10 Perbezaan Penjaja Miskin Dengan Penjaja Kaya

Perbezaan-Penjaja-Miskin-Dengan-Penjaja-Kaya

Seronok Juga Pergi Pasar Pagi kat Istanbul ni!

 

Dalam dunia perniagaan atau bisnes samada secara online atau offline  terdapat pelbagai jenis peniaga atau ushawan. Ada yang masih baru berniaga dan ada yang sudah berpuluh tahun berniaga. Apa perbezaan penjaja miskin dengan penjaja kaya sebenarnya.

Ada yang baru beberapa tahun yang berniaga sudah memiliki syarikat dan cawangan dan ada yang sudah bertahun-tahun masih ditakuk yang lama.

Anda yang peka dan berkawan dengan mereka mungkin mengetahui keadaan mereka. Ini saya bercerita tentang peniaga atau ushawan yang sepenuh masa. Disini saya ingin kongsikan daripada pengalaman tuan Coach Bahar yang telah melatih ramai para usahawan.

Cerita Beliau

Seseorang telah bertanya  ” tuan bercerita dan menulis tentang penjaja yang boleh kaya raya. Saya dari keluarga penjaja. 20 tahun hidup saya bersama keluarga penjaja. Mengapa kami tak kaya”.

Saya termenung sebentar. Boleh sahaja saya menjawab dengan cepat tapi saya harus hadam dan membuat kesimpulan. Saya tahu peserta itu buntu dengan apa yang berlaku sekarang. Dia mahu jawapan yang tidak dia fikirkan.

Saya menyebut ” saya berikan 10 perbezaan penjaja kaya dan penjaja miskin. ” .

Disesi pagi sebelum saya mulakan perkongsian dalam biz camp tersebut saya menjawab soalan peserta tersebut. Saya berikan pandangan.

1. Perkara penting yang memastikan kejayaan seorang peniaga bukanlah berapa besar bisnesnya atau berapa ramai pekerjanya tetapi bagaimana mereka mampu mengendalikan dirinya, menguruskan pendapatan dan menguruskan perniagaannya.

Saya sendiri pernah bertemu mereka yang mewah, berkereta besar, berumah besar dan pekerjaannya hanyalah seorang penjaja. Saya juga pernah berjumpa mereka yang mempunyai bisnes yang besar tetapi hidupnya sempit, hutang keliling pinggang. Itu semuanya adalah pusingan pelajaran dalam bisnes.

2. Peniaga atau penjaja perlulah ada kira-kira. Jangan berniaga somborono sahaja. Ada simpanan, ada pendapatan, ada target dan tahu tentang pengurusaan.

3.Berdisiplin. jangan sekejap buka sekejap tutup.

4. Berniaga perlu dengan hati dan mencari keberkatan.

5. Peniaga dan penjaja perlu faham mengurus pendapatan. Jangan pandai menjual je. Jangan campur aduk belanja peribadi dengan untung bisnes. Bila nak berubah. Asyik guna untung bisnea ..beli itu..beli ini…

6. Perlu belajar ilmu barang. Kena faham berapa margin, berapa nak simpan, berapa kena modal pusingan.faham tak ni.

7. Arwah abah pesan pada saya. Bila berniaga tunai , duit kena simpan tiap hari. Simpan 30% untung untuk tabungan. Lupakan simpanan tu. Dulu abah orang kampung. Guna tabung ayam je simpan duit untung tiap hari. Dulu kami jual ais kacang dengan rojak petis.

8. Peniaga kaya suka bersedekah.

9. Belajarlah..belajar. dulu yang dulu. Perkara yang penting adalah sekarang dan masa depan. Belajarlah dan carilah ilmu dari terus sesat. Mahal kita membayar kegagalan dan kebodohan kita nanti.

10. Marketing dan marketing. Sekarang berniaga zaman moden.

Semua peserta mengaku yang itu kelemahan mereka selama ini. Paling ketara adalah dalam mengawal kewangan dan menguruskan bisnes. Ramai yang kata tak ada ilmu tapi kenapa tak belajar. Baca buku dan jumpa orang…

Siapa yang dapat sesuatu dari perkongsian saya hari ni..

Jadi anda dah nampak tak perbezaan penjaja miskin dan penjaja kaya dan anda belajar  sesuatu tak dari perkongsian ini. Sila komen kalau anda tidak keberatan berkongsi. Saya akan rasa bahagia kalau dapat berkongsi sesuatu. Kata guru saya,

Syarat Untuk Menerima Adalah Dengan Memberi

 

Credit | fb Coach Baharuddin

46 Comments

  1. akubiomed March 8, 2015
    • saniyunus March 9, 2015
  2. Miera Nadhirah March 8, 2015
  3. Noriza Rahman March 9, 2015
    • saniyunus March 9, 2015
  4. Oja Samid March 9, 2015
    • saniyunus March 9, 2015
  5. ohcikgu March 9, 2015
    • saniyunus March 10, 2015
  6. Hero Borneo March 9, 2015
  7. Adam Roslan March 10, 2015
    • saniyunus March 10, 2015
  8. ihsan March 10, 2015
    • saniyunus March 10, 2015
  9. AZENI AHMAD March 10, 2015
    • saniyunus March 10, 2015
  10. suri March 10, 2015
    • saniyunus March 10, 2015
  11. azimah mohd zainuddin March 10, 2015
    • saniyunus March 10, 2015
  12. hafiz March 17, 2015
    • saniyunus March 18, 2015
  13. SuperNifz March 18, 2015
    • saniyunus March 18, 2015
  14. JMR April 15, 2015
    • saniyunus April 15, 2015
  15. muliani April 20, 2015
    • saniyunus April 21, 2015
  16. myliferia April 27, 2015
  17. pendidikan indonesia June 3, 2015
    • saniyunus June 4, 2015
  18. blog ops June 3, 2015
    • saniyunus June 4, 2015
  19. Daud Mohamad July 24, 2015
    • saniyunus July 26, 2015
  20. Daud Mohamad July 24, 2015
  21. iApkData August 22, 2015
    • saniyunus August 22, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam

Blogged.my ping blog