7 Tips Bisnes Dengan Instagram

Sebagaiman yang kita tahu Instagram pada awalnya adalah platform untuk berkongsi foto dan saat manis dengan teman-teman dan ahli keluarga dan bukannya buat bisnes dengan instagram. Kebiasaanya yang akan dikongsikan adalah foto-foto kenangan, saat-saat manis.

Menurut Engadget.com ‌Instagram 49 kali lebih bernilai daripada Facebook dan mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna bulanan yang aktif. Memang rugi sangat kalau anda tidak ambil peluang untuk buat bisnes dengan Instagram.

Anda boleh mulakan seperti berikut.

1.Lengkapkan Biodata Anda.
Pastikan anda lengkapkan biodata anda untuk menarik minat penggunan instagram yang lain. Letakkan kepakaran dan kebolehan atau berkenaan perniagaan anda dibahagian profile. Letakkan laman web yang ingin anda jadikan sasaran kepada pengguna instagram yang lain. Sertakan juga foto produk dan aktiviti pernigaan anda.

2.Letakkan foto-foto yang menarik.
Memang kita tahu Instagram khusus untuk foto-foto yang menarik dan menonjol. Kalau anda letakkan gambar-gambar yang biasa memang susah nak dapatkan like.

Caranya adalah dengan letakkan gambar yang unik dan menarik. Anda boleh gunakan filter yang disediakan oleh Instagram seperti Aviary dan Valencia untuk dapatkan hasil yang menarik.

3.Anjurkan Contest.
Kalau anda pengikut kepada jenama-jenama seperti Zawara, Radiusite anda akan perasan mereka banyak membuat contest atau pertandingan melalui tag dan like. Anda boleh anjurkan seperti pertandingan last tag dan pertandingan foto terbaik.

Yang penting anda sebagai usahawan tidak lokek untuk membuat pelaburan dengan memberi hadiah percuma kepada pemenang. Hasilnya memang berbaloi untuk perniagaan anda.

4.Promosi Jualan Secara Soft-Selling.
Memandangkan Instagam untuk berfoto sambil bersosial, sebarang jualan sacara hard-sell memang boleh membuatkan anda hilang follower. Tanpa teknik yang betul memang anda akan rugi sangat.

Caranya adalah dengan membuat promosi secara soft-sell. Letakkan produk anda dan cuba buatkan foto anda bercerita tentang bisnes anda seperti aktivi produksi, pembungkusan dan kedai anda. Cara ‘story telling” juga amat sesuai diterapkan dalam gambar anda.

5.Balas Komen.
Jangan lupa sentiasa anda ‘enggangment’ dengan pelanggan anda dengan menjawab setiap komen dan pertanyaan. Jadikan mereka setia dan percaya dengan anda. Jangan lupa untuk like dan komen posting mereka dengan ini mereka lebih percaya dan rasa dihargai.

6.Masa Posting
Elakkan membuat posting dimasa yang tak sesuai. Lihat trend komen dan like dari posting yang lepas. Cari masa dimana ramai yang like dan komen.

Gunakan waktu tersebut untuk membuat posting seperti soft selling. Ini membuatkan posting anda mendapat sambutan dan aktif setiap masa.

Antara masa yang sesuai adalah waktu orang bosan melayari internet seperti selepas waktu makan malam. Musim perayaan seperti hari raya atau tahun baru.

Masa yang perlu dielakkan adalah awal pagi ketika orang mula bekerja atau sibuk bekerja, Jumaat malam atau Sabtu malam iaitu ketika orang sibuk berhujung minggu.

7.#Hashtag yang Sesuai.
Gunakan hashtag yang bersesuai dengan produk anda. Buat cari hashtag yang popular dan gunakan. Hashtag juga diistilahkan sebagai kata carian/ keyword yang mudah untuk dicari oleh pelanggan atau pengguna instagram.

Anda juga boleh buat hashtag anda sendiri untuk menjenamakan produk anda sendiri.
Antara hasgtag yang famous seperti #lokallah #sayajualmurah dan banyak lagi. Jangan gunakan hashtag yang tidak berkaitan dengan perniagaan anda.

Kalau anda masih baru dalam buat bisnes dengan instagram saya syor anda perlu dapatkan dari mentor yang pakar seperti  teknik manipulasi instagram   itupun jika masa ada lagi tawaran jualan. Dengar kata jualan akan ditutup.

 

22 Comments

  1. Akak Vitamin January 27, 2015
    • saniyunus January 27, 2015
  2. ReeN January 30, 2015
    • saniyunus January 30, 2015
  3. Pingback: Review Seminar Pakar Bisnes Online Lejen IM January 30, 2015
  4. Zaini January 31, 2015
    • saniyunus February 1, 2015
  5. Dr Fattah February 6, 2015
    • saniyunus February 6, 2015
    • saniyunus February 9, 2015
  6. Noriza Rahman March 7, 2015
    • saniyunus March 7, 2015
  7. Daud Mohamad July 5, 2015
    • saniyunus July 6, 2015
  8. shareena August 17, 2015
    • saniyunus August 17, 2015
  9. Kasut Baby December 2, 2015
    • saniyunus December 3, 2015
  10. Junaidy Jaimi February 20, 2016
    • saniyunus February 20, 2016
  11. Zamree September 18, 2016
  12. Ira July 2, 2017
    • saniyunus July 10, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog