5 Faktor Penting Tingkatkan Bisnes Di Instagram

bisnes di instagram

Ramai yang buat bisnes di Instagram. Tapi ramai kah yang berjaya membuat jualan di Instagram? Bagaimana cara sebenar jika ingin mula bisnes di instagram? Adakah semua produk boleh di jual di Instagram? Ada cara pantas tak jika nak bermula pantas bisnes di instagram?  Memang banyak persoalan kepada mereka yang baru ingin bermula buat bisnes di instagram. Mari kita lihat 5 faktor penting untuk tingkatkan bisnes anda di Instagram.

1 : Pemilihan Produk
Anda kena tahu, kebanyakkan pengguna Instagram ni muda remaja. Jadi anggaran umur mereka juga lingkungan bawah 35 tahun. Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, atau produk-produk untuk orang berusia memang slow jika di Instagram. Letak ubat kuat yang baca budak-budak nak buat apa ya…

2 : Gambar Yang Menarik dan Unik
Cuba ubah gambar-gambar yang kita post tu. Supaya nampak unik lain dari yang lain. Tak lah asyik gambar ala-ala katalog produk je. Dalam Instagram, kebanyakkan pengguna suka masuk Instagram sebab mereka suka tengok gambar-gambar unik. Bukan nak tengok katalog barang. Jadi, jika gambar produk anda ada kelainan, besar kemungkinan ramai orang suka, ramai orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli. Dalam Instagram gambar jadi penambat hati mereka.

3 : Ayat Jualan.
Sama macam point diatas, dalam Instagram orang bukan nak tengok katalog barang, jadi cuba lah elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan lah asyik nak menjual je. Sesetengah mereka masuk Instagram sebab nak lari dari Facebook yang ramai sesak dengan orang yang menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan lebih unik.

4 : Penggunaan ‪#Hash‎tags‬.
Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam Instagram ni, dan mereka cari barang berdasarkan #hashtags. Jadi, anda kena tahu lah apa yang mereka biasa cari, nak tahu bagaimana? letakkan situasi diri anda seperti mereka, jika nka cari produk, apa yang anda cari. Contoh, jika saya nka cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu ‪#‎sayajual‬ tu. #sayajual tu famous di kalangan peniaga je. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post je weh. Kau jual jersi bola, lepas tu konon-konon kau nak tarik follower Wak Doyok letaklah ‪#‎akuyangpakaikauyangpanas‬. Silap-silap hari bulan orang ingat jersi yang kau jual tu jenis kain panas, terus tak ada orang beli. Dan silap-silap hari bukan, follower mereka block Instagram kau sebab panas tengok asyik nak menjual je. Jadi, sila fahami situasi bakal pelanggan anda dan juga pengguna Instagram yang lain.

5 : Followers
Okay, ni paling penting, siapa follower anda tu yang mainkan peranan utama untuk anda lariskan jualan dalam Instagram. Follower yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18 tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

Kesimpulan
Untuk berjaya buat bisnes di instagram memanglah tiada jalan mudah. Mereka yang berjaya disebabkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi. Untuk orang baru dalam bisnes di instagram memang agak sukar untuk bermula, jadi satu panduan dan tips-tip bisnes instagram  yang  telah di buku kan untuk singkatkan masa pembelajaran dan mengurangkan kesilapan yang pernah dilakukan oleh mereka yang terdahulu. Satu pelaburan yang tidak akan rugi adalah dengan pelaburan untuk mendapatkan ilmu. Kepada yang berminat boleh baca lanjut di Teknik Jualan Insta

Atau boleh download dulu dan hadam  ebook 16 muka surat di

-> Panduan Asas Pemasaran Di Instagram

Semoga bisnes anda di Instagram meletup-letup hendaknya..:-)

15 Comments

  1. Noriza Rahman February 18, 2016
  2. permohonan upu February 18, 2016
    • saniyunus February 20, 2016
  3. Anuar February 19, 2016
    • saniyunus February 20, 2016
  4. Hidayah Abdul Kadir February 21, 2016
    • saniyunus February 23, 2016
  5. Oja Samid March 5, 2016
    • saniyunus March 8, 2016
  6. Melody.S March 10, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog