3 Langkah Buat Duit Dengan Lynk.my

buat-duit-dengan-lynk.my-publisher

Di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni ramai yang mencari pendapatan sampingan sama ada melalui kerja offline seperti bekerja part time di kedai-kedai atau secara online melalui peluang-peluang yang disediakan melalui banyak platform-platform antaranya adalah buat duit dengan lynk.my.

Lynk.my menawarkan servis pendekkan URL sama seperti ‘URL shortener’ antarabangsa yang lain seperti Bitly.com, tinyurl.com dan goo.gl. Cuma yang bezanya dengan Lynk.my adalah anda boleh buat duit dengan lynk.my, manakala servis tersebut hanya menawarkan servis pendekkan URL dan ‘tracking’ untuk URL.

Mari kita lihat video dibawah dan jom mulakan buat duit dengan Lynk.my.

 

1.Daftar diri.

Pergi ke http://lynk.my dan daftar dengan klik ‘JOINT NOW’

  1. Masukkan username yang diigini
  2. Masukkan password anda.
  3. Masukkan password sekali lagi untuk pengesahan
  4. Masukkan email rasmi anda.
  5. Pilih akaun Publisher.
  6. Klik ‘I want to joint lynk.my.
  7. Selepas itu sila buat pengesahan dengan klik pengesahan email yang dihantar oleh lynk.my.

 cara-daftar-lynk.my

2.Gunakan Lynk.my untuk pendekkan URL  anda dan kongsikan apa-apa sahaja. Antara yang boleh anda gunakan seperti:

  • Blog post anda
  • Link affiliate anda.
  • URL facebook anda.
  • dan macam-macam URL lagi.

3.Terima bayaran berdasarkan jumlah klik yang anda bawa melalui URL yang telah dipendekkan.

Mudah bukan untuk buat duit dengan Lynk.my? Hanya kongsikan link anda dengan menggunakan servis lynk.my. Untuk pengetahuan anda ini antara cara paling mudah dan pantas dan tidak menggunakan kemahiran teknikal untuk buat duit online. Sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Banyak lagi syarikat dari ‘URL shortener’ dari luar negara yang boleh buat duit dengan kaedah yang sama, antara yang paling lama dan masih lagi bertahan adalah Adf.ly. Perbezaan antara mereka hanyalah dari segi  kadar bayaran per 1000 view, ada yang menawarkan harga rendah dan ada yang harga yang agak mahal. Anda kenalah buat perbandingan harga dan memilih servis yang bagus dan pastikan mereka membuat bayaran seperti yang janjikan oleh mereka.

Sesetengah servis juga menawarkan referral untuk setiap pelanggan baru yang dibawa sehingga 20% komisen. Ada juga yang hanya membayar kesemua trafik yang dibawa seperti Linkbucks.com tapi membayar pada kadar kadar yang rendah dari USD0.5 hingga USD3 per 1000 views.

Ada juga servis yang hanya membayar untuk trafik yang organik. Jadi sebelum anda memulakan buat duit online dengan mereka pastikan anda periksa terma dan syarat-syarat mereka termasuklah ‘payout amount ‘ dan tempoh ‘payout’.

Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh buat duit dengan Lynk.my, ia tidak memerlukan kemahiran teknikal, dengan kos yang hampir tiada langsung. Apa yang penting anda kenalah rajin  dan pastikan dulu servis yang betul-betul berbaloi dan bermanafaat untuk anda.  Kepada mereka yang masih baru dan ada kekangan dengan bahasa inggeris bolehlah  buat duit dengan Lynk.my.

Buat mereka yang ada blog, bolehlah turut serta dalam Contest Reveiwe Lynk.my 2015 yang sedang berlangsung sehigga 27 Disember 2015, mana tahu boleh dapat durian runtuh sempena tahun baru. Kalau ikutkan  senarai peserta contest review lynk.my 2015 yang terbaru sudah lebih dari 90 perserta. Memang persaingan agak sengit. Tapi tak salah mencuba kan. Siapa tahu ibarat tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa  yang tahu.

 

28 Comments

  1. anuar December 16, 2015
    • saniyunus December 17, 2015
  2. Anuar December 17, 2015
  3. ujie December 18, 2015
    • saniyunus December 18, 2015
  4. raihanah December 18, 2015
  5. Ikhwan December 19, 2015
    • saniyunus December 22, 2015
  6. sensasi2020 December 20, 2015
    • saniyunus December 22, 2015
  7. mrhanafi December 20, 2015
  8. Ummar Farouk December 22, 2015
    • saniyunus December 22, 2015
  9. azrin December 29, 2015
    • saniyunus January 5, 2016
  10. Noriza Rahman January 26, 2016
    • saniyunus January 26, 2016
  11. Zurainny Ismail January 30, 2016
    • saniyunus February 1, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog