5 Perkara Pasal Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah -FCPO Yang Korang Patut Tahu!

Pasaran-Hadapan-Minyak-Sawit-Mentah-FCPO

1.Apakah yang dimaksudkan dengan FCPO / FKLI ?

FCPO adalah singkatan nama untuk Future Crude Palm Oil atau lebih dikenali sebagai Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia. FKLI adalah singkatan nama untuk Future Kuala Lumpur Index atau lebih dikenali sebagai Pasaran Hadapan Indeks Bursa Malaysia.

2. Apa itu pasaran saham (satu hala) dan apa itu pasaran FCPO (dua hala)

Perbezaan pertama yang paling besar adalah jenis pasaran itu sendiri. Sebagaimana sebahagian besar pelabur maklum bahawa pasaran saham di Bursa Malaysia adalah pasaran satu hala di mana (“we buy low and sell high or buy high and sell higher”). Ini bermakna pasaran saham di Bursa Malaysia hanya mempunyai satu hala atau satu arah, para pelabur perlulah membeli terlebih dahulu dan menjual kemudian. Sekiranya pelabur menjual dahulu saham tanpa pemilikan sesuatu saham itu. Pelabur tersebut akan didenda. Perkara ini jarang berlaku pada masa kini kerana (online trading system) yang digunakan broker bank akan menolak(reject) order anda sekiranya anda menjual saham yang tiada dalam pegangan anda.

Berbeza pula dengan pasaran hadapan sawit mentah atau FCPO, ianya merupakan pasaran dua hala di mana para pelabur atau (trader) boleh menjual terlebih dahulu sekiranya harga tinggi dan membeli kemudian setelah harga rendah atau jatuh. Ini memberikan kelebihan pada para trader untuk membuat keuntungan di kala pasaran menaik (BULLISH) atau pasaran menurun (BEARISH).

Oleh itu, alasan keadaan pasaran dalam keadaan menurun (Bearish) susah untuk mendapat keuntungan oleh pelabur saham pula tiada kesan kepada pedagang pasaran dua hala FCPO kerana para trader boleh membuat posisi (buy low and sell high) ataupun (buy high dan sell higher) jika pasaran menaik (Bullish) manakala boleh juga membuat posisi (sell high dan buy low) ataupun (sell low dan buy lower) di dalam pasaran menurun (Bearish)

Jika kita lihat antara dua perbezaan ini, jelas pasaran hadapan sawit mentah memberikan kelebihan dari segi peluang dagangan (trading opportunity) tanpa mengira keadaan pasaran naik atau turun.

Sebelum menjelaskan perbezaan saham dengan FCPO dengan lebih jauh, saya ingin menyentuh sedikit tentang syariah status yang selalu menjadi persoalan kepada ramai pedagang atau perlabur baru yang ingin menceburi dagangan FCPO. Terdapat juga beberapa orang yang bertanya tentang bagaimana dengan FCPO kita boleh menjual dahulu sesuatu yang belum kita miliki? Bahagian ini telah dijelaskan oleh panel syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sendiri dan status melabur FCPO adalah Patut Syariah.

Pelaburan FCPO disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai produk pelaburan yang mematuhi syariah.
boleh rujuk website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini  (sila rujuk mukasurat 84 sehingga 88)

3. Dimanakah Saham Ekuiti dan FCPO ini diniagakan?

Kedua-dua saham dan pasaran hadapan sawit mentah FCPO ini diniagakan di Bursa Malaysia cuma FCPO diniagakan di bawah Bursa Malaysia Derivatives (BMD) iaitu anak syarikat (subsidiaries) of Bursa Malaysia Berhad di mana Bursa Malaysia memegang 75% pegangan saham BMD manakala 25% lagi dipegang oleh Chicago Mercantile Exchange (CME) yangg merupakan strategic bisnes partner Bursa.

Kelebihan melalui strategic partner ini ialah produk FCPO boleh ditawarkan untuk di dagangkan melalui CME direct market acess (DMA), dengan kata lain online access kepada pelabur luar menjadi lebih mudah dan secara tidak langsung mewujudkan implikasi yg besar terhadap pasaran sawit sehingga komoditi sawit di Bursa ini menjadi kayu pengukur untuk pasaran komoditi sawit dunia.

Melalui kerjasama ini juga mewujudkan dan membuka lebih banyak peluang lain sebagai contoh direct market access (DMA) ini dibuka kepada broker broker Malaysia bagi membolehkan para pelabur di Malaysia berdagang secara online produk produk komoditi yang lain seperti minyak mentah (Crude Oil), Minyak soya (soybean oil), Gas Asli (Natural Gas), Tembaga (Copper) dan lain lain lagi. Ini memberikan kelebihan kepada pelabur untuk berdagang produk komoditi antarabangsa yang lain.

Selain dari saham dan pasaran hadapan tempatan seperti FCPO, broker yang saya wakili juga ada menawarkan pelaburan komoditi asing secara online atau (Foreign Futures) ini untuk para pelabur Malaysia yang berminat.  Pada yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk membuka akaun trading dan pada yang ingin belajar cara-cara trading yang ternyata terbukti keberkesanannya pula bolehlah mengubungi admin Team WR Komoditi atau pengasas WR sendiri iaitu Tuan Wafi Azian

4. Bilakah saham di Bursa Malaysia dan FCPO ini pertama kali diniagakan?

Bab ini saya tidak mahu bercerita panjang cukup hanya saham diniaga kan semenjak 1960 dan pasaran hadapan minyak sawit mentah FCPO pula sejak 1980 dan anda boleh mengkaji sejarah perkembangan ini di laman web Bursa Malaysia

5. Mengapakah FCPO lebih menarik perhatian dan lebih disukai oleh para pedagang sebagai medan dagangan utama berbanding saham?

Selain daripada jenis pasaran dua hala, pasaran hadapan minyak sawit mentah FCPO lebih menarik kerana permulaan modal atau (initial capital) yang rendah. Modal Perdagangan jual beli saham sebenarnya bergantung terhadap harga kaunter/saham dan juga berapa banyak unit yg ingin dibeli. Sebagai contoh saham A bernilai RM3.50 dan anda membeli sebanyak 5000 unit jadi modal anda untuk saham A ini adalah RM17,500. Anda juga boleh membeli saham yang lebih murah dan menambah kuantiti belian, tetapi perlu diingatkn saham terlalu murah agak berisiko tinggi.

Keuntungan saham terdiri daripada dua bahagian iaitu (Capital Gain) atau maksudnya saham yang anda beli telah naik harganya dan juga (Dividend) Saham yang anda beli. Perlu diingatkan disini bahawa bukan semua saham memberikan dividend. Anda perlu mengkaji dividend polisi setiap syarikat saham mengenai cara pengagihan keuntungan syarikat kepada para pelabur atau pemegang saham.

Saham mempunyai sebanyak 922 kaunter dimana 811 kaunter disenaraikan di bawah pasaran Utama (listed under main market) manakala sebanyak 111 kaunter disenaraikan di bawah pasaran Ace (listed under Ace market). Menjadi pelabur atau pedagang saham, anda perlulah membuat pemilihan kaunter yang tepat dan perlu diingatkan bahawa terdapat faktor kekurangan (liquidity) atau kecairan jumlah dagangan (volume) yang perlu anda ambil kira.

Berdagang dengan FCPO pula menggunakan margin yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia (berubah ubah mengikut keperluan semasa) serendah RM5000 per lot atau RM2500 per lot untuk dagangan harian (intraday), Walaubagaimanapun, saranan margin ini sebaiknya digunakan oleh para pedagang yang sudah mempunyai pengalaman atau mencapai tahap (level) professional manakala margin yang sesuai untuk (newbie) atau pelabur yang baru ingin berjinak dengan FCPO sebaiknya adalah RM10, 000 per lot. Mengapa disarankan begini kerana ini ada kena mengena dengan pengawalan risiko (risk) atau pengurusan kewangan dagangan (money management) di dalam berdagang yang akan saya terangkan di dalam siri jurnal saya yang akan datang.

Keuntungan pasaran hadapan minyak sawit mentah FCPO pula adalah di antara perbezaan mata diantara belian dan jualan (buy dan sell) atau jualan dan belian (sell dan buy) dimana setiap mata bernilai RM25 dan sekiranya kita mendapat 20 mata , maka keuntungan adalah sebanyak RM500 (perlu diingatkan pergerakan biasa harian FCPO adalah diantara 20-50 mata dan ada masa yang mencapai sehingga 100 mata pergerakan didalam sehari.
Tiada pemilihan didalam perdagangan FCPO dan anda fokus kepada satu dagangan produk sahaja dan FCPO tiada masalah faktor kecairan kerana FCPO sentiasa ada volume di kontrak bulan ketiga iaitu bulan spekulator atau pedagang aktif membuat dagangan.

Sumber : http://wrtrader.com/

 

16 Comments

  1. sabree hussin February 20, 2017
  2. Khairul Zamri March 19, 2017
    • saniyunus April 7, 2017
  3. Raisha March 29, 2017
  4. Hero Borneo April 7, 2017
    • saniyunus April 7, 2017
  5. Ikhwan April 16, 2017
  6. titan June 12, 2017
  7. Ikhwan June 30, 2017
  8. mrhanafi July 10, 2017
    • saniyunus July 10, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog