Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?

hilang-kad-pengenalan-mykad

Tak tahulah macam mana boleh tak perasan hilang kad pengenalan/ mykad. Itu pun perasan beberapa hari lepas bila periksa dompet dan keluarkan resit-resit yang tidak diperlukan. Yang saya ingat sebelum cuti raya ada gunakan kad pengenalan masa pergi membuat pembaikan telefon pintar Nokia Lumia yang lama tu di Mobile Technic, Amcorp Mall, Petaling Jaya iaitu pusat servis bagi jenama Nokia dan Xiaome.

Amcorp Mall

Amcorp Mall

 

pusat-servis-nokia-xiaomi-mobile-technicpusat-servis-nokia-xiaomi-mobile-technic

Pusat Servis Nokia Xiaomi

Tapi lepas puas selongkar di Amcorp Mall sampailah satu rumah sudah diselongkar dan aku dah confirm tak jumpa barulah ambil tindakan selanjutnya. Memang leceh apabila dokumen penting hilang, nasib baik kad pengenalan/ mykad sahaja yang hilang, kalau lesen dan kad bank yang hilang tentu banyak hal lagi yang nak kena buat. Apa nak buat ya? Meh baca selanjutnya..

1.Buat laporan polis.
Pastikan anda buat laporan polis bila sudah dipastikan hilang kad pengenalan  itu. Untuk kes jenayah seperti rompakan, ragut dan seangkatan dengannya memang anda mesti buat laporan kehilangan kad pengenalan di balai polis yang berhampiran.Untuk kes hilang disebabkan tercicir atau jatuh dalam sungai atau disebabkan kecuaian anda adalah tidak wajib dan tidak memerlukan surat laporan polis, memadai dengan membawa diri anda sendiri ke Jabatan Pendaftaran Negara (ini saya sudah pastikan dengan kerani di kaunter tersebut).

Tapi bagi saya yang pernah mengalami kehilangan kad pengenalan ini dahulu (masa muda remaja dahulu) saya sarankan anda buatlah laporan polis, takut nanti ada orang yang gunakan kad pengenalan anda untuk membuat pinjaman dan pembelian palsu. Kenapa saya suruh buat laporan, sebab pokcik sudah terkena masa dulu, ada orang gunakan kad pengenalan buat pembelian barang Singer lebih dari RM8,000 semuanya termasuk, peti ais, tv dan mesin basuh. Yang lebih memburukkan keadaan ialah ia menjadi puncanya nama aku masuk dalam senarai CTOS.
Jadi kalau anda sudah ada laporan senang sikit nak back-up kalau ada kes yang tak dijangka macam ni. Betul tak?

Balai Polis Bukit Puchong

Balai Polis Bukit Puchong

2.Buat Kad Pengenalan Baru.
Jadi lepas buat laporan polis kehilangan kad pengenalan di Balai Polis Bukit Puchong,saya pun bergerak terus ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. Di Puchong ini memang ada Jabatan Pendaftaran Negara, di Puchong Utama, tapi biasanya ambil masa dalam 1 ke 2 hari untuk siapakan kad pengenalan tersebut.

hilang-kad-pengenalan-jabatan-pendaftaran-negara-putrajaya

Lebih kurang dalam setengah jam sudah sampai, aku terus parking di tepi jalan raya bangunan Jabatan Pendaftaran Negara itu, tapi aku  was-was takut nanti kena saman, terbang lagi duit..ooo. aku nasihatkan korang parking sahaja di kawasan lapang dibelakang bangunan JPN, anyway nasib baik  aku tak kena saman dan bila datang waktu petang aku terus pindah parking kat belakang JPN.

bahagian-kad-pengenalan-tingkat-dua

Bila sampai di  JPN Putrajaya  boleh terus pergi ke tingkat 2 bahagian kad pengenalan dan pergi kaunter nombor giliran atau pertanyaan.

kaunter-nombor-giliran-dan-pertanyaan

kaunter nombor giliran dan pertanyaan

 

3.Pergi Kaunter Buat Kad Pengenalan
Lepas dapat nombor giliran terus pergi ke bahagian buat kad pengenalan iaitu dibahagian sayap kanan tangga bergerak. Tak perlu tunggu lama pun tak sampai 5 minit sudah dipanggil, masa itu tak kena lah dia akan minta laporan polis kehilangan kad pengenalan jika ada, ambil finger print ibu jari kanan dan kiri serta ambil gambar, siap pesan ambilkan gambar yang paling hensem dan paling macho lagi…heh.heh.

Kaunter Buat Kad Pengenalan/ MyKad

Kaunter Buat Kad Pengenalan/ MyKad

Lepas itu di akan nyatakan jumlah yang perlu dibayar dan kerani yang cun itu keluarkan resit bayaran berjumlan RM110, RM10 untuk bayaran permohonan dan RM100 denda sebab/ bayaran proses hilang kad pengenalan/ mykad.

Bayaran/ Fi Hilang Kad Pengenalan/ MyKad

Bayaran/ Fi Hilang Kad Pengenalan/ MyKad

Update Terbaru !

Bermula 15 Oktober 2015. Fi kehilangan kad pengenalan akan dikenakan seperti jadual dibawah..

bayaran-denda-hilang-kad-pengenalan-mykad-2015

Selepas itu akan dikeluarkan resit dan katanya dalam pukul 3:30 petang sudah boleh ambil kad pengenalan yang baru di sayap kiri. Jadi dalam 2 jam lagi baru siap. Apa nak buat ya? Jadi kebetulan nak masuk waktu zohor jadi terus  pergi ronda masjid Sultan Mizan Zainal Abidin yang berdekatan sahaja.

4.Ambil Kad Pengenalan Baru.
Cantik sangatlah dalam masa 2 jam dah siap semuanya dan boleh dapat kad pengenalan baru. Dia suruh datang pukul 3:30 petang, tapi aku datang pukul 3 dan terus tanya di kaunter ambil nombor giliran, dia check dalam sistem dan kata dah boleh ambil dah. Jadi selepas dapat nombor giliran aku terus pergi sayap kiri tingkat 2 bahagian kad pengenalan dan terus bagi nombor giliran berserta resit pembayaran tadi, lepas itu hanya perlu tunggu hingga nombor dipanggil.
Tak sampai 10 minit, kaunter dah panggil, sekejap sahaja.

kaunter-pengambilan-kad-pengenalan

Kaunter Pengambilan Kad Pengenalan/ MyKad

Yey..yey dah dapat kad pengenalan baru bagi gantikan kad pengenalan hilang tu. Kalau anda nak buat Touch And Go bolehlah pergi kaunter yang berdekatan disitu yang terletak disebelah kanan sekali.

Update!

Kaunter Touch N Go berhampiran Kaunter JPN juga telah ditamatkan perkhidmatan.

Please be informed that Touch ‘n Go mini hub at Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) will cease its operation on 30 September 2015.
Alternatively, customers may visitTouch ‘n Go Hub On The GO at Perbadanan Putrajaya on every Friday (except public holiday), from 9am – 5pm.

gantian-kad-pengenalan-hilang

Yeaa!! Dah Ada Kad Pengenalan Baru

Jadi semuanya ambil masa tak sampai 3 jam dah siap dah. Sekejap sahaja, jadi kalau anda nak cepat boleh lah datang terus hari Ahad pun ada tapi sampai pukul 2 petang sahaja, ingat nanti nak datang buat kad pengenalan untuk anak perempuan aku yang dah 12 tahun.

Update!

Operasi Di Kaunter JPN Putrajaya hanya beroperasi 6 Hari Seminggu bermula 12 September. Untuk urusan kaunter JPN 7 hari seminggu sila pergi ke JPN Cawangan Mini UTC Pudu, UTC Keramat dan Sentul.

pemberitahuan operasi 6 hari seminggu ibu pejabat jpn putrajaya dan ibu pejabat jpn negeri

Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Mini UTC Keramat,
Aras 1, Keramat Mall,
Jalan Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur

Telefon:
03-4251 0589
Faks:
03-4251 0710
Emel(@jpn.gov.my):

JPN-Cawangan-Mini-UTC-Keramat

Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan UTC Kuala Lumpur,
Aras 2,Wisma UTC,
Jalan Pudu (Pudu Sentral),
55100 Kuala Lumpur.
Telefon:
03-2026 1996
Faks:
03-2026 2022
Emel(@jpn.gov.my):

 

JPN-Cawangan-Mini-UTC-Pudu-Kuala-Lumpur

Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Mini UTC Sentul Kuala Lumpur,
Mini UTC Sentul,
Aras 3, Kompleks Bandar Baru Sentul,
55100 Kuala Lumpur.
Telefon:
03- 4040 0703
03- 4040 0705
03- 4040 0706
Faks:
03-4040 0709
Emel(@jpn.gov.my):

 JPN-Cawangan-Mini-UTC-Sentu

Jadi aku nasihatkan anda jaga dan simpanlah kad pengenalan atau mykad itu elok-elok, kalau hilang kena denda pulak tu, dengar kata ada cadangan kalau hilang lebih dari 5 kali kena denda RM500 atau mungkin silap-silap kena jumpa Menteri Dalam Negeri, siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Zahid Hamidi, yang dengar katanya akan menjadi TPM yang baru. Untuk pengetahuan anda  sudah lebih 500,000 kad pengenalan atau mykad sudah hilang termasuklah mykad aku..jangan marah datuk, ini bukan suka-suka nak hilangkan..

Kad pengenalan baru sudah ada, bolehlah rempit jauh-jauh sikit itupun kalau ada yang sudi nak jemput kita minum-minum  dan makan-makan. 🙂

 

89 Comments

  1. titan July 29, 2015
    • saniyunus July 29, 2015
  2. shahrul sham July 29, 2015
  3. Noriza Rahman July 29, 2015
    • saniyunus July 30, 2015
  4. myliferia July 30, 2015
    • saniyunus July 30, 2015
  5. Uncle Zuan July 30, 2015
    • saniyunus July 30, 2015
  6. Hairul Hissam July 31, 2015
    • saniyunus July 31, 2015
  7. permatamama August 1, 2015
    • saniyunus August 2, 2015
  8. permatamama August 2, 2015
    • saniyunus August 2, 2015
  9. zool August 2, 2015
    • saniyunus August 2, 2015
  10. Alongxp August 3, 2015
    • saniyunus August 3, 2015
  11. ena August 3, 2015
    • saniyunus August 3, 2015
  12. Daud August 4, 2015
    • saniyunus August 4, 2015
  13. SITI HAZREEN SHAHROM August 4, 2015
    • saniyunus August 4, 2015
  14. JMR August 4, 2015
    • saniyunus August 4, 2015
  15. Nurul August 4, 2015
  16. Bisnes Online August 4, 2015
    • saniyunus August 4, 2015
  17. Ikhwan Fahmi August 4, 2015
    • saniyunus August 5, 2015
  18. raihanah August 7, 2015
  19. Dyson August 12, 2015
  20. Oja Samid August 18, 2015
    • saniyunus August 18, 2015
  21. Abang Hasan August 27, 2015
    • saniyunus August 28, 2015
  22. Oja Samid October 19, 2015
    • saniyunus October 19, 2015
  23. DLSL October 20, 2015
  24. Ikhwan November 5, 2015
    • saniyunus November 5, 2015
  25. Eintan Nurfuzie November 16, 2015
    • saniyunus November 18, 2015
  26. Helmi Onexox December 4, 2015
    • saniyunus December 4, 2015
  27. Idea Berita December 27, 2015
    • saniyunus January 11, 2016
  28. Muhammad Faris January 25, 2016
    • saniyunus January 26, 2016
  29. Jiva February 8, 2016
    • saniyunus February 17, 2016
  30. Hidayah Abdul Kadir February 21, 2016
    • saniyunus February 23, 2016
  31. Jamaludin April 18, 2016
    • saniyunus April 19, 2016
  32. Am May 30, 2016
    • saniyunus June 4, 2016
  33. AfifKaw June 19, 2016
    • saniyunus June 26, 2016
  34. rifa'ie September 20, 2016
    • saniyunus October 31, 2016
  35. sha September 27, 2016
    • saniyunus October 31, 2016
  36. KIK Mercu October 5, 2016
    • saniyunus October 31, 2016
  37. Ifa March 26, 2017
    • saniyunus April 7, 2017
  38. Naf April 7, 2017
  39. Ira July 2, 2017
  40. lila July 11, 2017
    • saniyunus July 19, 2017
  41. Abd Hadi July 15, 2017
  42. mrhanafi August 15, 2017
    • saniyunus August 15, 2017
  43. eima mnja October 5, 2017
    • saniyunus October 12, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog