Cara Nak Buat Entri di Blogspot

Mereka yang sudah biasa dengan blogspot memang tidak menjadi masalah dan sudah tentu tahu cara nak buat entri di blogspot. Orang kata macam kacang aje kan. Caranya pun tidak banyak beza dengan menggunakan platform blogger mahupun platfrom wordpress. Mereka yang selesa dengan blogger teruskan dan mereka yang seronok dengan wordpress boleh terus berkarya dengan minat masing-masing. Yang pasti kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.

Saya juga berkarya pada kedua-dua platform untuk maksud dan tujuan yang berbeza. Kepada mereka yang masih baru selamat menonton video cara nak buat entri di blogspot ini. Dibawah saya sertakan sedikit ulasan diatas pengalaman saya yang sedikit ini.

1.Buka akaun gmail. Kalau tiada buka akaun gmail.

2.Type Blogger.com pada kotak carian.Pilih blog yang anda ingin buat entri.

3.Jawab komen terus di entri yang ada status komen. Kita juga boleh remove comment atau kandungan comment tersebut.

4.Pilih blog yang diingini. Untuk buat post baru tekan New Post. Post untuk post yang lama atau yang belum dipublished.

5.Dapat atau kumpulkan maklumat yang diingini terlebih dahulu. Kalau boleh masukkan dalam notedpad. Ia boleh elakkan font yang tak seragam, jika kita ambil dari blog orang lain. Format yang biasa mesti ada pendahuluan, isi dan penutup/ kesimpulan. Kesimpulan juga boleh jadi “Call To Action“, supaya orang buat tindakan seperti untuk kongsikan atau buat pembelian.

6.Masukkan entri tersebut, pastikan ada title (mestilah ada keyword dalam title). Pastikan ada link dengan entri yang lain atau berkaitan. Masukkkan keywords dalam entri kita. Sebolehnya setiap perenggan yang panjang ada 1 keywords. Paling kurang ada 3-5 keywords di satu entri.

7.Masukkan gambar yang ada keyword yang kita nak ranking untuk entri tersebut. Adjust saiz gambar yang sesuai.

8.Letakkan label yang ada keywords carian. Contohnya jubak lelaki terkini, jubah lelaki moden. Label featured, diletakkan pada label ini untuk letakkan gambar di post tersebut dalam gambar di slider.Ini mengikut theme yang digunakan.

9.Masukkan location Kuala Lumpur. Location boleh membantu entri kita di ranking yang tinggi di Google. Tarikh untuk posting kita boleh jadualkan atau boleh tukar tarikh yang lama/ backdated.

10.Save dahulu. Kalau nak lihat kita boleh klik Preview. Bila sudah puas hati boleh klik Published.

Begitulah serba sedikit cara nak buat entri di blogspot. Mereka yang masih baru mesti buat beberapa kali supaya mahir dan ingat semua function-function tu. Selamat mencuba. Abaikan bunyi telefon yang kat belakang.. Tau tak kenapa telefon tu berbunyi? telefon tu dah hang dan asyik restart aje… dia nak fulus lah tu…. 🙂

 

Anda Mungkin Meminati : Rahsia Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog