Alza Takkan Menjadi Myvi!

Ini Alza bukan Myvi

Ini Alza bukan Myvi

Jangan serius sangat bila baca tajuk ‘alza takkan menjadi Myvi”. Al-maklumlah kita baru diviralkan dengan kisah kemalangan kereta myvi dengan  pajero sport di lebuhraya DUKE yang membawa kematian sepasang keluarga bersama seorang anak yang masih kecil.

Kereta Alza yang ada juga memanggilnya sebagai myvi panjang, sudah tentu tidak akan menjadi myvi dari segi fizikalnya. Kereta atau kenderaan tak bersalah, tetapi manusia yang mengendalikannya yang bersalah.. Pokok pangkalnya adalah sikap dan tabiat pemanduan yang perlu diambil perhatian.

Teringat kata-kata seorang ustaz yang pernah memberikan kuliah. Sebagaimana tekun dan patuhnya kita dalam solat, seharusnya begitulah juga kita lakukan bila kita ada diluar solat. Itulah yang sebaik-baiknya. Bila dalam hati ada takut pada penciptaNya, seharusnya dimana-mana jua ia berada dibumi , ia akan sentiasa takut kepadanya.

Nak bagi ceramah pulak kita…..

Hajat memang nak cari tayar kereta murah dan terbaik. Biasanya kena survey dulu dan pergi kedai lain untuk dapatkan tayar  kereta terbaik  dan harga yang murah. Tapi aku tak berapa rajin nak buat semua itu, kadang-kadang masa dan perjalanan sudah makan kos penjimatan tersebut, jadi aku lupakan aja. Kalau anda ada masa sila buat atau minta rakan-rakan anda rekomenkan.

Selepas solat Zohor barulah bergerak ke kedai tayar yang merupakan antara pengedar utama tayar jenama Continental di Alam Megah, berhampiran Stesen Petrol Petronas.2 tahun lepas kedai tayar yang agak besar ni memang semua pekerjanya berbangsa cina, tapi tahun ini ramai pekerjanya dari bangladesh.

 penjagaan-tayar-kereta

Nampaknya bijak juga pemilik kedai tayar ini. Yang buat kerja-kerja kasar hanya dilakukan pekerja bangladesh dan tugas-tugas yang kritikal dilakukan oleh hanya 2 orang pekerja senior yang berbangsa cina.

 balancing-tayar

Nampaknya inilah salah salah satu cara mengatasi kekurangan pekerja di sektor perkhidmatan. Hanya bayar gaji minimum RM900 dan kerja lebih masa. Apa yang saya perhatikan di situ ada seorang pekerja muda berbangsa cina yang hanya buat pelarasan ‘tayar’ , pada anggapan saya dia mungkin anak/ anak buah taukeh yang dilatih supaya mahir dan akan mewarisi bisnes ini. Hemmm jauh pemikiran diorang ni..

tayar-continental-barum-bravuris-2

2 tahun lepas aku hanya tukar keempat-empat tayar dengan kos RM700 untuk tayar berjenama Continental. Tahun ni nak cari tayar bajet dan pilihan yang ada untuk tayar Jenama Continental dan Bridgestone berharga RM195 satu dan yang murah sedikit dari jenama continental tetapi telah dijenamakan semula berharga RM165 kalau tukar empat tayar termasuk ‘alingment’ dan ‘balancing’ semuanya RM660. Free ‘balancing’, ‘alingment’ dan ‘tyre caps’.

 tayar-murah

Jadi bila dah tukar kasut baru, rasa seronok dan bila ambil ‘corner’ pun boleh layan dan rasa confident.

Ini ada beberapa tips penjagaan tayar kereta yang anda boleh guna dan kongsikan dengan rakan-rakan anda:

1.Gunakan tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).

2. Gunakan rim tayar yang biasa dan sesuai. Penggunaan rim bersaiz besar juga akan mempengaruhi penggunaan petrol dan komponen yang lain seperti absorber, lower arm dan drive shaft.

3. Periksa dan pastikanan tekanan angin  tayar kereta yang betul. Jangan terlalu rendah atau terlalu tinggi. Pada kebiasaanya pada pintu kereta ada dicatatkan tekanan yang betul sila lihat dan gunakkan seperti disyorkan oleh syarikat pembekal.

4. Periksa tekanan tayar anda seminggu sekali dan lihat juga luar tayar kereta anda. Penjagaan tayar yang baik akan memastikan tayar mendapat cengkaman yang betul dan ia juga menjimatkan minyak.

Harapan saya semoga anda mendapat manafaat, kalau cari tayar kereta murah tu perhatikan betul-betul, kalau murah sangat mungkin tayar tiruan, zaman sekarang ni macam-macam diorang klon, minyak hitam pun dah ada tiruan, apatah lagi milo yang yang korang dok minum pun ada juga tiruan. Jadi korang berhati-hatilah..

Atau korang boleh dapatkan tips kereta dibawah supaya korang tak kena kencing dengan bengkel-bengkel yang tak bertanggung jawab..

Akhir sekalai bila memandu tu ‘Ingatlah Orang yang Tersayang’ ‘Anda Mampu Mengubahnya”

22 Comments

  1. Noriza Rahman May 9, 2015
    • saniyunus May 9, 2015
  2. Mek ila Jual Vitamin May 9, 2015
    • saniyunus May 9, 2015
  3. Helmi Aliarit May 10, 2015
    • saniyunus May 11, 2015
  4. sensasi2020 May 10, 2015
    • saniyunus May 11, 2015
  5. Hafizul May 11, 2015
    • saniyunus May 11, 2015
  6. Ikhwan Fahmi May 12, 2015
    • saniyunus May 12, 2015
  7. zool May 15, 2015
    • saniyunus May 15, 2015
  8. muliani May 16, 2015
    • saniyunus May 17, 2015
  9. titan May 21, 2015
    • saniyunus May 22, 2015
  10. sabree hussin June 28, 2015
    • saniyunus July 1, 2015
  11. Ridz October 12, 2015
    • saniyunus October 15, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog