29 Tips Pemasaran Facebook

tips-pemasaran-facebook

Tips Pemasaran Facebook

Tips Pemasaran Facebook atau fb ads ini saya kutip ketika hadir di seminar pakar bisnes online lejen im yang telah berlangsung pada bulan disember 2014 yang lepas. Ia di berikan ketika sesi perkongsian sifu fb ads Tuan Jamal Bahari.  Pada entri yang yang lepas saya hanya berikan 9 sahaja tips pemasaran facebook. Ini adalah entri penuh buat tatapan anda semua.

Ini entri yang lepas  “Review Seminar Pakar Bisnes Online Lejen IM

Harap-harap ia boleh bantu anda memantapkan bisnes online anda..

1. Jual produk yang orang nak, bukan jual yang anda nak.Lihat permintaan produk tersebut.

2. Sebelum menjual, kenali siapa audien, dimana mereka berada dan berapa besar saiz mereka.

3. Gambar memainkan peranan lebih 90% untuk menarik perhatian audien. Ia mestilah jelas dan mudah difahami.

4. Orang akan tertarik untuk cuba sesuatu produk jika terdapat ramai orang yang telah mencuba produk tersebut.
Contohnya adalah seperti testimoni, link dan koleksi anda.

5. Pemasaran yang konsisten adalah kunci kejayaan jualan.

6. Lebih tinggi frekuensi, lebih mudah orang lihat dan fahami produk/servis/jenama anda.

7. Kebanyakan orang membeli dari jenama yang mereka follow.
Hendaklah sentiasa membina fans(Likes) secara berterusan.

8. Untuk mendapatkan pelanggan, kita perlu buatkan mereka kenal, suka dan percaya.

9. Wanita adalah pemegang kuasa membeli di facebook. Lelaki pun banyak dipengaruhi oleh wanita untuk membeli.

10. 100% orang membeli disebabkan emosi – Brian Tracy. Contohnya seperti meletakkan gambar yang menyentuh emosi.

11. Orang membeli manfaat produk, bukannya produk.
Tunjukkan apa prospek akan dapat contonhya seperti meletakkan testimoni kesan selepas menggunakan produk.

12. Antecedents (pengalaman lalu/ kisah silam) – 15% motivasi untuk membeli.
Manakala Consequency 85%- hasil/kesan selepas produk digunakan.

13. Persaingan sengit? Kenali dan tonjolkan USP anda dalam pemasaran facebook.
Apa yang membezakan anda dengan pesaing anda. Kaji pesaing anda samada kelebihan, kelemahan dan buat penambah baikan produk anda.

14. Military principles: surprise principles and exploitation.
Kejutkan pesaing anda dengan sesuatu yang baru. Eksplotasikan sepenuhnya, buat tindakan susulan dan jaga pelanggan anda.

15. Kerja utama iklan anda adalah memberitahu. Objektif akhirnya adalah jualan.

16. Proses iklan FB Ads: Tarik perhatian, tukarkan jadi pelawat, baca mesej iklan dan bertindak.
Gambar sangat penting, Headline menarik, copywriting power, cara belian yang mudah seperti SMS/ Whatsapp/ PM.

17. Hari-hari orang terdedah kepada iklan. Bezakan iklan anda.Buat kajian dan buat kelainan.

18. Ada 3-5 saat sahaja untuk tarik perhatian audien. Gambar dan headline sangat penting.
Headline tajuk mestilah pendek dan huruf BESAR.

19. Mudahkan orang baca, faham dan bertindak. Mudahlah mereka membeli.
Antara cara yang paling mudah adalah dengan membuat bentuk list.

20. Iklan yang menjadi sebelum ni belum tentu menjadi pada masa akan datang.
Ini memang kita ketahui sejak mula menggunakan facebook. Sentiasa ada perubahan dalam interface dan algorithma.

21. Rahsia kejayaan iklan Fb ads = Split Test!
Test dulu mana yang menjadi, dah dapat fokus padanya.Buat pin to top, gunakan lokasi iklan yang berbeza (mobile, desktop), buat iklan yang baru.

22. Lebih mudah jual kepada orang yang kenal anda berbanding menjual kepada orang yang belum kenal. (Orang yang kenal kita: Fans, WCA, CA).

23. Teknik penulisan yang paling berkesan adalah storytelling.
Orang sukakan cerita jadi kongsikan cerita, testimoni dan pengalaman.

24. Ramuan iklan terbaik: Right product, right prospect, right offer and right timing.

25. Iklan promosi adalah untuk tujuan jangka masa pendek. Letakkan
deadline, orang akan berebut dapatkannya.

26. Bermula dengan bajet rendah, tingkatkan bajet apabila sudah untung.

27. Follow up adalah satu tindakan menjual. Antara strategi follow up paling
efektif adalah “share info” and “ask question”.

28. Database is KING! Bina data pelanggan anda.
Menjual kepada pelanggan sedia ada lebih mudah berbanding orang baru.

29. Jangan sombong bodoh dengan hanya gunakan pemasaran faceboook.
Lakukan integration marketing. FB + Email, FB + Konvensional, FB + Blog, FB + Mobile atau FB + IG.

Berminat untuk tajamkan skills pemasaran facebook anda? Anda boleh hadir ke Seminar Fb Ads Missing Chapter F yang akan berlangsung  pada hujung bulan ini .

seminar-fb-ads-missing-chapter-f

Seminaf FB Ads Missing Chapter F 2015

38 Comments

  1. islam di dadaku February 13, 2015
    • saniyunus February 13, 2015
  2. ikhwan February 15, 2015
  3. Azlan February 15, 2015
    • saniyunus February 16, 2015
  4. suhiminain February 16, 2015
    • saniyunus February 16, 2015
  5. Hero Borneo February 16, 2015
    • saniyunus February 16, 2015
  6. Malaysia Tercinta February 16, 2015
    • saniyunus February 16, 2015
  7. titan February 16, 2015
    • saniyunus February 16, 2015
  8. maz jamal February 17, 2015
  9. Kak Kep February 17, 2015
    • saniyunus February 17, 2015
  10. imran February 17, 2015
    • saniyunus February 17, 2015
  11. MamaBard February 17, 2015
    • saniyunus February 18, 2015
  12. Adam Roslan February 19, 2015
  13. yandi February 19, 2015
    • saniyunus February 20, 2015
  14. Hafizul February 22, 2015
    • saniyunus February 22, 2015
  15. azimah mohd zainuddin February 23, 2015
    • saniyunus February 24, 2015
  16. zik March 3, 2015
    • saniyunus March 3, 2015
  17. Miera Nadhirah March 6, 2015
    • saniyunus March 6, 2015
  18. rika March 24, 2015
    • saniyunus March 24, 2015
  19. muliani April 20, 2015
    • saniyunus April 21, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog