Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify

 national-parks-depot

Credit: nationalparksdepot.us

Sebagai pengasas laman web e-dagang yang berjaya bukan sesuatu yang beliau jangkakan. Satu tahun yang lalu, idea ini tidak wujudpun dalam kepala Robert Nava . Ia bukanlah sesuatu yang membawa saya banyak perancangan dan penyediaan ditambah pula dengan ceteknya pengalaman dalam bidang tersebut.

Mewujudkan National Parks Depot dan menjadikannya ke tahap yang diiktiraf berjaya pada dasarnya mengambil masa satu bulan sahaja. Pada bulan itu, beliau mencari produk untuk dijual, membina kedai, dan membuat promosi dengan mensasarkan kepada satu juta prospek. Jualan adalah begitu memberangsangkan sehingga terpaksa menarik pelabur untuk membantu mendapatkan modal dan stok.

National Parks Depot  dibangunkan menggunakan Shopify adalah salah satu perkara yang paling mudah yang pernah beliau lakukan. Memandangkan beliau tidak mempunyai banyak pengalaman dalam jualan atau pemasaran, apatah lagi ditakdirkan untuk berjaya dalam bidang ini. Malah, dengan melihat sejarah beliau, kejayaan seolah-olah tidak mungkin. Tetapi bila semuanya di tempatkan di tempat yang betul, apa yang seolah-olahnya mustahil sebaliknya menjadi kenyataan.

Kenangan Pahit

Diawal kehidupan beliau, banyak terlibat dengan gejala dan aktiviti yang tidak sihat sehinggakan kebanyakan usia remajanya dihabiskan di dalam penjara dan pusat pemulihan diatas pelbagai kesalahan jenayah. Beliau pernah ketagihan najis dadah, hilang arah dan menjadi orang yang tidak berguna. Pada masa itu sesiapa pun tak sangka sedekad kemudian dibangun dan berjaya dalam perniagaan secara talian. Maksudnya disini, kalau kita lihat orang akan kata “orang macam ini tiada harapan”

Selepas dibebaskan dari Penjara Negeri California, beliau lantas tidak menoleh kebelakang. Sejak itu hidupnya berubah 360 darjah, beliau juga turut terkejut dengan perubahan tersebut. Selepas 8 tahun berlalu beliau kini memiliki sebuah keluarga, perniagaan dan sedang mendapatkan ijazah dari kolej.
Ada sesuatu tentang bekas banduan yang membuat beliau menjadi calon yang baik untuk menjadi usahawan. Ia memberikan beliau motivas untuk menjad orang yang berbeza dan menonjol di kalangan orang ramai. Apabila beliau membuat keputusan bahawa beliau tidak akan kembali kepada jenayah dan penjara, beliau tidak berpaling lagi. Ia membuatkan beliau lebih fokus dan bersemangat. Sejak itu, dorongan dan motivasi tersebut menjadi orang yang berjaya bersama ahli keluarga beliau.

Tetapi semua itu tidak datang dengan mudah, beliau pernah mengusahakan beberapa perniagaan, tetapi kebanyakannya gagal, ada yang hanya bertahan seketika sahaja. Hanya satu sahaja yang tinggal iaitu National Parks Depot, itulah yang beliau sangat banggakan.

Masa beliau mulakan bisnes itu pun, keadaan ekonomi memang agak sukar, hinggakan keluarga beliau menghadapai masalah untuk membayar sewa kepada tuan rumah. Pernah juga beliau memohon bantuan daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah beliau, sehingga beliau hampir berputus asa.

Pada masa itulah, beliau menggunakan Facebook Fanpage untuk letakkan gambar-gambar yang menarik dari National Parks diseluruh dunia. Disitulah juga beliau mula menjual T-Shirt dan ketika itu beliau terfikir untuk menjual banyak lagi produk kepada pelanggan di Fanpage beliau. Tapi satu sahaja masalah yang bermain difikiran beliau iaitu beliau tidak mempunyai produk untuk dijual. Selepas mendengar tentang konsep dropship, disitulah terdetik untuk mencubanya. Jadi disitulah beliau bermula.

Bermula Dengan Dropshipping

Mencari syarikat dropshippers memang mengecewakan malah menakutkan pada masa itu. Tetapi apabila beliau mula mahir dan faham begaimana ia dilakukan, ia menjadi mudah bagi beliau. Perkara pertama yang beliau fikirkan adalah dengan mendapatkan produk yang ingin dijual. Beliau lakukannya dengan melihat produk yang telah terbukti boleh dijual ditempat lain. Selepas mendapatkan produk beliau akan membuat offer jualan tersebut dan lihat samaada ia akan mendapat sambutan atau tidak dari pelanggan kedai online beliau. Sekiranya ada permintaan barulah beliau mencari pembekal yang menawarkan khidmat Dropshipp.

Ramai yang melakukan kesilapan dengan mencari pembekal dan menjual produk yang dimiliki pembekal tersebut secara dropship. Dengan ini pasaran dan produk adalah terhad. Cara yang betul adalah dengan mengenalpasti produk yang ingin dijual dan selepas itu hanya hantarkan email kepada pembekal yang sanggup untuk membuat dropship untuk beliau, dan kebanyakan akan mengatakan ya.

Hanya dalam beberapa hari beliau berjaya settup National Parks Depot hanya dengan menggunakan platform kedai online Shopify dan sedia untuk membuat promosi. Beliau bukan marketer yang hebat, tetapi beliau belajar dari kesilapan yang dilalui beberapa tahun sebelum ini, dan ini membantu beliau lebih maju.

national-parks-depot

Credit: nationalparksdepot.us

Pengiklanan Facebook

Dengan hanya memiliki fan beberapa ribu di Fanpage beliau, ia agak sukar jika menggunakan kaedah percuma, sekiranya ingin pergi lebih maju atau ‘Scalable’ agak sukar. Ia hanya mungki dilakukan dengan menggunakan pengikalanan. Tetapi agak sukar buat beliau pada masa disebabkan ekonomi yang agak goyah.

Beliau bermula dengan bajet yang rendah sekitar $60, dan ditentukan dari hasil jualan tersebut. Dengan modal tersebut beliau berjaya membuat jualan sehinggan $1000, pada hari pertama, ia memang berbaloi. Dan selepas itu beliau menaikkan bajet beliau sedikit demi sedikit dan lihat hasilnya. Jualannya juga meningkat dua kali ganda. Dan hari berikutnya beliau mengulangi benda yang sama,dan  jualannya mula berkembang.

Selepas rancak dan berkembangnya jualan, tidak disangka-sangka satu masalah telah muncul. Disebabkan beliau melakukan secara dropship, beliau tidak mempunyai kawalan terhadap invetori. Selepas seminggu jualan, pembekal kehabisan stok, dengan tempahan yang menimbun tetapi tiada produk yang dapat dihantar kepada pelanggan. Beliau telah mencuba mencari dari beberapa sumber lain untuk membina dan membeli stok secara pukal, tetapi tidak berjaya.

Jadi satu jalan yang boleh beliau fikirkan adalah dengan mendapatkan bantuan daripada sumber yang tidak beliau sukai, iaitu tuan tanah beliau, yang tahu masalah kewangan beliau. Dengan bantuan tuan tanah beliau, mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan dari situ jualan mula meningkat.

Selepas beberapa minggu mereka telah habiskan ribuan ringgit untuk pengiklanan untuk membawa masuk trafik ke kedai mereka. Satu dolar yang mereka belanjakan, menghasilkan pulangan beberapa dolar. Dalam masa kurang dari 2 bulan sejak dilancarkan mereka telah hasilkan jualan sebanyak $80,000. Rintangan tetap ada tapi dari situ mereka belajar sesuatu dan perbaiki segala kekurangan. Dan akhirnya ia memang BERBALOI!

Walaupun kita lihat dari latar belakangnya, kita mungkin cakap beliau orang yang gagal. Beliau berjaya melakukan dan beliau belajar adanya sumber dari luar yang boleh membantu beliau untuk berjaya. Hanya perlu cari dan dapatkan mereka. National Parks Depot wujud dengan  kedai online Shopify dan facebook, cita-cita beliau tercapai. Tanpan kedua-dua itu mungkin beliau tidak kemana-mana.

Apa yang saya belajar:

1.Untuk berjaya mestilah tidak putus asa. Walaupun dulu kita orang yang gagal.
2.Kalau kita tiada kemahiran, kita cari pihak ketiga yang ada sumber/kemahiran tersebut.Orang kata outsource
3.Kitapun boleh buat dan tiru macam tu. Buat satu fanpage Taman Negara Malaysia dan jual produk berkaitan.
4.Untuk berjaya kena ada ilmu. Ilmu juga kita boleh dapati dari pengalaman yang lalu.
5.Sebenarnya sesiapapun boleh berniaga secara online.
6.Bisnes T-shirt mempunyai prospeck yang bagus untuk dijadikan bisnes utama.
7. Ada sesiapa nak tambah lagi ka??

Jemput komen kat bawah tu kalau nak tambah lagi..Jangan malu-malu..:-)

Kepada sesiapa yang rasa teruja nak buat bisnes online macam abang ni, boleh bermula dengan dapatkan ilmu yang betul. Boleh dapatkan ilmu itu dengan dapatkan Panduan Shopievo yang telah diusahakan oleh tiga orang rakyat Malaysia yang telah hasilkan jualan $94,000 untuk 2 bulan sahaja melalui platform kedai online Shopify.

Baca Juga => Panduan Bisnes Dropshipping + e-commerce tanpa perlu jawab wasap!

 

50 Comments

  1. Faris March 15, 2016
    • saniyunus March 18, 2016
    • Trendslink August 12, 2016
      • saniyunus October 13, 2016
        • Ikhwan November 12, 2017
          • saniyunus November 12, 2017
  2. Jamaludin March 16, 2016
  3. oh pt3 March 16, 2016
    • saniyunus March 18, 2016
  4. Linda Fitria March 17, 2016
    • saniyunus March 18, 2016
  5. titan March 16, 2016
    • saniyunus March 18, 2016
  6. Alin Marlini March 17, 2016
    • saniyunus March 18, 2016
  7. Tonik Ajaib March 17, 2016
  8. Zurainny Ismail March 19, 2016
    • saniyunus March 20, 2016
    • MYIPTV Malaysia May 1, 2016
      • saniyunus May 10, 2016
  9. MDHAFiZ.NET March 23, 2016
    • saniyunus March 24, 2016
  10. Hamacaan April 5, 2016
    • saniyunus April 14, 2016
  11. Noriza Rahman April 5, 2016
  12. yokho April 9, 2016
    • saniyunus April 14, 2016
  13. Azwan April 13, 2016
    • saniyunus April 19, 2016
  14. jambu batu May 9, 2016
  15. Mohd Aswad November 2, 2017
    • saniyunus November 12, 2017
  16. Naimah Wahab November 8, 2017
  17. Suriya Majid November 9, 2017
    • saniyunus November 12, 2017
  18. Noriza Rahman November 10, 2017
    • saniyunus November 12, 2017
  19. nikkhazami November 11, 2017
    • saniyunus November 12, 2017
  20. zool November 11, 2017
    • saniyunus November 12, 2017
  21. Dedaun Comel November 12, 2017
    • saniyunus November 12, 2017
  22. Wan Zawawi November 12, 2017
  23. Khairul Zamri November 21, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog