak guna hanya klik pada ayat yang dikehendaki dan tekan butang ‘Send’
5.Untuk edit reply yang lama, hanya pergi pada Manage Reply.
6.Klik pada ayat yang hendak diubah dan klik  ‘Save’.

 

Harap-harap entri Cara Nak Dapatkan PM Link dan Set Saved Reply Message di Fanpage ni memberi manafaat dan boleh dipanjangkan dengan share kepada teman-teman korang. Korang juga boleh baca 29 Tips Pemasaran Facebook untuk dapatkan banyak lagi tips-tips. Aku doakan All the Best buat korang semua…

36 Comments

  1. anuar April 19, 2016
    • saniyunus April 26, 2016
  2. Hairul Hissam April 20, 2016
    • saniyunus April 26, 2016
    • saniyunus April 26, 2016
  3. semakan upu April 21, 2016
  4. riangria April 23, 2016
    • saniyunus April 26, 2016
  5. riangria April 26, 2016
  6. Noriza Rahman April 27, 2016
  7. indobotol April 28, 2016
  8. MYIPTV Malaysia May 1, 2016
  9. nikkhazami May 1, 2016
    • saniyunus May 10, 2016
  10. ema May 11, 2016
  11. Ixora June 3, 2016
  12. LovelySuri June 12, 2016
    • saniyunus June 26, 2016
  13. Khairul Zamri June 14, 2016
  14. Ikhwan June 22, 2016
  15. Khairul Zamri October 28, 2016
    • saniyunus October 31, 2016
  16. Cusrom OS November 20, 2016
  17. Picolo January 24, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog