5 Contoh Kedai Shopify Yang Korang Boleh Tengok Dan Cari Idea!

Kepada mereka yang nak berniaga secara online Shopify mungkin boleh difikirkan sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan platform permulaan bisnes anda. PCMag dalam review 2015 meletakkan shopify antara top 5 dalam senarai pilihan mereka. Shopify menyediakan pelbagai kemudahan dan design yang menarik dengan menggenakan bayaran serendah USD29 sebulan sahaja. Ia tidak termasuk domain dan hosting sekiranya anda inginkan domain sendiri.

Langkah untuk bermula sangat mudah:

1.Dapatkan permintaan/niche.

2.Cari pembekal

3.Setup kedai online shopify anda.

4.Cari trafik berbayar atau percuma.

5.Uruskan tempahan dan penghantaran.

6.Mula terima USD.

Dengar bunyi macam mudah mudah sahaja kan?. Tetapi semua itu memerlukan ilmu. Kata orang bijak pandai ” Knowledge is power and power comes with a price” . Sama ada nilai yang anda ingin bayar itu masa atau duit. Tepuk dada tanyalah diri korang sendiri.

Kepada anda yang tak biasa dengan kedai Shopify, dibawah ini saya sertakan 5 contoh kedai Shopify yang korang boleh tengok, mana tahu boleh dapat idea nak buat kedai online korang nanti.

 

shopify-groovemade

Credit: groovemade.com

1.Groovemade

Projek bootstrap dengan latar belakang seni digital dan pembuatan perabot menjadikan rekaan mereka unik dan menarik. Diasaskan oleh Joe dan Ken dengan semangat DIY selepas beberapa tahun Groovemade telah berkembang menghasilkan pelbagai lagi produk untuk pasaran antarabangsa. Tengok sahaja rekaan stand monitor dan telefon pintar itu memang cool kan?

 

shopify-purefixcycle

Credit: purefixcycles.com

2.Purefixcycles

Purefixcycles menghasilkan rekaan basikal yang menekankan kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar. Basikal yang dihasilkan dengan rekaan yang penuh stail dengan gear  yang berkualiti, harga yang mampu milik. Bila lihat rekaan yang cantik-cantik, terasa nak beli satu basikal ni kan?

shopify-suprgood

Credit: suprgood.com

3.Suprgood

Suprgood terkenal dalam menghasilkan dompet yang kurus dan slim , sesuai sangat untuk mereka yang tidak suka membawa kertas-kertas resit dan duit syiling. Memang jadi trend sekarang ni, siapa yang nak bawa macam-macam benda dalam poketkan? Hanya kad pengenalan, beberapa keping duit kertas dan kad atm sudah mencukupi, terutamanya bagi mereka yang sibuk. Rekaan dia pun nampak elegan dan kemas.

shopify-blukicks

Credit: blukicks.com

4. Blukicks
Produk ini terhasil dari hobi mereka yang bercuti dai tepi pantai dan jemu dengan rekaan kasut outdoor yang biasa yang kebanyakannya hanya berwarna hitam dan coklat yang mereka temui semasa bercuti. Dari situ mereka mulakan dengan mewarnakan kasut yang kosong kepada warna biru dengan thema laut dan pantai. Dari situ mereka dapat inspirasi untuk memulakan perniagaan darinya. Mereka mencari pembekal dari luar yang mampu menghasilkannya dan menjualnya secara online.

shopify-biolite

Credit: bioliteenergy.com

5. Bioliteenergy

Dengan tenaga menjadikan manusia rasa selamat, produktif dan selesa. Ia juga meningkatkan kesihatan, membolehkan berkomunikasi dan pendidikan, menjana pendapatan membolehkan capaian keseluruh dunia. Atas dasar ini Bioliteenergy mencipta produk untuk membantu ramai orang, lihat sahaja produk mereka seperti dapur yang boleh memasak dan mengecas telefon serta panel solar untuk menjana elektrik untuk digunakan waktu malam. Rasa macam nak beli satu mana tahu senang nak berkhemah nanti…

Macam mana kedai Shopify di atas menarik tak? Macam best aje ya bila dengar orang buat USD94,000 atau bersamaan dengan RM400,00. Sebenarnya anda juga boleh lakukan dengan ilmu dan usaha yang betul. Kepada mereka yang ada produk sendiri ia juga boleh melakukannya dengan menggunakan kedai Shopify sebagai contohnya produk pertukangan/ kraftangan buatan tempatan seperti bakul, kasut kulit dan banyak lagi yang boleh dipasarkan ke market antarabangsa.

Kepada yang berminat nak buat kedai online Shopify macam ini dan nak dapatkan ilmunya bolehlah dapatkan Panduan Shopievo yang dihasilkan oleh tiga anak muda yang telah menjana RM400,oo. Memang betul-betul pack memang betul betul Power!

Panduan Shopievo

44 Comments

  1. reezluv March 21, 2016
    • saniyunus March 21, 2016
  2. Raihanah Ahmad March 21, 2016
  3. Tonik Ajaib March 21, 2016
    • saniyunus March 24, 2016
  4. MDHAFiZ.NET March 22, 2016
  5. ema March 22, 2016
    • saniyunus March 24, 2016
  6. Anuar March 22, 2016
  7. Noriza Rahman March 23, 2016
  8. ika magicalips March 24, 2016
    • saniyunus March 24, 2016
  9. Bisnes Online March 24, 2016
    • saniyunus March 24, 2016
  10. titan March 25, 2016
    • saniyunus March 28, 2016
  11. Hasyim March 26, 2016
    • saniyunus March 28, 2016
  12. saps March 29, 2016
    • saniyunus April 2, 2016
  13. musadun April 6, 2016
  14. yokoz April 9, 2016
    • saniyunus April 14, 2016
  15. riangria April 10, 2016
  16. Ros April 14, 2016
  17. sabree hussin June 22, 2016
    • saniyunus June 26, 2016
  18. Yourfabulousmama August 25, 2016
  19. ira December 5, 2016
  20. dukenaim January 26, 2017
    • saniyunus January 26, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog