Antara Aktiviti Menarik di Shah Alam Bulan Ini!

Korang mesti sibuk cari aktiviti menarik di Shah Alam bulan ini. Walaupun sebenarnya dah nak masuk bulan Februari 2015. Korang kalau ada kelapangan boleh lah joint antara aktiviti santai berikut, manalah tau boleh dapat hadiah atau cabutan bertuah.. Adik-adik manis boleh pulang dengan hadiah yang gojes-gojes..

Karnival Karangraft 2015

Karnival karangraft  2015 sebenarnya telah bermula dari 30hb Januari 2015 iaitu hari ini  hingga 1 Februari 2015.  Korang memang tahu apa karangkraf tu. Kalau korang tak tahu, akupun tak tahu jugaklah nak cakap apa-apa. 🙂

karnival-karangkraf-2015

Credit | Karangkraf.com

Yang bestnyer korang  boleh dapat diskaun hingga 80% pembelian produk karangkraf bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Antarnya buku-buku dan majalah keluaran syarikat tersebut.

Antara program yang menarik yang korang boleh sertai adik-adik manis dan abang-abang macho:

  • Bengkel Penulisan Thriller
  • Masakthon
  • Demo tudung
  • Sesi temu mesra bersama novelis

karnival-karangkraf-2015-acara
Ceramah Perdana dan Pelancaran Buku Ustaz Kazim Elias serta penampilan istimewa Pemenang Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 Daqmie dengan lagu “Tangis Sebatang Tamar”

karnival-karangkraf-2015-maskot

Credit | Karangkraf.com

Maskot kegemaran kanak-kanak seperti boboboiy, doramen, upin dan Ipin dan beberapa lagi watak kartun kesukaan anak-anak anda

Tarikan istimewa juga dibawakan  Famous Food Truck dan terdapat lebih dari 14 gerai istimewa untuk korang menjamu selera sampai anda tak larat nak makan…yummy…

 

karnival-karangkraf-2015-frozen

Credit | Karangkraf.com

The Largest Frozen Kids Gathering.  Ini kalau korang dan anak-anak korang suka berpakain seperti Elsa & Anna boleh lah joint.

Untuk korang yang hadir ramai-ramaipun tak pe sebab 2000 parkir percuma sudah disediakan kemudahan lain seperti surau dan bas ulang alik di lokasi seperti SAC dan Dataran Automobil dan Masjid Negeri Shah Alam juga ada. Senang tak payah korang nak sesak-sesak kan??

Korang boleh tengok jadual aktiviti seperti berikut supaya korang tahu bila korang boleh buat perancangan nak pergi mana dulu:

karnival-karangkraf-2015-aktiviti

Credit | Karangkraf.com

 

Kalau terlupa korang tengoklah peta lokasi tempat yang korang minat tak lah sesat. Yang semestinya GPS tak boleh nak cari..

karnival-karangkraf-2015-peta

Credit | Karangkraf.com

Itu dia karnival karangkraf 2015 antara aktiviti menarik di shah alam bulan ni yang korang boleh pergi dengan segera sebab hanya 3 hari aje. Kemudian untuk geng kaki buku boleh joint program ni pulak.

Pesta Buku Selangor 2015
Pesta-buku-selangor-2015

Credit | PPAS

Pesta Buku Selangor 2015  juga adalah antara aktiviti menarik di Shah Alam yang sudah bermula dari 29 Januari 2015, korang yang minat dengan buku memang tak sabar sangat nak pergi.

Apa yang best sangat tu. Korang tangok aktivitnya

  • Bersama penulis Indonesia Leila S Chudori 30 Jan 2015 2 Petang
  • Persembahan Aluan Nazrey Johary 31 Jan 2105 3 Petang
  • Star Wars Aktviti 1 Feb 10 AM
  • Formula Transformasi Kejayaan @kEberkatan bersama Dr Azizan Osman 1 Feb 2015 2 Petang
  • Tamiya SHow & Competition 3 Feb 2015 4 Petang
  • Shoes Art Deco with Uzma Hamka 7 Feb 2015 12 PM
  • Bersama Ustaz Don, Ustaz Taha & Dr Love 7 Feb 2015 1 TGH
  • Tempat Kerja Saya, Ladang Pahala Saya bersama Prof Dr. Muhaya 7 Feb 2015 3 Petang

 

Pesta-buku-selangor-2015-aktiviti

Credit | PPAS

Yang Bestnyer bila korang datang Pesta Buku Selangor 2015 ni korang ada peluang  sebab ada:

1.Pelbagai hadiah cabutan bertuah.

Pesta-buku-selangor-2015-cabutan-bertuah

Credit | PPAS

2.Boleh turut serta misi bantuan banjir dengan pelancaran tabung bantuan mangsa banjir pantai timur yang turut disertai oleh beberapa syarikat penerbitan buku.

Poster for Sumbangan Buku Ke Sekolah Misi Bantu Banjir

Credit | PPAS

tabung-bantuan-banjir-pantai-timur

3.Hadiah dan Dana Skim MES yang korang boleh dapatkan.. Ini kalau korang anak selangorlah..

1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
2. Skim Mesra Usia Emas
3. Hadiah Anak Masuk Universiti
4. Insentif Perkahwinan Belia
5. Skim Mikrokredit Miskin Bandar
6. Pusat Tuisyen Rakyat
7. Skim Bantuan Asuhan Rakyat
8. Skim Bantuan Tadika Selangor
9. Skim Mikrokredit Selangor

Itulah serba sedikit aktiviti menarik di shah alam yang korang boleh buat dalam seminggu dua ni.. Aku harap korang dapat spend masa dengan orang yang korang  sayang ke aktiviti-aktivit ni..

Korang asyik-asyik kerja aje!

 

Anda mungkin minat ini

1.Buku PINK yang menggegarkan dunia Blogging

2.Mudah gila Belajar Inggeris!

3.Kerjaya Mewah Industri Oil & Gas Dan Jadi Jutawan Industri

32 Comments

  1. Ayu Jafri January 31, 2015
    • saniyunus January 31, 2015
  2. Datin Tyka January 31, 2015
    • saniyunus February 1, 2015
  3. Cetusan Minda January 31, 2015
    • saniyunus January 31, 2015
  4. jaymiee January 31, 2015
    • saniyunus February 1, 2015
  5. ohcikgu January 31, 2015
    • saniyunus February 1, 2015
  6. Azeni Ahmad February 1, 2015
    • saniyunus February 1, 2015
  7. insan marhaen February 1, 2015
    • saniyunus February 1, 2015
  8. Faarihin Talip February 1, 2015
    • saniyunus February 1, 2015
  9. Dr Fattah February 1, 2015
    • saniyunus February 1, 2015
  10. Kakzakie Purvit February 2, 2015
    • saniyunus February 2, 2015
  11. Aya February 2, 2015
    • saniyunus February 3, 2015
  12. Akak Vitamin February 2, 2015
    • saniyunus February 3, 2015
  13. Najib Ariyan February 3, 2015
    • saniyunus February 3, 2015
  14. nila anggraini February 3, 2015
  15. zumal February 4, 2015
    • saniyunus February 4, 2015
  16. muliani May 16, 2015
    • saniyunus May 17, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog