5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!

bisnes-cenderahati-buat-duit-dengan-bisnes-cenderahati

Semua orang memang suka kalau dapat cenderahati dari yang kecil hingga ke yang dewasanya. Benda free, siapa tak suka kan? Apatah lagi kalau design dan cederahati yang korang dapat tu comel dan cantikkan?

Korang sendiri pun boleh rasa sepanjang zaman persekolah hinggalah menjejak ke alam perkerjaan, mesti korang dah dapat macam-macam cenderahati, itu belum lagi kalau korang pergi mana-mana event yang ada cabutan bertuah dan goodies bag untuk pengunjung, memang seronokkkan?

Berikut merupakan  5 jenis produk bisnes cenderahati yang laku keras dan biasa orang jadikan cenderhati untuk majlis-majlis rasmi mahupun tidak rasmi.

1.Cenderahati Makanan.
Cenderhati perkahwinan yang biasa saya dapat adalah dalam bentuk makanan, biasanya di letakkan dalam beg kertas, kon kerta dan ada juga dalam bekas tertentu seperti moist cake bentuk hati dan sepertinya. Harga biasanya ikut bajet yang anda mampu ada yang dari RM1 hingga ke ratus ringgit. Jenis cenderahati perkahwinan dan keraian yang biasa daripada kuih bahulu, moist cake, cookies, muffin, gula-gula, telur, popcorn, layer cake dan hamper makanan. Untuk cenderahati makanan seperti ini, anda boleh tempah sahaja pada orang lain atau boleh dibeli di kedai-kedai borong makanan tertentu. Mereka yang pandai dan ada kebolehan memasak seprti kek dan muffin, ia satu kelebihan untuk anda untuk dapatkan kos yang paling minima.

cenderahati-kek-dan-cookies-Brownies

Credit: Nurgift4u

cenderahati cookies yang lazat

Kombinasi warna dan dekorasi yang menarik

2.Jenis Kain atau Pakaian.
Ini antara cenderahati yang paling banyak permintaan. Untuk syarikat korporat biasanya setiap tahun mesti ada buat event atau program syarikat seperti team building dan event syarikat . Dewasa ini pun ada banyak majlis reunion dan kekeluargaa yang memerlukan t-shirt dan gift pakaian yang lain. Memang jelas ada banyak permintaan disitu. Antara jenis cenderahati jenis pakaian yang lain adalah seperti sejadah, sejadah muka, tuala, t-shirt, t-shirt keluarga, t-shirt hari korban, t-shirt korporat, event syarikat dan majlis keagamaan mahupun keraian. Harga bergantung pada jenis cenderahati, material, warna dan majlis tersebut.

cenderahati tuala teddy bear

Teddy Bear Tuala Yang Comel

3.Jenis Stationaries
Biasanya banyak mendapat tempahan untuk dijadikan cenderahati yang akan diberikan kepada kepada pelanggan dan rakan syarikat juga jiran-jiran. Majlis akikah dan cukur rambut dewasa ini juga turut memberikan cenderahati kepada tetamu-tetamu. Bentuk cenderahati yang biasa adalah seperti notepad, Pen, Surah Yassin,diari, button badge namecard holder, lanyard, rantai kunci, thumbdrive, fail syarikat dan buku-buku mini ilimiah. Jenis cenderahati jenis ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Ada yang meletakkan harga dari RM1 hingga RM10, ada juga cenderahati yang lebih premium dengan harga yang lebih menarik untuk ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan anda.

cenderahati-lanyard-button-badge-dan-buku-nota

4.Beg.
Cenderahati jenis bag juga ada banyak permintaan. Banyak permintaan dari syarikat-syarikat korporat dan kerajaan untuk mendapatkan beg-beg yang tertera jenama dan logo syarikat mereka. Antara jenis-jenis cenderahati beg adalah seperti beg syarikat, beg hadiah,beg oranza, gift bag, beg produk,beg syarikat, paper bag dan sepertinya.

5.Produk Seramik.
Ini antara yang dijadikan pilihan sebagai cenderahati perkahwinan. Biasanya diletakkan dalam bekas yang khas seperti kotak, untuk mengelakkan ianya rosak ketika dibawa. Produk jenis ini perlukan anda mengendalikannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan produk rosak sebelum diserahkan kepada pelanggan. Antara jenis cenderahati yang biasanya ada permintaan adalah seperti cawan antik, mangkuk telur, pinggan hiasan, rehal hiasan dan juga kristal hiasan.

cenderahati seramik mug hadiah antik dan menarik

Cenderahati yang cantik dan menarik mesti ramai yang suka.

Ini antara jenis produk cenderahati yang laku keras dan sentiasa ada permintaan. Ada juga produk-produk dalam bentuk lain yang lebih istimewa seperti sabun hiasan, tarmos, tasbih,  bunga dalam botol hiasan dan bermacam-macam lagi. Kalau anda kreatif insyallah pasti boleh.

Kelebihan Bisnes Cenderahati

1) Keuntungan 300% hingga 500% utk setiap tempahan

2) Tak perlu sewa kedai dan pejabat

3) Tak perlukan modal besar dan tak perlu beli mesin

4) Tak perlu pandai design dan teknikal

5) Ada beratus-ratus jenis produk cenderahati yang hot

6) Permintaan sangat tinggi.

7)Ramai yang tak tahu cara nak buat bisnes ni.

8)Tak perlu nak simpan stok

9)100% tiada risiko.

 

Masalah Utama Bisnes Cenderahati

Ramai yang berminat nak buat bisnes yang lumayan macam ni, tapi semuanya stuck disebabkan masalah-masalah macam ini:

1.Tak tahu nak mula dari mana buat bisnes ni dan bagaimana nak cari pelanggan dan dapatkan produk hot dipasaran.

2.Mana nak cari supplier yang boleh dapat barang pada harga yang lebih murah dan tak putus barang.

3.Bagaimana nak buat marketing dan tarik pelanggan macam besi berani kuat.

4.Tiada mentor untuk guide sampai berjaya.

Itu semua tidak jadi masalah bila tuan Azhar dari binescenderahati.com telah buat panduan bisnes cenderahati yang memudahkan anda untuk bermula.

panduan-bisnes-cenderahati

Beliau juga kongsikan beberapa bonus yang menarik untuk anda:

1.Video Panduan Iklan Di Mudah.my

2.Video Panduan Cara Iklan Di FB Group.

3.Fonts,Template Dokumen, Checklist & Katalog

4.Support Private Facebook Group

Menarik bukan?

Kesimpulan.

Bisnes cenderahati memang menawarkan peluang yang lumayan untuk anda turut serta. Untuk berjaya dalam bisnes cenderahati ada 2 cara. pertama anda lakukan sendiri dari kosong bermula dari proses mencari pelanggan, mengenal pasti produk hot dan design yang menarik. Cara kedua pula iaitu cara shortcut yang akan ditunjukkan oleh tuan Azhar, dan anda hanya perlu copy dan paste cara yang beliau telah lalui. Dengan mentor yang betul insyallah anda juga boleh berjaya sebagai usahawan cenderahati.

Berdasarkan pemerhatian saya dari laman Amazon. com juga menawarkan pelbagai jenis cenderahati. Dengan kata carian ‘gift’ menghasilkan result 70,000,000. Banyak tu, korang nampak tak?

carian cenderahati di amazoncom

 

Lepas tu saya usha pula laman alibaba.com dan lihat kategori gift. Lihat kategori Gifts & Craft. Ada 42,730 produk untuk sub-kategori gift sets, sub-kategori event & part supplies ada 178,430 produk dan sub-kategori other gift & crafts ada 91,383 produk. Banyak bukan?

carian cenderahati di alibabacom

Tepuk dada tanyalah diri sendiri bagaimana potesi bisnes cenderahati ni. Berminat untuk give a shoot dengan bisnes cenderahati ni? Boleh pergi ke link dibawah. Salam Sukses untuk anda!

>> Panduan Buat Duit 5 Angka Dengan Bisnes Cenderahati!

27 Comments

  1. NORIZA ABDUL RAHMAN September 23, 2017
    • saniyunus September 27, 2017
  2. jalan jalan September 23, 2017
    • saniyunus September 27, 2017
  3. Mazni Azmi September 24, 2017
    • saniyunus September 27, 2017
  4. Azwan September 26, 2017
    • saniyunus September 27, 2017
  5. raihanah September 26, 2017
    • saniyunus September 27, 2017
  6. Azman September 27, 2017
    • saniyunus September 27, 2017
  7. hiburanpengetahuan September 27, 2017
  8. Dedaun Comel September 29, 2017
    • saniyunus October 12, 2017
  9. Anuar September 29, 2017
    • saniyunus October 12, 2017
  10. aRzMoHa September 29, 2017
  11. Ikhwan October 1, 2017
  12. reezluv October 3, 2017
  13. Khairul Zamri October 3, 2017
  14. azimah mohd zainuddin October 4, 2017
    • saniyunus October 12, 2017
  15. mrhanafi dot com October 10, 2017
    • saniyunus October 12, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog