11 Pantai Pelik Seluruh Dunia Yang Korang Patut Lawati!

Tentu bestkan kalau dapat habiskan masa percutian dengan melawat pantai pelik seluruh dunia yang menarik . Ada 11 pantai diseluruh dunia tu, di Iceland disenaraikan 2 pantai tersebut.

Jom kita terjah pantai-pantai pelik tersebut.

 

1.Black Sand Beach, Vik Iceland

Terletak dibahagian paling selatan di Ireland iaitu berhampiran banda Vik. Ia menyajikan pemandangan pantai hitam yang memukau hasil peninggalan magma gunung berapi ribuan tahun dahulu.

black-sand-beach-Iceland

Source| Imgur.com

2.Glass Beach, California USA.

Pelik ya? Bagaimana bebola kaca ini terhasil dipatai ini. Mengikut ceritanya kawasan ini pernah dijadikan kawasan pembuangan sampah sejak tahun 1943 sehingglah kerajaan tempatan California menghentikan operasinya dan dipindahkan ketempat lain pada tahun 1967. Sampah sampah yang  bergred industri telah dikitar semula, tetapi sebaliknya tinggalan botol kaca dan pinggan mangkuk masih tertinggal disana, ombak yang memukul pantai tersebut saban hari  telah mengilap kaca-kaca tersebut sehingga menjadi licin dan cantik .

View post on imgur.com

 

3.Bioluminescent Pyhtyoplankt0n, Maldive

Cantikkan pantai yang bersinar biru macam ini. Ini biasanya disebabkan daripada sejenis alga berbahaya  yang terdapat didalam air tersebut, jadinya bla disinari cahaya bulan ia akan bersinar sinar sama macam entri di Pantai Hong Kong yang berwarna biru tu.

View post on imgur.com

4.Red Beach, Greece

Pantainya kelihatan berwarna merah dan menarik disebabkan keadaan muka bumi hasil dari lahar gunug berapi bertahun-tahun yang lampau. Ia menjadi tarikan sekeluarga untuk melancung ataupun bercuti.

View post on imgur.com

 

5.Papakolea Beach, Hawaii.

Kenapa ia berwarna hijau ya? Sebabnya ia mengandungi olivin , sejenis mineral silikat yang mengandungi besi dan magnesium.  Olivin merupakan komponen mineral biasa lava gunung berapi di Hawaii dan salah satu daripada kristal pertama untuk membentuk sebagai magma yang menyejuk. Rasa macam atas padang bola pulak ya?

View post on imgur.com

 

6.Pink Beach Komodo Island, Indonesia.

Patutlah Lombok menjadi salah satu destinasi percutian yang hebat untuk tahun 2016, kerana ia menyajikan pantai paintai terbaik. Salah satunya adalah pantai Pink.

Asal pasir ini bukanlah berwarna pink, tetapi disebabkan percampuran pasir merah dan pasir putih, jadi dari kejauhan akan kelihatan seperti warna merah muda atau pink.

Asal usul pasir merah ini juga tidak pasti . Ada yang mengatakan bahawa butiran merah itu berasal dari serpihan karang merah yang hancur . Ada yang mengatakan bahawa butiran merah itu berasal dari cengkerang haiwan laut . Sebahagian yang lain mengatakan bahawa warna merah pasir ini berasal dari haiwan mikroskopik ( hanya boleh dilihat dengan mikroskop ) yang bernama foraminifera . Tetapi bagaimanapun pencinta warna pink, mesti datang kesini untuk melihatnya secara dekat.

Beautiful Pink Beach, Lombok, Indonesia.

7.Karaikal Beach, India.
Pantai ini dikatakan menarik kerana mempunyai pelbagai ciri-ciri seperti pemandangan menarik matahari terbit dan terbenam, mempunyai jeti bot, taman permaninaan, restoran ditepi pantai dan gelanggan tenis.Ini memberikan pengalaman yang berbeza untuk para pelancong.

Pantai berpasir yang cantik dan air yang biru sentiasa mengamit para pelancong untuk datang berehat disamping merasai keenakan makanan tradisi India Selatan.

karaikal-beach

Source|skyscrapercity.com

 

8.Maho Beach, Saint Martin, North America.

Tiada apa yang peliknya disini. Cuma anda boleh menikmati pemandangan kapal terbang turun dan naik dari landasan lapangan terbang yang berhampiran. Akitivi biasa disini adalah meluncur air dan beriadah dipantai yang putih dan bersih.

maho-beach-saint-martin

Source| creativelunatic.com

 

9.Jokulsarlon, Iceland

Jokulsarlon atau “lagun sungai glasier” merupakan sebuah tasik glasier besar yang terletak di tenggara Iceland dan boleh dianggap salah satu keajaiban semulajadi paling besar di Iceland. Ia juga digambarkan sebagai dunia asing disebabkan ia di kelilingi bongkah air berwarna biru bercahaya. Antara yang paling mengujakan adalah glasier yang memantulkan cahaya matahari terbenam dan terbit. Menarik bukan!

Boleh diakses dari bandar Hofn dengan mendapatkan khidmat keret salji dan lawatan jip. Paling bestnyer inilah lokasi untuk beberapa filem seperti Dilwale, Batman Begins dan Tomb Raider. Kalau ada sukakan cabaran, anda patut cuba mengalami zaman ais 1000 tahun ini.

Jokulsarlon-Iceland

 

10.The Moeraki Boulders, New Zealand

Ia dipangil Moeraki Boulders disebabkan gerombolan batu bujur besar yang merentasi Koekohe Beach yang terletak diantara Moeraki and Hampden di teluk  New Zealand. Kalau korang pergi mesti terkejut banyak betul batu-batu ni semua. Dan dari mana asalnya juga tidak diketahui. Ada para pengkaji yang mengatakan batu ini berasal dari lapisan kerak bumi beratus ratus tahun yang lama. Bila lama-lama kelamaan pergerakan kerak bumi menolak ia naik dan dihakis oleh air. Macam dragon ball pun ada ya?

Moeraki-Boulders-New-Zealand

Source|Worldfotravel.com

11. Shell Beach, Australia

Pantai yang putih bersih ini terhasil dari cengkerang cengkerah halus yang terkumpul sekian lamanya disini. Ada juga bagunan disitu yang dibina dari cengekerang kecil tersebut dan masih untuh. Pantai ingin boleh dilawati sepanjang 120 km dan selebar 10 meter. Macam menarik sahaja.

Shell-Beach-Australia

Source|distractify.com

 

Kesimpulannya memang menarik kalau dapat bercuti dan habiskan masa bersama sekeluarga dipantai-pantai pelik seluruh dunia ini. Walau tidak dapat setiap tahun sekali seumur hidup pun sudah tentu berbaloi untuk dilawati. Dengan perancangan masa dan bajet insya allah boleh dilaksanakan tu. Jemput komen kepada mereka yang sudah pun menjejakkan kaki kesana atau bercadang untuk kesana.

42 Comments

  1. anah February 2, 2016
    • saniyunus February 2, 2016
  2. Raihanah Ahmad February 2, 2016
  3. sabree hussin February 2, 2016
    • saniyunus February 7, 2016
  4. rahimah February 3, 2016
    • saniyunus February 7, 2016
  5. Datin Tyka February 4, 2016
    • saniyunus February 7, 2016
  6. SuperNifz February 4, 2016
    • saniyunus February 7, 2016
  7. musadun February 6, 2016
    • saniyunus February 7, 2016
  8. permohonan upu February 8, 2016
    • saniyunus February 17, 2016
  9. Uncle Zuan February 9, 2016
  10. myliferia February 9, 2016
    • saniyunus February 17, 2016
  11. nikkhazami February 10, 2016
    • saniyunus February 17, 2016
  12. Zurainny Ismail February 11, 2016
    • saniyunus February 11, 2016
  13. Noriza Rahman February 11, 2016
  14. titan February 11, 2016
    • saniyunus February 11, 2016
  15. Raihanah Ahmad February 12, 2016
    • saniyunus February 15, 2016
  16. Suhimi Nain February 13, 2016
    • saniyunus February 15, 2016
  17. Vixalexa @Download film March 17, 2016
  18. Ramli January 23, 2017
    • saniyunus January 26, 2017
  19. Ira July 2, 2017
    • saniyunus July 10, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog